Berita Terkini

39 minit yang lalu: 12 kematian COVID-19 dilaporkan semalam termasuk 1 BID, jumlah korban 31,952 41 minit yang lalu: Lelaki yang cuba memasuki rumah Taylor Swift ditahan di Manhattan 42 minit yang lalu: Filem thriller 'Nanny' memenangi hadiah utama di Sundance 43 minit yang lalu: Presiden Biden akan menghantar tentera ke Eropah timur 56 minit yang lalu: Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Mohammad Salahuddin Abang Barieng meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah, Kuching 11.47 malam tadi - Menantu

IKUTI KAMI


Meraikan Seni Grafiti Singapura Di Hall of Fame @ Kampong Gelam

One Kampong Gelam di Singapura mempersembahkan Balai Kemashyuran Grafiti rasmi pertama Asia Tenggara.

TARA Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2021 8:41AM

'Betta Fish', karya Slacsatu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kawasan Kampung Gelam di bandar raya Singapura memang terkenal dengan limpahan warna dan mural luarannya. Kini ia memperkaya pengalaman pengunjung dengan satu lagi tarikan baharu iaitu sebuah ‘Hall of Fame’ atau Balai Kemashyuran grafiti rasmi pertama di Asia Tenggara.

Dilancarkan pada penghujung April 2021 lalu, ia menampilkan karya 17 orang seniman yang berpangkalan di Singapura. 

Balai ini mempertontonkan ekspresi para seniman ini pada sebuah dinding tumpuan setinggi lima meter dan sepanjang 230 meter yang menyusuri Bali Lane dan Ophir Road.

Bali Lane Hall of Fame
Bali Lane Hall of Fame

Diterajui oleh One Kampong Gelam, persatuan yang mewakili pihak berkepentingan setempat, Hall of Fame @ Kampong Gelam adalah inisiatif yang turut disokong oleh Lembaga Pelancongan Singapura, Lembaga Pembangunan Semula Bandar, Penguasa Pengangkutan Darat dan Perbadanan Kejuruteraan & Pembinaan GS.

Menjangkau beberapa dekad lamanya, seniman, pemuzik dan pemilik perniagaan telah memupuk pertumbuhan organik pusat seni bandar ini sehingga ia berkembang dan dengan kepelbagaian seperti yang kita kenali kini. 

Mural dan seni jalanan yang bercambah di Kampong Gelam seawal tahun 2010, kebanyakannya dilukis atas tugasan para pemilik perniagaan.

'Yi Shu'
'Yi Shu'

Wujudnya Balai Kemasyhuran grafiti rasmi pertama di Asia Tenggara ini mengukuhkan kedudukan Kampong Gelam sebagai kawasan seni jalanan terkemuka di Singapura dan galeri terbuka terbesar di negara tersebut.

Menyusur jarak 131 meter di sepanjang Bali Lane dan 107 meter di sepanjang Ophir Road, dinding balai setinggi lima meter ini bakal menjadi pengalaman seni jalanan yang paling dikenali di rantau ini. 

Pada asalnya, dinding itu didirikan sebagai penghadang bunyi terhadap kerja-kerja pembinaan yang giat berjalan, namun kini ia beralih wajah menjadi kanvas logam serta pentas untuk pengkarya mural terbaik Singapura dan dunia.

'Sidecar Highlights'
'Sidecar Highlights'

17 pengkarya yang membuka tirai terdiri daripada pengkarya ternama dan ‘muka-muka baharu’ yang kian dikenali. 

Artis jalanan produktif ANTZ dan Didier 'Jaba' Mathieu mempersembahkan mural tersendiri di Bali Lane manakala di Ophir Road, mereka berkarya pula secara kolaborasi dengan Hegira, wakil perintis Singapura ke persada seni jalanan antarabangsa pada tahun 2003. 

'Constant Elevation'
'Constant Elevation'

Ini adalah kali pertama ketiga-tiga mereka menghasilkan karya kolaboratif bersama, menyerlahkan intipati dan daya tarikan Kampong Gelam. 

Diberi nama ‘Constant Elevation’ ia adalah khayalan fiksyen mereka yang berunsurkan persekitaran dipenuhi dengan kucing jalanan manja dan rumah kedai berbumbung merah.

'Constant Elevation'
'Constant Elevation'

Ophir Road akan turut memaparkan The Journey, karya yang menyatukan zaman silam dan semasa, hasil ilham lima pengkarya dan kenangan peribadi mereka di Kampong Gelam. 

Pasangan pengkarya Studio Moonchild bakal menggambarkan anak dalam pelbagai budaya sebagai metafora kewujudan serentak yang unik dengan tradisi dan budaya semasa, sementara seorang lagi seniman bernama Dem pula membayangkan seniman sebagai burung merpati terbang bebas, membesar dan melebarkan sayapnya dalam perjalanan tersendiri. 

'The Journey Child of Many Cultures'
'The Journey Child of Many Cultures'
'The Journey'
'The Journey'

KILAS dan Boon Baked pula mencipta sebuah portal waktu yang menyatukan keempat-empat mural bagi mengisahkan cereka silam presint tersebut.

'The Journey'
'The Journey'
'The Journey'
'The Journey'

Di Bali Lane, perhatikan juga karya lucu dari AshD dan NOEZ23, yang membayangkan semula seniman grafiti sebagai pendekar semasa, menghunus ‘senjata’ cat semburan berwarna terang.

'Local Graffiti Monsters'
'Local Graffiti Monsters'

Mural abstrak Has.J pula memaparkan pejalan kaki yang mencerminkan lenggang lenggok pejalan yang tersendiri. 

'Walk The Line'
'Walk The Line'

Artis tatu sepenuh masa Sei10, menampilkan Tamotori Hime (Penyelam Mutiara) yang menyadurkan cerita rakyat Jepun dengan warisan batik setempat bagi mengisahkan keadaan dunia semasa.

'Tamotori Hime'
'Tamotori Hime'

Lebih menarik, ada kod QR yang disertakan pada setiap mural bagi membolehkan pengunjung mengakses Balai Kemasyhuran mikro yang dilengkapi maklumat mengenai pengkarya dan keterangan karya seni. 

Dalam semangat meraikan bakat serantau, Hall of Fame juga mengalu-alukan kolaborasi antara-budaya pertamanya, yang berlangsung atas talian antara muralis terkenal Indonesia Stereoflow dan artis Singapura, ZERO. 

Sebagai sebahagian daripada kempen SingapoReimagine oleh Perbadanan Pelancongan Singapura dan Indonesia, ia bertujuan mencetuskan perbualan mengenai masa depan pelancongan, di mana kedua-duanya menyampaikan satu naratif holistik mengatasi sempadan berjudul 'Under the Same Sun'. 

'Under The Same Sun'
'Under The Same Sun'

Untuk ini gaya khas ZERO akan diolah semula dan dipersembahkan di Balai Kemasyhuran di Bali Lane, sementara Stereoflow akan melukis ‘remix’ khas buatannya di M Bloc Space, Jakarta.

Di samping Balai Kemasyhuran, pengunjung juga dapat menyaksikan pelbagai aktiviti berkaitan serta pengalaman bandaran yang ditawarkan. 

Kenali semula Kampong Gelam melalui lawatan berjalan kendiri, bengkel lukisan semburan yang dipimpin pengkarya dan nikmat kembara kejiranan yang diperbaharui jika ke Singapura nanti. – Getaran, 30 Mei 2021.

Semua gambar: Ihsan Hall of Fame @ Kampong Gelam

Isu Pada

Syafiq Kyle – Tentang Maskulin Toksik

29 May 2021

Berita Berkaitan

1

Singapura 3 minggu yang lalu

Selami Aneka Selera Mat Western Di Singapura

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Gantung Sementara Inisiatif VTL - Khairy Jamaluddin

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Harimau Malaya Bergelut Dengan Permainan Intensiti Tinggi Indonesia - Cheng Hoe

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Piala AFF: Terlalu Hormat Kepada Lawan Bawa Padah - Cheng Hoe

Sorotan

1

“Saya Selesa Atas Katil Sendirian”- Zizan Razak  

2

Keuntungan Bersih Digi Susut Kepada RM1.16 Bilion

3

AirAsia Sambung Semula Penerbangan Ke Phnom Penh

4

Selepas Fries McD, Ayam Goreng KFC Pula 'Hilang'