web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rindu Tiga Budak Gemok? Sekarang Boleh Beli 'Online'!

Tiga Budak Gemok dan Kannaa’s Bamboo Masala Briyani menawarkan pesanan dapur maya melalui aplikasi kEATchen.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2021 12:19PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perniagaan makanan tradisional beralih ke dapur maya

Tiga Budak Gemok (TBG) dan Kannaa's Bamboo Masala Briyani (BMB) kini mengambil langkah mendigitalkan perniagaan mereka dengan menceburi konsep dapur maya dengan kEATchen. 

Oleh kerana perkembangan teknologi dan trend yang sentiasa berubah, kedua-dua perniagaan ini percaya sudah tiba masanya untuk beralih ke arah penjualan secara maya atau online

Tiga Budak Gemok – Set Daging & Ayam
Tiga Budak Gemok – Set Daging & Ayam

TBG dan BMB bukan nama asing lagi dalam industri makanan dan minuman di Malaysia. Kedua-dua perniagaan ini telah berjaya menempa nama dengan hidangan istimewa mereka.

Malah TBG dan BMB juga mendapat sambutan penggemar makanan tempatan dan mendapat liputan meluas daripada media, pengulas makanan dan blogger

TBG menjadi sensasi tular kerana resipi sambal gesek dan ayam kicapnya yang tiada tandingan. Buat masa ini TBG sudah memiliki 15 cawangan di seluruh Lembah Klang.

Diasaskan oleh tiga beradik yang gemar memakan ayam kicap dan sambal dengan hanya sepinggan nasi putih, resipi tradisional ini dicipta oleh nenek mereka.

BMB pula mula memenangi hati rakyat Malaysia sejak pembukaan cawangan pertamanya di Ipoh pada tahun 2016.

Dengan resipi rahsianya, BMB memiliki lima cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia, antaranya di Ipoh, Puchong, George Town, Sitiawan dan Lunas.

Kannaa's Bamboo Masala Briyani Kambing
Kannaa's Bamboo Masala Briyani Kambing

Penyertaan TBG dan BMB ke dalam dapur maya oleh kEATchen ini merupakan satu khabar gembira buat masyarakat sekitar Petaling Jaya kerana mereka boleh memesan hidangan kegemaran mereka ini dengan servis penghantaran makanan dalam radius 30km secara mudah.

Buat mereka yang berada di luar kawasan (radius melebihi 30km), anda boleh memesan TBG dan BMB dengan hanya klik di mana-mana platform penghantaran makanan seperti GrabFood atau Foodpanda serta menerusi pautan https://order.keatchen.my  atau [email protected] .

Warung Abang Man Sungai Penchala
Warung Abang Man Sungai Penchala

 

kEATchen selaku dapur maya generasi baharu

Mula beroperasi awal 2021, kEATchen ialah penyedia ruang dapur maya yang menyokong perniagaan makanan tempatan yang terjejas kala pandemik ini dengan penyelesaian teknologi.

Usaha proaktif sangat diperlukan bagi peniaga-peniaga makanan ini untuk terus berdaya saing dalam industri kerana perkembangan perniagaan dalam talian semakin hari, semakin pesat.

Namun, kEATchen juga percaya kaedah tradisional di mana sesetengah pembeli makanan lebih cenderung untuk mengunjungi dan melihat sendiri makanan di hadapan mata mereka.

Justeru, kEATchen juga menyediakan perkhidmatan ‘pengambilan kendiri’ di premis kEATchen yang terletak di Ara Damansara.

Ruang pengambilan kendiri
Ruang pengambilan kendiri

Ketua Pegawai Eksekutif EATvolution, Encik Martin Kim berkata, “kEATchen ditubuhkan dengan satu objektif ringkas tetapi mulia.

“Ia membantu mengekalkan warisan perniagaan jalanan dengan memberikan penyelesaian teknologi yang inovatif dan lestari.

“Langkah ini memberi peluang kepada peniaga-peniaga kecil untuk bersaing dengan kos permulaan yang kecil dan kelengkapan sokongan yang berteknologi tinggi,” katanya.

Oleh kerana rakyat Malaysia kini telah menyesuaikan diri dengan trend pesanan makanan dalam talian, terdapat banyak peniaga makanan kecil-kecilan menghadapi kesukaran teknologi ini.

Ditambah pula dengan cabaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengehadkan masa operasi dan hanya membenarkan pembelian secara bungkus, menambahkan lagi tekanan mereka.

Pak Soon Mee Curry
Pak Soon Mee Curry

kEATchen percaya makanan jalanan tempatan merupakan aspek besar yang menjadikan Malaysia unik di mata pelancong. Ia juga dianggap comfort food oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

Dengan itu bermulalah misi kEATchen untuk memelihara warisan dan legasi makanan tempatan. Satu usaha untuk memastikan generasi masa hadapan juga dapat menikmati rasa asli tempatan.

Dalam masa sama dapat membantu pengusaha makanan kecil untuk bangkit semula ketika menghadapi situasi yang mencabar ini.

Selain TBG dan BMB, buat masa ini Warung Abang Man, Pak Soon Mee Curry, So Dimsum, Pratunam Chicky Rice turut menyertai kEATchen.

Layari kEATchen untuk maklumat lanjut. – Getaran, 9 Ogos 2021

Encik Kim (tiga dari kiri) bersama pengasas-pengasas kEATchen
Encik Kim (tiga dari kiri) bersama pengasas-pengasas kEATchen

Semua gambar: kEATchen

Isu Pada

Aisyah Aziz Singkap Rahsia

07 Aug 2021

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini