Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hidangan Tradisi Tak Lapuk Ditelan Zaman, Ini 5  Kuih Tradisional Melayu Yang Dimodenkan

Olahan semula kuih tradisional Melayu dapat menarik perhatian golongan muda dan kanak-kanak untuk menikmati keenakannya.

TARA Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2023 3:37PM

Kuih tradisional masih menjadi pilihan rakyat negara ini tanpa mengira peringkat umur. gambar Food Panda

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malaysia kaya dengan kepelbagaian kuih tradisional Melayu yang enak seperti kuih karas, bom bijan dan peneram. Mungkin pada zaman milenium ini, ada dalam kalangan generasi muda yang tidak mengenali bahkan tidak tahu bagaimana enaknya kuih berkenaan.  

Bagaimanapun penulis masih bangga dengan usaha sesetengah pengusaha kuih tradisional yang tetap setia menghasilkan makanan tradisi itu. Malah, mereka berjaya mengolahnya dengan begitu kreatif untuk menarik perhatian golongan muda serta kanak-kanak supaya mencuba dan merasai sendiri kelazatan kuih berkenaan.

Susulan perubahan zaman, bagi mempopularkan kembali warisan tradisi Melayu, penulis berkongsi lima kuih tradisional yang dimodenkan sesuai dengan citarasa masa kini.

Kuih kapit. gambar asianinspirations.com
Kuih kapit. gambar asianinspirations.com

Kuih Kapit

Kuih ini sering menjadi hidangan pilihan keluarga penulis setiap kali tiba musim perayaan. Ia adalah kuih tradisional Melayu dan peranakan yang dikatakan berasal dari wilayah serantau antaranya Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia.

Bahan bagi  memasaknya mudah diperoleh iaitu tepung gandum, gula pasir, santan, telur, minyak masak dan kemahiran untuk menghasilkannya. Kini, tanpa menukar tekstur asli yang ragup apabila digigit, kuih ini diolah dengan penambahan beberapa perisa yang disapu diantara lapisan kuih kapit.

Kuih kapit dengan lepa kacang tanah menjadi kesukaan orang ramai. gambar ibupreneur.co
Kuih kapit dengan lepa kacang tanah menjadi kesukaan orang ramai. gambar ibupreneur.co

Antara yang popular di pasaran adalah kuih kapit perisa mentega kacang dan coklat. Bahkan ada juga kacang cincang yang dicampurkan bersama perisa tersebut. Olahan ini berjaya memberikan rasa yang sangat enak malah sukar berhenti apabila sudah mula mengunyahnya.

Kek lapis Sarawak. gambar tlasobscura.com
Kek lapis Sarawak. gambar tlasobscura.com

Kek Lapis

Bagi yang menggemari kek lapis, cuba anda fikir betul-betul apakah sebenarnya perisa asal kek ini? Kek lapis tradisional biasanya memiliki rasa lemak masin dan sedikit manis kerana menggunakan bahan berempah, kaya atau jem.

Namun jangan keliru dengan kek lapis Sarawak, ia adalah makanan tradisional dari Bumi Kenyalang tetapi sudah dimodenkan dengan pelbagai variasi. Malah lapisan coraknya begitu kompleks dengan pelbagai warna yang sangat menarik.

Kini kek lapis Sarawak dihasilkan dengan pelbagai perisa seperti antaranya oren, peppermint dan pelbagai lagi. Selain itu, kek lapis ini juga mudah untuk dibeli menerusi platform dalam talian.

Kuih bahulu perisa coklat. gambar cakes.blogspot.com
Kuih bahulu perisa coklat. gambar cakes.blogspot.com

Kuih Bahulu

Bahulu juga antara kuih tradisional Melayu yang sangat terkenal terutama apabila tiba majlis keramaian seperti kenduri kahwin atau musim perayaan khususnya hari raya. Resepinya agak ringkas iaitu hanya menggunakan telur, tepung gandum, gula pasir dan sedikit minyak masak.

Sama ada membakarnya secara tradisional menggunakan sabut kelapa atau ketuhar, rasa kuih bahulu tetap tidak berubah. Kini rasa semakin dipelbagaikan untuk menarik perhatian antara  kuih bahulu perisa strawberry, coklat chip dan mangga. Masih mengekalkan bentuk yang sama cuma warnanya sedikit berbeza mengikut perisa.

Tertanya-tanya juga bagaimanakah rasanya kerana penulis sendiri tidak pernah makan bahulu seperti ini. Jadi inovasi kuih tradisional ini wajib untuk dicari.

Kuih seri muda enak dinikmati ketika minum petang. gambar honestfoodtalks.com
Kuih seri muda enak dinikmati ketika minum petang. gambar honestfoodtalks.com

Seri Muka

Kuih ini pula antara yang sering kelihatan di kebanyakan kedai nasi lemak pada waktu pagi. Senang untuk dicari dan resepinya juga agak mudah. Bahan utamanya hanya menggunakan santan (untuk membuat kastard di lapisan atas) dan pulut, namun memerlukan teknik dan petua tertentu untuk menghasilkannya.

Kuih seri muka yang diolah semula. gambar honestfoodtalks.com
Kuih seri muka yang diolah semula. gambar honestfoodtalks.com

Asal kuih tradisional melayu ini hanya mempunyai perisa pandan pada lapisan atas dan pulut untuk lapisan bawah. Kini terdapat pelbagai perisa lain bagi menggantikan lapisan pandan itu seperti durian, keladi dan coklat. Ia dimodenkan bagi memenuhi permintaan orang ramai.

Memang benar, ada yang tidak gemar perisa pandan atau durian akan tetapi pulut di bahagian lapisan bawah masih dikekalkan. Bagi memberi kelainan, penulis pernah menemui peniaga menggantikannya dengan pulut hitam

Pelbagai perisa kuih bangkit. gambar carousell.com
Pelbagai perisa kuih bangkit. gambar carousell.com

Kuih Bangkit

Ada yang memanggilnya sebagai kuih dan ada juga yang menggelar sebagai biskut, itulah dia Bangkit. Ia sering dijadikan juadah pilihan ketika hari raya. Bahan utamanya adalah tepung ubi dan tepung gandum namun masih memerlukan kemahiran yang tersendiri untuk menghasilkannya.

Ini kerana kuih ini memiliki tekstur yang unik di mana bangkit yang sempurna memiliki permukaan yang agak keras di luar dan cair di mulut semasa mengunyahnya.

Dengan mengekalkan bentuk asal seperti kelopak bunga dan rasa asli lemak masin, evolusi yang dibuat terhadap kuih ini adalah dengan menambah beberapa perisa seperti pandan dan oreo. Jadi rasanya akan sedikit wangi (pandan) dan rasa coklat berkrim (oreo).

Bagi penulis, inovasi yang dilakukan oleh pengusaha kuih tradisional ini adalah satu langkah yang bijak. Dalam mengekalkan bentuk dan rasa asli kuih-kuih tersebut, penambahan variasi yang dilakukan tidak sedikit pun menenggelamkan tekstur asal kuih tersebut. Malah ia memperluaskan lagi pasaran kuih tradisional Melayu kepada semua jenis golongan masyarakat. – Getaran, 3 September 2023

Isu Pada

Pesanan Fazley Buat Rakyat Malaysia 9

09 Sep 2023

Berita Berkaitan

1

Selera 2 tahun yang lalu

Sayangni Hasilkan 500 Keping Kuih Karas Sehari

Sorotan

1

Bakal PM Singapura Umum Barisan Kabinet

2

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

3

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

4

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

5

PRK KKB: Warga Emas Sanggup Tempuh 200 KM Untuk Mengundi

6

AJK Masjid Arah Terbalikkan Baju Sudah Beri Penjelasan Dan Mohon Maaf - Exco