web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Menu The Siblings & Mok Char Kuey Teow Buat Orang Ketagih

Kuasa media sosial menyebabkan kedai ini popular dan menjadi buruan ramai. Pelanggan yang datang bukan sahaja dari Lembah Klang, malah ada yang sanggup datang dari jauh.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Sep 2023 11:31AM

Nasi Goreng Special Petai Berapi Udang Sotong Meletop, menu pilihan pelanggan The Siblings & Mok Char Koey Teow.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Inilah yang berlaku kepada dua beradik, Rabbitah Anuar dan Maisharah Anuar yang mengusahakan kedai The Siblings & Mok Char Koey Teow yang terletak di kawasan parkir, Blok M, Flat PKNS, AU2, Keramat Kuala Lumpur.

Kuasa sosial media membuatkan kedai ini sohor dan menjadi buruan ramai. Pelanggan yang datang bukan hanya dari Lembah Klang, malah ada yang sanggup datang dari jauh untuk menikmati sendiri kelazatan hidangan ‘Nasi Goreng Special Petai Berapi Udang Sotong Meletop’. Ramai yang ketagih apabila sudah mencubanya. 

Pasangan adik-beradik Rabbitah Anuar dan Maisharah Anuar yang mengusahakan The Siblings & Mok Char Kuey Teow di Keramat Kuala Lumpur.
Pasangan adik-beradik Rabbitah Anuar dan Maisharah Anuar yang mengusahakan The Siblings & Mok Char Kuey Teow di Keramat Kuala Lumpur.

Manakan tidak, setiap kali video mengenai kedai ini ‘lalu-lalang’ di media sosial, pasti mata tertumpu pada saiz sotong dan udangnya. Besar dan kecur liur dibuat! Baru-baru ini Getaran berkunjung sendiri ke kedai ini untuk menikmati sendiri nasi goreng pujaan ramai itu. Tujuannya hanyalah satu, mahu membuat penilaian sendiri. Adakah benar-benar lazat atau indah khabar dari rasa?

Sewaktu kami sampai kedua-dua adik beradik ini sedang sibuk di dapur dan meminta kami menunggu sebentar untuk mereka menyediakan hidangan. Sepanjang tempoh menunggu, kami lihat Rabbitah atau lebih dimesra disapa Mok tidak henti-henti beraksi dengan kualinya. Ini bukti banyak tempahan yang diterima sebaik sahaja kedai mula dibuka pada jam 11 pagi.

Tukang masak sedang beraksi bagi memenuhi permintaan pelanggan.
Tukang masak sedang beraksi bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Selesai menghidangkan sajian kepada pelanggan lain, Mok memasak nasi goreng dan mi goreng untuk kami pula. Sebaik sahaja makanan dihidangkan di atas satu-satunya meja yang ada di kedai kecil ini, kami tidak membuang masa untuk menjamu selera. 

Ternyata, resepi masakan Mok memang mampu memikat selera. Gabungan sotong, udang dan petai menjadi! Mi goreng udang juga tidak mengecewakan. Pedas terangkat! Kena dengan selera orang Malaysia yang gemar dengan makan pedas.

Memasak Adalah DNA

Jelas Mok, memasak sudah pasti dalam DNA mereka kerana arwah bapa mereka adalah tukang masak dan katerer terkenal di kawasan itu.

“Kami memulakan perniagaan dengan membuka gerai kecil di hadapan rumah pada 2019, tetapi memutuskan untuk berpindah semasa pandemik (Covid-19).Kedai ini asalnya adalah kedai jahit ibu kami tetapi ia kosong kerana dia berhenti menjahit kerana penglihatannya semakin teruk, jadi kami ambil alih kedainya sebagai ganti,” ujar Mashitah pula.

Dua menu yang sering menjadi pilihan pelanggan.
Dua menu yang sering menjadi pilihan pelanggan.

Tambah Mashitah lagi, kedai makan mereka menyediakan hampir 30 jenis hidangan, termasuklah ayam penyet, tauhu bakar, pelbagai jenis mi, termasuklah kuey teow goreng yang menjadi menu permulaan kedai ini.

"Saya pun tak sangka menu ‘Nasi Goreng Special Petai Berapi Udang Sotong Meletop’ ini yang menjadi rebutan ramai.  Saya dapat ihlam resipi ini secara tak sengaja. Waktu itu saya hanya ingin masak gunakan bahan-bahan yang ada di rumah. Selepas cuba buat untuk pelanggan kedai, ramai pula yang suka. Ramai yang sanggup tempah lebih awal sebab setiap hari saya sediakan 60 set sahaja," ujar Mok pula.

Jadi, jika anda idamkan hidangan pedas yang dibangkitkan dengan aroma berasap wok hei (kuali panas berasap), panjangkanlah langkah ke kedai milik dua beradik ini.

Jangan Bimbang

Pengikut setia di media sosial bermula apabila tawaran lazat kedai itu dipaparkan oleh peminat di TikTok dan Instagram. Video dan gambar memaparkan hidangan makanan laut yang menyelerakan seperti Nasi Goreng Special Petai Berapi Udang Sotong Meletop (Nasi Goreng Petai Istimewa Udang dan Sotong), Char Kuey Teow Udang (Kuey Teow Goreng Udang), Sotong Kangkung (Kangkung dengan Sotong) dan Mee Goreng Mamak Udang. Selain menggamit peminat makanan di Lembah Klang, ia turut memikat peminat dari luar Lembah Klang.

Ternyata menu yang pelbagai bagi kedai makan sekecil itu, namun tiga hidangan istimewa nyata menonjol dalam senarai yang wajib dicuba. Sotong Telur Masin atau Udang diperap dan digoreng dengan sempurna, digandingkan dengan sos telur masin keemasan yang sedap.

Hirisan pada sotong memudahkan pelanggan menikmati hidangan.
Hirisan pada sotong memudahkan pelanggan menikmati hidangan.

Selain itu, nasi lemak bungkus dengan sambal pedas yang sesuai dengan semua nota pedas, manis dan masam - ia mengandungi ikan bilis rangup, sebiji telur puyuh, dan kangkung. Hanya berharga RM2 sebungkus, nasi lemak kecil itu menerima permintaan tinggi dan ia sangat laris. Bagi peminat setia The Siblings, nasi lemak sering menjadi pilihan sebagai hidangan iringan.

Nasi Goreng Istimewa Petai Berapi Udang Sotong Meletop pula adalah tour de force mereka kerana hanya dengan aromanya sudah menyebabkan air liur menjadi kecur.

Dengan berbekalkan makanan laut yang segar dan aroma petai dilengkapi rasa pedas yang sempurna, memberikan tekstur rangup pada nasi goreng. Tetapi jika anda bukan peminat masakan pedas, boleh maklumkan kepada tukang masak supaya mengurangkan kadar kepedasan.

Yang pasti, hidangan di The Siblings menjanjikan kelainan dan memberikan pengalaman berbeza kepada anda. – Getaran, 24 September 2023

Isu Pada

Resipi Berzaman Lahirkan Perpaduan

16 Sep 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini