Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Fitnah Berleluasa, Tapi Mungkin Tidak Disedari...

Fitnah sudah menjadi kebiasaan sesetengah pihak, tanpa menghiraukan akibat dan implikasi dibawa

TARA Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2023 6:42PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Fitnah membawa maksud tuduhan yang dibuat-buat untuk memburukkan atau menindas sesuatu pihak, sehingga membawa kepada kekecohan dan perbalahan. Nabi Muhammad SAW pernah berpesan, antara tanda-tanda kiamat semakin hampir adalah apabila fitnah bertebaran di bumi Allah.

Kata-kata yang berbaur fitnah ini sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah pihak - gambar hiasan
Kata-kata yang berbaur fitnah ini sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah pihak - gambar hiasan

Adalah amat menyedihkan apabila melihat semakin ramai individu tidak gentar melakukan dosa fitnah, malah tidak menghiraukan perkara berkenaan, seperti disebut Ibn Hajar:

إِنَّ الفِتَنَ غَالِبًا إِنَّما تُنْشَأُ عَنِ التَّبْدِيْلِ وَالإِحْدَاثِ

Maksudnya: “Sesungguhnya fitnah itu kebiasaannya dibuat untuk mengubah (sesuatu) dan mereka-reka." reka.” (Fath al-Bari 27/3)

Penulis hari ini terpanggil berkongsi mengenai dosa fitnah, yang sering kali berlaku dalam kehidupan seharian tanpa disedari.

 Fitnah daripada individu atau kelompok yang mengada-adakan suatu berita atau maklumat yang tidak sahih kebenarannya mengenai seseorang - gambar hiasan
Fitnah daripada individu atau kelompok yang mengada-adakan suatu berita atau maklumat yang tidak sahih kebenarannya mengenai seseorang - gambar hiasan

Pertama, fitnah boleh berlaku apabila terdapat individu atau kelompok yang mengada-adakan suatu berita atau maklumat yang tidak sahih kebenarannya mengenai seseorang. 

Seterusnya, ia disebarkan kepada umum dengan tujuan untuk memburuk-burukkan bahkan menjatuhkan maruah individu tersebut.

Ini termasuklah ketika sedang berhujah, berceramah atau menceritakan tentang seseorang yang belum tahu sama ada bersalah atau tidak untuk dijadikan contoh yang tidak baik. 

Perbualan di kedai kopi juga boleh mengundang fitnah jika bercakap perkara yang tidak mempunyai kesahihan - gambar hiasan
Perbualan di kedai kopi juga boleh mengundang fitnah jika bercakap perkara yang tidak mempunyai kesahihan - gambar hiasan

Fitnah yang kedua adalah apabila seseorang menerima berita mengenai seseorang tanpa menyelidik kebenaran atau memahaminya terlebih dahulu. Tanpa segan silu, perkara itu kemudiannya disebarkan kepada orang lain walaupun mungkin dia tidak berniat untuk memburukkan sesiapa. Hati-hati dengan perkara ini. Tak pasti, tolong jangan kongsi.

Jika kita berniat baik sekali pun, perkara yang tidak sahih boleh menyebabkan orang sekeliling ragu-ragu dan memandang serong dengan kata-kata yang keluar dari mulut kita. Sungguh pun hal yang diperkatakan dirujuk oleh kata-kata orang lain, ia tetap boleh jatuh fitnah.

Dalam kedua-dua situasi inilah fitnah berlaku dan ia dilihat semakin berleluasa kebelakangan ini. 

Kaedah-kaedah konvensional dilihat masih lagi menjadi penyumbang tersebarnya berita fitnah, termasuk sejumlah laporan media yang tidak tepat atau ceramah diadakan secara semberono.

Fitnah turut berkalu melalui teknologi yang sedia ada - gambar hiasan
Fitnah turut berkalu melalui teknologi yang sedia ada - gambar hiasan

Dengan kecanggihan teknologi, peranti moden seperti telefon pintar dan komputer juga boleh digunakan untuk menyebar fitnah.

Menyentuh mengenai punca fitnah, ia datang dari niat dan hati seseorang itu. Ingatlah, fitnah ini timbul daripada hati manusia yang kotor, bermasalah dan tidak memiliki iman yang teguh. Ia tergolong sebagai antara dosa besar, malah turut mengundang perbalahan serta konflik antara satu sama lain dan inilah salah satu sifat syaitan. 

Pengamal media tidak terlepas daripada dosa memfitnah. Pastikan artikel atau maklumat yang disampaikan benar dan tidak menyeleweng. Ini kerana rata-rata masyarakat meletakkan kepercayaan terhadap maklumat yang disiarkan melalui media sama ada digital atau arus perdana.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Nabi SAW telah bersabda:

كَفَى بِالْمَرْءِ إِثْمًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

Maksudnya: “Cukuplah seseorang dikatakan pendusta apabila dia menyampaikan apa sahaja yang didengarinya”.

[Riwayat Muslim (4482)]

Oleh itu, janganlah sesekali kita memandang enteng terhadap ayat Al-Quran yang dengan jelas menyatakan dosa fitnah lebih besar daripada membunuh.

Perbuatan ini juga dikutuk Rasulullah SAW dalam hadis diriwayatkan Huzaifah R.A :

‏ لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ ‏

Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba)”

[HR al-Bukhari (6056) dan Muslim (105)]

Semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan Allah SWT dan sentiasa dijauhkan daripada gejala fitnah ini dalam kehidupan seharian. - Getaran, 23 September 2023

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Isu Pada

Resipi Berzaman Lahirkan Perpaduan

16 Sep 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Sebar Fitnah Dalam Kuliah, Rosmin Adam Disiasat Pihak Berkuasa

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Sahkan Terima Laporan Fitnah Menteri Pendidikan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Difitnah Jadi Proksi Gaji Nurul Izzah, Aktivis Buat Laporan Polis

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Bersalah Memfitnah, Mahfuz Diarah Bayar RM250,000 Kepada Sanusi

Sorotan

1

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

2

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

3

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

4

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

5

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

6

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji