web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ibadah Korban Secara Berhutang Tidak Digalakkan

Namun tidaklah bermakna kaedah korban secara ansuran ini salah atau tidak dibenarkan, malah ia tetap sah di sisi syarak.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2023 1:05PM

Ibadah korban bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT selain bersyukur dan menunjukkan ketaatan kepada Allah. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hari Raya Aidiladha telah disambut oleh umat islam dengan penuh rahmat dan kesyukuran. 

Bahkan, antara yang dinanti-nantikan adalah pelaksanaan ibadah iaitu penyembelihan binatang ternakan seperti lembu, kambing dan unta.

 Ibadah korban adalah sunah muakkadah (sangat dianjurkan) bagi yang mampu melaksanakannya.
Ibadah korban adalah sunah muakkadah (sangat dianjurkan) bagi yang mampu melaksanakannya.

Ibadah ini bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT serta mengingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim yang menyembelih anaknya, Nabi Ismail AS. 

Tetapi jika anda perhatikan di media sosial, terdapat pihak yang menawarkan pembayaran secara ansuran kepada sesiapa yang ingin melaksanakan ibadah korban atau aqiqah ini atau dalam erti kata lain berhutang.

Jadi apakah kaedah ini dibolehkan? Memandangkan ia adalah tuntutan ibadah yang khusus kepada individu yang mampu sahaja, jawapannya ialah tidak digalakkkan. 

Pemberian daging korban kepada mereka yang tidak berkemampuan adalah mengikut kiraan tertentu.
Pemberian daging korban kepada mereka yang tidak berkemampuan adalah mengikut kiraan tertentu.

Menurut Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, hal ini merujuk kepada agama Islam itu sendiri yang tidak pernah memaksa atau melakukan sesuatu perkara di luar kemampuan diri sehingga ia membebankan dan memudaratkan. Firman Allah SWT:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ

Al-Kauthar; 108: 2

Maksudnya: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).”

Perintah untuk mengerjakan ibadah korban ini merupakan sunat muakkad dan amat digalakkan ke atas mereka yang mampu. Ini kerana tuntutan beribadat di dalam agama Islam bukanlah bertujuan untuk menyusahkan manusia. Allah SWT berfirman:

مَا يُرِيدُ اللَّـهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُم مِّنْ حَرَجٍ وَلَـٰكِن يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Al-Maidah; 5: 6

Maksudnya: “Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.”

Berkemampuan yang dimaksudkan dalam konteks ini adalah merujuk kepada individu yang mempunyai wang melebihi daripada perbelanjaan diri dan tanggungannya. Sama ada dari segi pakaian, makanan, tempat tinggal dan seumpamanya sepanjang hari raya dan tasyrik. 

Pandangan fuqaha jelas menyatakan bahawa orang yang berkemampuan adalah orang yang dituntut melakukan sunat muakkad ini dan bagi yang tidak mampu, tidaklah dituntut untuk melaksanakannya.
Pandangan fuqaha jelas menyatakan bahawa orang yang berkemampuan adalah orang yang dituntut melakukan sunat muakkad ini dan bagi yang tidak mampu, tidaklah dituntut untuk melaksanakannya.

Namun tidaklah bermakna kaedah korban secara ansuran ini salah atau tidak dibenarkan, ia tetap sah disisi syarak.

Pokok pangkalnya, perlu lihat kepada keadaan diri masing-masing.

Ia bermakna jika seseorang itu yakin bahawa dia mampu untuk membayar hutang tersebut tanpa membebankan diri mereka, maka tidak perlulah untuk menghalang diri daripada melakukannya. Bahkan diharuskan untuk mengambil pakej ansuran yang ditawarkan itu.

Pandangan fuqaha jelas menyatakan bahawa orang yang berkemampuan adalah orang yang dituntut melakukan sunat muakkad ini dan bagi yang tidak mampu, tidaklah dituntut untuk melaksanakannya. Jadi, tidak perlu berhutang semata-mata untuk melaksanakan ibadah ini sekiranya tidak mampu.

Oleh itu, sebelum hendak melakukan ibadah korban ini, lihat dan nilai dahulu kemampuan diri. Bagi yang berniat ingin melaksanakannya tetapi belum mampu, Insyaallah niat dalam hati dan panjangkan doa kepada Allah untuk dipermudahkan. - Getaran, 1 Jun 2023 

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Isu Pada

Danial Hansen Sedia Untuk Cipta Sejarah

01 Jul 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini