Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bicara Hati Halim Othman

Siapa yang tidak kenal dengan personaliti yang satu ini. Satu ketika dahulu, wajah dan suaranya pernah menemani rakyat Malaysia menerusi rancangan popular Roda Impian dan menjadi penyampai radio nombor satu negara, Era FM. TARA mendekati Halim Othman untuk mengetahui kisahnya yang mungkin ada di luar sana yang belum tahu

TARA Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2023 10:41AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perkenalan saya dengan personaliti bertaraf legenda ini sudah lama. Kami berdua pernah bekerja di bawah satu bumbung satu ketika dahulu iaitu di stesen radio Suria FM. Namun selepas masing-masing meninggalkan syarikat itu, kami terputus hubungan agak lama. Cuma sekali sekala bertegur sapa di media sosial. 

Apabila saya diberitahu bahawa Halim Othman bakal menjadi wajah TARA untuk edisi kali ini, inilah peluang terbaik saya untuk kembali bertemu dengannya dan bertanya khabar sekaligus menyusun aksara  tentang  cerita terkini Halim Othman untuk disajikan kepada para pembaca.

Bila bercakap tentang Halim Othman, pastinya ramai yang akan mengingati rancangan permainan popular Roda Impian. Ayat ‘saya putar lagi Halim’ pastinya akan menjadi bait-bait kata yang keluar dari mulut peminat setiap kali bertemu dengannya. 

Halim juga cemerlang di corong radio. Bersama radio Era, nama Halim Othman telah menjadi antara penyampai radio paling ‘legend’ di Malaysia. Buktinya dia pernah membawa pulang bukan satu tetapi lima anugerah Penyampai Radio Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dan juga anugerah Penyampai Radio Terbaik di Anugerah Seri Angkasa.  

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa latar belakang pendidikan anak kelahiran Terengganu ini bukanlah dalam bidang komunikasi atau penyiaran. Tetapi dia merupakan lulusan dalam bidang seni bina dan pernah menuntut ilmu di Amerika Syarikat selama 9 tahun. 

Ramai tidak tahu Halim Othman merupakan graduan Seni Bina dari Amerika Syarikat - gambar Nooreeza Hashim
Ramai tidak tahu Halim Othman merupakan graduan Seni Bina dari Amerika Syarikat - gambar Nooreeza Hashim

“Perjalanan saya dalam dunia penyiaran bermula pada tahun 1993, ketika itu saya mengacarakan rancangan Selamat Pagi Malaysia. Kemudian saya ditawarkan untuk menjadi pengacara rancangan Roda Impian.

“Saya mengacarakan Roda Impian sebanyak 1040 episod bermula pada tahun 1996 sehinggalah 2004. Saya sangat rindukan Roda Impian. Jika diberi peluang untuk mengacarakan rancangan ini lagi, saya akan terima. Berat hati saya untuk melepaskan Roda Impian ketika itu. Tetapi saya perlu hormati keputusan mereka. 

“Di Roda Impian mereka betul-betul bekerja dengan sangat profesional mengikut standard antrabangsa. Malah saya rasa lebih hebat daripada versi antarabangsa. Saya dan Eja ada bilik kami sendiri. Kami juga disediakan pembantu. Mereka betul-betul menjaga agar kami tidak terserempak dengan peserta ketika di tandas atau sebagainya. Ke mana sahaja kami pergi akan ada orang yang ikut. Kerana jawapan pada permainan itu hanya ada dua tiga orang sahaja yang tahu. Jika ada yang bocor, kami boleh kesan siapa yang bocorkan.

“Sehari kita rakam lima episod sekaligus untuk seminggu. Bayangkan ketika itu jadual kerja saya bermula seawal jam 6 pagi di konti radio kemudian pukul 11 pagi saya sudah mulakan rakaman Roda Impian sehingga tengah malam. Hidup saya memang tentang kerja sahaja. Tak ada masa nak enjoy,” katanya. 

Halim Othman juga adalah penyampai radio pertama yang bersiaran di radio Era pada hari pertama ia dilancarkan iaitu 1 Ogos 1998.

Perjalanan Halim Othman dalam dunia penyiaran bermula pada tahun 1993 - gambar Nooreeza Hashim
Perjalanan Halim Othman dalam dunia penyiaran bermula pada tahun 1993 - gambar Nooreeza Hashim

“Saya masih ingat lagi, ketika itu jam 6 pagi, ayat pertama yang keluar dari mulut saya ketika itu adalah ‘Era rentak muzik terkini’ yang merupakan tagline radio Era. Ungkapan itu ibarat azan yang dilaungkan kepada bayi yang baru lahir. 

“Terlalu banyak kenangan manis saya bersama Era. Kami ibarat sebuah keluarga. Tidak pernah bergaduh sesama sendiri. Bersama Era juga saya berpeluang bertemu dengan ramai orang dari latar belakang yang berbeza daripada Perdana Menteri sehinggalah selebriti antarabangsa. 

Boleh dikatakan ketika zaman kegemilangan Halim, setiap hari rakyat Malaysia ditemani dengan suaranya di pagi hari menerusi corong radio dan malam hari pula wajah Halim menemani keluarga rakyat Malaysia menerusi rancangan Roda Impian. 

Soal saya padanya, pernahkah terdetik di hatinya ketika itu bahawa dialah personaliti nombor satu di Malaysia, kata Halim perasaan itu pernah wujud dalam hatinya. 

“Sejujurnya saya pernah rasa seperti itu, kerana pada ketika itu rancangan Roda Impian merupakan rancangan nombor satu di Malaysia dan radio Era pula merupakan radio nombor satu. Saya dapat kuasai dua medium ketika itu iaitu radio dan televisyen. Saya rasa bangga dengan pencapaian itu kerana di rumah saya tiada televisyen. Tetapi dari sudut yang lain pula, saya mula hilang kebebasan. Pergi mana-mana semua orang kenal. Ramai orang nak kacau saya seperti yang awak sedang lakukan sekarang,” katanya sambil ketawa. 

Tolak Tawaran Jadi Hero Filem 

Biarpun kehidupannya pada ketika itu dilimpahi sinaran glamor, namun Halim tidak membenarkan dirinya hanyut dalam lautan kemahsyuran. Disebabkan itu juga dia menolak tawaran Rosnani Jamil untuk menjadi hero filem Bicara Hati di samping pelakon jelita Nur Fazura.

“Watak sebagai hero dalam filem itu ditawarkan kepada saya. Watak itu adalah watak seorang guru di mana pelajarnya jatuh cinta dengannya. Tetapi saya rasa lakonan bukan bidang saya kerana saya tidak betul-betul mendalaminya ketika itu. Jadi untuk ambil hati Mak Nani (Rosnani Jamil) saya perkenalkan Fazura kepadanya. Ketika itu dia sedang cari heroin dan kebetulan pada ketika itu saya bertemu dengan Fazura. 

“Jadi saya kata pada Mak Nani, you got your heroin now, can you please leave me alone? Agak mustahil ketika itu untuk saya menjadi seorang hero filem dengan jadual kerja saya yang sangat padat,” ceritanya sambil tersenyum mengenang kisah lalu.

Kata Halim lagi, dia tidak pernah tertarik dengan sinaran glamor sebagai seorang selebriti. Disebabkan itu juga dia tiada kawan di kalangan artis.

Halim Othman pernah menolak tawaran membintangi filem - gambar Nooreeza Hashim
Halim Othman pernah menolak tawaran membintangi filem - gambar Nooreeza Hashim

Temui Erti Cinta Sebenar Di Konti Radio

Sepanjang karier Halim Othman, pernah beberapa kali muncul gosip dia bercinta dengan beberapa selebriti popular. Namun, semuanya hanya kekal gosip semata-mata. Justeru, kata Halim, cinta sebenarnya pada ketika itu adalah radio. 

Radio adalah kehidupan saya. Bukannya saya tak ada kehidupan sendiri. Tetapi radiolah kehidupan saya kerana saya sangat bahagia ketika menjadi penyampai radio. Saya dapat memberikan ‘sesuatu’ kepada para pendengar. Mereka berasa dekat dengan saya biarpun mereka hanya mendengar suara saya di corong radio. 

Saya rasa ini juga adalah antara rahsia kenapa saya kelihatan awet muda seperti yang anda beritahu saya. Kerana saya lakukan perkara yang sangat saya cintai. Cinta itu bukan datang dari luar. Tetapi cinta yang hadir dalam diri sendiri untuk diberikan kepada orang. Ini bukan cinta kepada teman wanita atau kekasih. 

Radio mengajar saya tentang erti cinta sebenar. Anda cipta cinta dalam diri anda untuk diberikan kepada pendengar. Dulu saya tak faham tentang makna sebenar cinta. Tetapi sekarang apabila saya buat radio sendiri di Tik Tok, baru saya faham tentang cinta ini. Perasaan cinta sebenar adalah apabila anda melakukan perkara yang anda betul-betul suka. Mungkin orang luar sukar untuk memahami perkara ini. Tetapi sesiapa yang mempunyai kerjaya seperti saya, mereka tentu akan faham. 

Tahun lalu, nama Halim Othman kembali diperkatakan ramai selepas dia mendedahkan pernah berkahwin dan memiliki seorang anak perempuan bernama Myra Natasya yang kini berusia 28 tahun. 

Ramai yang terkejut dengan pendedahan ini kerana tidak pernah tahu bahawa Halim pernah berkahwin satu ketika dahulu dan memiliki anak.

Soal saya pada Halim, adakah dia merupakan seorang yang perahsia dan misteri, katanya ada perkara yang harus kekal misteri.

“Sesetengah perkara dalam hidup, kalau anda terangkan segalanya-galanya ia akan hilang nilai misteri. Kehidupan adalah sesuatu yang misteri. Kadangkala anda tak perlu perjelaskan segalanya. Keep it as a mystery! Itu yang membuatkan seseorang itu lebih attractive! Saya tidak cuba menjadi misteri tapi kadang-kadang ia terjadi sendiri” katanya sambil ketawa. 

Tips Buat Pengacara dan Penyampai Radio Baharu 

CInta sebenar Halim Othman adalah untuk radio - gambar Nooreeza Hashim
CInta sebenar Halim Othman adalah untuk radio - gambar Nooreeza Hashim

Tidak lengkap rasanya temu bual saya bersama ‘otai’ dalam bidang pengacaraan dan penyiaran radio ini jika saya tidak korek tip untuk menjadi seorang personaliti berkaliber. 

Jika dilihat situasi bidang penyiaran di Malaysia kini, tugas sebagai pengacara televisyen dan juga penyampai radio banyak diambil alih oleh golongan selebriti sama ada pelakon, pelawak mahupun penyanyi. 

“Dulu kita ada pengacara seperti Ras Adiba Radzi, Wan Zaleha, Mahathir Lokman dan sebagainya, Mereka adalah pengacara yang sebenar. Tetapi kini kita lihat lebih ramai golongan selebriti yang menjadi pengacara dan penyampai radio. 

“Siapa pun yang menggalas tanggungjawab itu, dia haruslah mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang bidang itu. Kena banyak membaca dan tambah pengetahuan am. Paling penting dia kena suka dengan apa yang dia buat,” ujarnya, 

Ditanya siapakah pelapis dalam bidang pengacaraan ataupun penyampai radio yang dilihat mempunya potensi cerah, kata Halim buat masa sekarang tiada nama yang bermain difikirannya.

“Tetapi saya rasa Alif Satar sangat bagus dalam mengendalikan rancangan ‘game show’. Saya pernah lihat dia mengacarakan rancangan ‘Clever Girl Malaysia’. Bukan mudah untuk mengendalikan rancangan seperti itu,” katanya. 

Belum Meletakkan Titik Noktah Sebagai Pengacara Dan Penyampai Radio

Saya pasti, mungkin ada yang tertanya-tanya adakah Halim Othman sudah bersara dari dunia penyiaran kerana wajah dan suaranya sudah lagi tidak kelihatan dan kedengaran di televisyen mahupun radio. 

Halim Othman belum meletakkan noktah ke atas kerjaya sebagai Pengacara dan Penyampai Radio - gambar Nooreeza Hashim
Halim Othman belum meletakkan noktah ke atas kerjaya sebagai Pengacara dan Penyampai Radio - gambar Nooreeza Hashim

“Saya belum meletakkah titik noktah kepada kerjaya saya. Tetapi saya mula rasa selesa dengan kehidupan saya sekarang. Menjadi penyampai radio di akaun Tik Tok saya sendiri memberikan saya kebebasan untuk mengawal segalanya. Saya yang pilih lagu sendiri untuk diputarkan. Saya juga kini punya lebih banyak masa untuk diri sendiri.

“Tetapi saya sentiasa terbuka untuk menjadi pengacara televisyen untuk program yang sesuai. Seperti yang saya katakan, jika diberikan peluang sekali lagi, saya mahu menjadi pengacara Roda Impian. Jika ada ujibakat, saya akan pergi. 

Untuk menjadi penyampai radio pula, saya rasa tidak mungkin buat masa memandangkan ia memerlukan komitmen yang panjang. Mungkin kalau sesekali diundang, saya tidak menolak,” katanya mengakhiri perbualan. – Getaran, 5 Ogos 2023.

Teks : Helmi Anuar

Penata Gaya : Helmi Anuar

Jurufoto : Noreeza Hashim 

Jurusolek & Rambut : Acu

Isu Pada

Bicara Hati Halim Othman

12 Aug 2023

Sorotan

1

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

2

Papagomo Tak Mengaku Salah Hasut, Datangkan Kebencian Terhadap Agong 

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara