web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Moto Guzzi V100 Mandello Motosikal Pertama Menggunakan Aerodinamik Adaptif Di Dunia 

Model V100 Mandello ini telah dilancarkan dan merupakan ciptaan evolusi terbaharu jenis sport touring dengan menggunakan sistem aerodinamik adaptif.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2023 4:08PM

Model ini telah dilancarkan dan merupakan ciptaan evolusi terbaharu daripada jenama yang sering mengeluarkan motorsikal jenis retro moden. - Gambar Moto Guzzi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Moto Guzzi V100 Mandello, motosikal berkuasa tinggi mempunyai penampilan yang tersendiri dan agak menarik. - Gambar Moto Guzzi
Moto Guzzi V100 Mandello, motosikal berkuasa tinggi mempunyai penampilan yang tersendiri dan agak menarik. - Gambar Moto Guzzi

Nampak sedikit garang dan agak pelik bagi sesiapa yang pertama kali melihat  Moto Guzzi V100 Mandello. Namun, motosikal berkuasa tinggi ini sebenarnya mempunyai penampilan yang tersendiri dan agak menarik. Itulah model terbaharu motosikal dari Moto Guzzi yang berasal dari Itali ini.

Baru-baru ini, model ini telah dilancarkan dan merupakan ciptaan evolusi terbaharu daripada jenama yang sering mengeluarkan motorsikal jenis retro moden. Ia merupakan motorsikal jenis sport touring dan dari jauh, anda sudah dapat melihat betapa menonjol bahagian enjinnya yangsedikit  terkeluar dari sisi kiri dan kanan, sekaligus menampakkan lagi pacuan dua roda ini sedikit besar.

V100 Mandello ini dikuasakan oleh enjin V-twin berkuasa 1042cc dengan capaian kuasa kuda sehingga 115hp. - Gambar Moto Guzzi
V100 Mandello ini dikuasakan oleh enjin V-twin berkuasa 1042cc dengan capaian kuasa kuda sehingga 115hp. - Gambar Moto Guzzi

Selain itu, V100 Mandello ini dikuasakan oleh enjin V-twin berkuasa 1042cc dengan capaian kuasa kuda sehingga 115hp dan merupakan motosikal pertama di dunia dengan sistem aerodinamik adaptif. 

Sistem ini mampu menepis angin di sisi tangki membolehkan penunggang menurunkan serta menaikan kelajuan dengan yakin.

Ia dicipta dengan keupayaan enam gear serta tork bagi model ini ialah 105 Nm. - Gambar Moto Guzzi
Ia dicipta dengan keupayaan enam gear serta tork bagi model ini ialah 105 Nm. - Gambar Moto Guzzi

Jadi mod tunggangan akan lebih terlindung daripada pukulan angin dan ia dicipta dengan keupayaan enam gear serta tork bagi model ini ialah 105 Nm. 

 V100 Mandello turut menggunakan sistem brek Brembo bersama Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). - Gambar Moto Guzzi
V100 Mandello turut menggunakan sistem brek Brembo bersama Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). - Gambar Moto Guzzi

Selain daripada memiliki tangki sebesar 17 liter dan rim 17 inci, V100 Mandello turut menggunakan sistem brek Brembo bersama Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) yang sudah pasti mampu memberikan tekanan brek yang berkualiti.

Motosikal yang dikatakan sebagai tunggangan untuk melancong ini menawarkan kedudukan tempat duduk pada posisi badan menegak dan sedikit membongkok untuk anda melaraskan pinggang dengan selesa. Malah, cermin depan yang ada di bahagian kepala motorsikal boleh dilarsakan secara elektrik.

Bagi varian S, perbezaan yang ditengahkan pada V100 Mandello ialah pemasangan sistem separa aktif suspensi daripada jenama Öhlins. - Gambar Moto Guzzi
Bagi varian S, perbezaan yang ditengahkan pada V100 Mandello ialah pemasangan sistem separa aktif suspensi daripada jenama Öhlins. - Gambar Moto Guzzi

Sementara itu, bagi varian S pula, perbezaan yang ditengahkan pada V100 Mandello ialah pemasangan sistem separa aktif suspensi daripada jenama Öhlins menjadikan penukar pantas, cengkaman panas yang lebih berkualiti.

Di bawah pengedar rasminya iaitu Didi Group, motosikal V100 Mandello menawarkan harga bermula RM99,900 manakala bagi varian V100 Mandello S pula bermula RM117,900(tidak termasuk cukai dan aksesori).

Ia ditawarkan dalam empat pilihan warna termasuk Bianco Polare (V100 Mandello), Rosso Magma (V100 Mandello), Verde 2121 (V100 Mandello S) dan Grigio Avanguardia (V100 Mandello S). - Gambar Moto Guzzi
Ia ditawarkan dalam empat pilihan warna termasuk Bianco Polare (V100 Mandello), Rosso Magma (V100 Mandello), Verde 2121 (V100 Mandello S) dan Grigio Avanguardia (V100 Mandello S). - Gambar Moto Guzzi

Terdapat empat pilihan warna ditawarkan iaitu Bianco Polare (V100 Mandello), Rosso Magma (V100 Mandello), Verde 2121 (V100 Mandello S) dan Grigio Avanguardia (V100 Mandello S).

Jadi adakah anda rasa model ini boleh menjadi pilihan rakyat Malaysia dengan harga yang boleh dikatakan mampu milik bagi golongan penunggang motosikal? Lihat, teliti dan alamnya sendiri. Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Moto Guzzi. - Getaran, 25 Jun 2023 
 

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

24 Jun 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini