Berita Terkini

6 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Remajakan Miss V, Gunakan Masker 'Two Lips Blackout' Di Rumah!

Masker vulva Blackout yang baharu dan dipertingkatkan ini melaksanakan penjagaan kulit empat-langkah; menenangkan, menyahtoksik, mencerahkan dan melembapkan.

TARA Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2023 8:33PM

Antara tetamu yang hadir pada pelancaran 'Two Lips Blackout' baru-baru ini

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kesihatan dan kebersihan vagina adalah sangat penting untuk menjaga kesihatan reproduksi anda. Biarpun isu penjagaan bahagian intim ini mungkin kurang selesa untuk dibincangkan secara umum, namun kaum wanita harus akur ia adalah aset yang perlu diberi perhatian dan keutamaan, lebih-lebih lagi jika anda telah berkahwin.

Semakin meningkat usia, semakin bertambah faktor yang boleh menyebabkan vagina atau Miss V menjadi longgar atau bahasa halusnya hilang keremajaan. Untuk mengatasinya, ada beberapa cara yang selamat dan mudah untuk anda lakukan sendiri di rumah, pada bila-bila masa. 

Dengan amalan penjagaan yang tepat, Miss V anda boleh menjadi lebih sihat dan rapat sehingga mampu meningkatkan kepuasan dan ‘keseronokan’ dalam perhubungan intim.  Salah satu yang cukup popular ialah dengan mengamalkan senaman kegel. 

Selain itu, dengan kemajuan teknologi dalam bidang kecantikan masa kini, anda juga boleh mencuba masker arang khusus untuk bahagian vulva iaitu Two Lips Blackout yang mula diperkenalkan oleh Strip di bawah subsidiarinya, Two Lips lima tahun lalu. 

Produk yang mendapat sambutan memberangsangkan ini telah dipertingkat dan dilancarkan semula baru-baru ini. 

Pengurus Besar Strip Malaysia, Bowie Lee berkata, masker yang dipertingkatkan ini diharapkan boleh memberi peluang kepada kaum wanita untuk membelai aset mereka demi kesihatan dan kesegarannya. 

Bowie Lee
Bowie Lee

“Masker ini mudah digunakan pada bila-bila masa di rumah dan percayalah. hasilnya akan cukup menggembirakan,” ujarnya. 

Two Lips Blackout yang kemungkinan adalah masker pertama seumpamanya di dunia, adalah produk sulung dalam rangkaian penjagaan intim bertaraf mewah ini. 

Edisi baharu yang disediakan ini akan terus melaksanakan penjagaan kulit empat langkah iaitu menenangkan, menyahtoksik, mencerahkan dan melembapkan.

Rumusan edisi terbaharu ini masih mengekalkan bahan utama, iaitu Binchotan Charcoal yang berasal daripada pokok Japanese Ubame Oak untuk kebolehan membersihkan kulit. 

Tambahan dalam formula serum masker ini adalah Vitamin C, B3 dan B5 untuk menguatkan perlindungan agar kulit lebih anjal dan sihat. 

Turut diperkenalkan ialah Chitosan dengan sifat antibakteria dan anti-radang agar menggalakkan penyembuhan kulit. Satu perkara yang anda mesti tahu ialah, masker ini menggunakan laminasi foil berbanding dengan renda hitam pada edisi pertamanya. 

Perubahan dalam lapisan ini adalah untuk meningkatkan kesan penebatan dan membolehkan penyerapan menyeluruh bahan-bahan botani yang kaya oleh kulit. Penggunaannya juga mudah kerana salutan serum pada setiap kepingan masker Blackout adalah pada kadar yang secukupnya untuk satu sesi penjagaan diri yang ideal.

Diuji Secara Ginekologi Dan Dermatologi

Mungkin ada yang ragu-ragu untuk menggunakan produk ini. Jangan risau, Blackout bebas sulfat dan paraben, serta telah diuji secara ginekologi dan dermatologi. Ia sesuai digunakan pada pelbagai jenis kulit untuk membantu mempertingkatkan ciri perlindungan kulit. 

Masa penggunaan paling berkesan adalah sejurus selepas rawatan pembuangan rambut kerana hasil terbaik adalah pada kulit yang bebas rambut untuk memastikan kelembapan kulit dan supaya kulit berasa tenang dan sihat.

Kebaikan Blackout boleh diperolehi secara maksimum dengan penggunaan masker ini selama lima hari berturut-turut. Harga pengenalan untuk dua keping masker hanya RM108. (Harga asal RM70 sekeping). Promosi sah sehingga 30 September 2023, di semua cawangan Strip, dan platform jualan dalam talian. 

Layari STRIP Malaysia untuk mendapatkan info lanjut tentang rawatan dan produk yang tersedia. - Getaran, 9 September 2023

Foto : Strip Malaysia

Isu Pada

Pesanan Fazley Buat Rakyat Malaysia 9

09 Sep 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Kesian Dia, Semoga Cepat Dapat Rawatan...

2

TARA 3 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

3

TARA 3 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

4

TARA 4 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

Sorotan

1

90 Kes Jenayah Seksual Direkod Di Kelantan Dalam Tempoh 4 Bulan

2

MB Perlis Beri Keterangan Hampir 9 Jam Di SPRM

3

Muat Naik Video Dikatakan Aibkan YDPA, Papagomo Ditahan Polis

4

Pengurus Dan Pegawai Keselamatan Kebakaran Di Premis, JBPM Dalam Proses Pinda Akta

5

Isu Kasino Forest City: Chegu Bard Tak Mengaku Salah Terbit Kenyataan Menghasut

6

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal