Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sayangni Hasilkan 500 Keping Kuih Karas Sehari

Berpegang kepada peribahasa, 'Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya' seorang ibu tunggal menyara lima orang anak menerusi perniagaan kuih karas.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2022 2:28PM

Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berpegang kepada peribahasa, 'Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya' menjadi pembakar semangat seorang ibu tunggal menyara lima orang anak menerusi perniagaan kuih karas.

Sayangni Ibrahim, 51, dari Kampung Gial, Mata Ayer, di Kangar, Perlis, berkata beliau mula berniaga kuih itu secara serius selepas hilang tempat bergantung apabila suaminya, Mat Husin Abdullah meninggal dunia tujuh tahun lepas.

“Buat kuih karas ini perlu banyak bersabar walaupun nampak senang tetapi tidak ramai sanggup membuatnya kerana prosesnya agak remeh berbanding kuih moden,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Sayangni yang mesra dipanggil Kak Yani berkata beliau mula belajar membuat kuih karas daripada arwah neneknya, Rumit Mat Akil sejak berusia 19 tahun.

“Bahan untuk hasilkan kuih karas mudah sahaja namun sukatan air, gula, tepung beras dan tepung gandum perlu tepat bagi memastikan bahawa kuih yang dihasilkan sedap, tahan lama, tidak mudah pecah dan rangup,” katanya.

Menurut Sayangni, beliau menggunakan acuan berusia kira-kira 30 tahun yang dibeli daripada seorang tukang kayu di Santan, dekat sini dan akan terus menggunakannya kerana serasi dengan dirinya.

“Saya pernah cuba menggunakan acuan lain yang baharu dibeli namun hasilnya tidak secantik kuih yang dibuat menggunakan acuan ini,” katanya.

Acuan kuih karas itu dihasilkan daripada tempurung kelapa yang ditebuk dan mempunyai tangkai kayu.

Sayangni berkata beliau menjaga dengan baik acuan tersebut kerana tukang kayu berkenaan sudah meninggal dunia dan tiada pengganti mewarisi seni pembuatan acuan itu.

“Kuih karas ada pelbagai bentuk sama ada segi tiga, bulat, separa bulatan atau panjang bergantung kepada pembuat,” katanya.

Katanya beliau lebih gemar menghasilkan kuih karas berbentuk segi tiga kerana ia susah patah dan tahan lama.

“Alhamdulillah, saya sering menerima permintaan daripada pelanggan dari seluruh negara dan tidak menang tangan untuk siapkan tempahan khususnya ketika Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha dan musim cuti sekolah untuk majlis perkahwinan,” katanya yang menghasilkan kira-kira 500 keping kuih karas sehari.

Beliau berpandangan ketika ini tidak ramai orang berminat membuat kuih karas memandangkan golongan muda lebih gemar menghasilkan kuih moden sekali gus menyebabkan beliau sering menerima tempahan.

Sayangni turut menyambut baik cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer Siti Berenee Yahaya yang ingin menjadikan kawasan Mata Ayer sebagai hab kuih tradisional menerusi program ‘Satu DUN Satu Produk’ (Satu Dewan Undangan Negeri Satu Produk).

“Diharapkan usaha ini bukan sahaja mampu menarik pelancong datang ke Perlis malah turut mengajak golongan muda memelihara warisan kuih tradisional,” katanya dengan menambah bersedia memberi tunjuk ajar kepada mereka yang berminat untuk menghasilkan kuih tersebut. - Bernama

Isu Pada

Yonnyboii - Tentang ‘Anxiety’, Suami Muda Dan AJL36

22 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Perlis Akan Cadang Pintu Sempadan Padang Besar Dibuka Hingga 12 Tengah Malam

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Ditipu Penjual Barangan Terpakai, Suri Rumah Rugi Lebih RM30,000

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Kastam Perlis Rampas Ketum, Kanabis Bernilai Lebih RM64,000

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Ditipu Individu Menyamar Polis, Suri Rumah Rugi Hampir RM1.5 Juta

Sorotan

1

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

2

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

3

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

4

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

5

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

6

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi