web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selangkah Ke Gedung Harry Potter Berskala Mega Di New York

Berderu-deru peminat di Amerika Syarikat menyerbu gedung mega menjual barangan francais filem dan buku ternama ini sewaktu hari pembukaannya baru-baru ini.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2021 11:00AM

Gambar: Twitter @harrypotterNY

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Memakai jubah Hogwarts dan topi ahli sihir, kelihatan ratusan Potterheads (peminat Harry Potter) menghirup segelas Butterbeer dan bergambar di kasut raksasa Hagrid di Gedung Harry Potter yang dinanti-nantikan di New York – yang terbesar di dunia – akhirnya dibuka.

Peminat-peminat ahli sihir remaja terkemuka itu beratur selama berjam-jam dalam hujan lebat, menjadi antara yang pertama berada di dalam gedung tiga tingkat di Lower Manhattan yang menjadi tuan rumah kepada koleksi-koleksi Potter terbesar itu. 

“Ia benar-benar ajaib,” kata Margaret Suarez. Sebelumnya, teman lelakinya sudah tiba dan beratur sejak pukul enam pagi, empat jam sebelum waktu pembukaan.

Suarez (30), dengan pantas memperlihatkan tongkat sihir milik ahli sihir Bellatrix Lestrange dan figura-figura Funko Pop yang sudah pun berada di dalam beg beli-belahnya. 

“Dalam hati saya, saya seorang ahli sihir,” kata Suarez kepada AFP. “Saya benar-benar ingin memiliki tongkat sihir dan memperibadikannya supaya saya dapat menjalani fantasi saya yang terbaik,” tambah penduduk New York itu. 

Ruben Juarez (27) dan isterinya sanggup meredah perjalanan dari Dallas, Texas untuk pembukaan gedung berkeluasan 21,00 kaki persegi (1950 meter persegi) ini yang terletak berhampiran bangunan Flatiron. 

“Kami teruja berada di sini. Saya suka segalanya tentang Harry Potter,” ujar Juarez, mengenakan selendang emas The House of Gryffindor.

Kawasan tongkat sihir di Gedung Harry Potter di New York. Gambar: Angela Weiss / AFP
Kawasan tongkat sihir di Gedung Harry Potter di New York. Gambar: Angela Weiss / AFP

Orang ramai berkumpul di luar gedung sepanjang hari, sehingga beberapa anggota polis dipanggil untuk memastikan ketenteraman kekal terjaga. Sementara itu, Potterheads setia menunggu giliran kemasukan sesuai masa tiket mereka. 

Di dalam gedung, penggemar-penggemar dunia magis J.K. Rowling mengambil swafoto di hadapan sebuah pondok telefon awam berwarna merah (pintu masuk yang membawa ahli-ahli dan tukang sihir ke Ministry of Magic atau Kementerian Sihir) seperti yang terdapat di filem. 

Mereka membeli gula-gula whizbees, mencuba baju jumper kait quidditch, menyelak helaian buku-buku siri Harry Potter yang terlaris dalam sejarah dan menghirup Butterbeer, minuman kegemaran penyihir di bar Butterbeer. 

“Butterbeer adalah seperti soda krim tetapi dengan sensasi tersendiri. Sejujurnya, rasanya tidak serupa dengan apa-apa pun di luar sana,” jelas Emilee Rodriguez, 21 tahun. 

Terdahulu, Gedung Harry Potter berskala mega ini dijadualkan untuk pembukaan rasmi pada musim panas lalu tetapi terpaksa ditangguhkan kerana wabak COVID-19. 

Bagi Alexandra Ewing (19), penantian untuk lawatan pertamanya ke Gedung Harry Potter ini amat berbaloi, “I’m having the time of my life. Saya menahan air mata, saya mencintainya,” katanya kepada AFP. – AFP, 6 Jun 2021

Isu Pada

Jagoan Litar : Lewis Hamilton Dan Valtteri Bottas

05 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Gesa Tingkat Kerjasama  Global Holistik Berasas Kemanusiaan 

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Benz Ali, Gerakbudaya Tunggu Perkembangan Kes Rampasan Buku

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini