Berita Terkini

4 jam yang lalu: 11,000 ketua isi rumah di Selangor bakal terima manfaat Bakul Rahmah 4 jam yang lalu: Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC 4 jam yang lalu: Dapatan kajian semakan Akta Pengemis selesai September ini - Nancy Shukri 4 jam yang lalu: JPN, SPRM tumpas sindiket seludup pendatang tanpa izin Filipina melalui jalan udara 8 jam yang lalu: Australia: Acara Earth Hour dibatalkan susulan amaran ribut petir

IKUTI KAMI


Saudi Tourism Authority Lancarkan Nusuk Dan Umrah+ Di Malaysia

Nusuk ialah pelantar rasmi digital bersepadu pertama yang memudahkan para jemaah mengerjakan Umrah dan melawat Mekah serta Madinah.

TARA Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2023 11:00AM

Nusuk.sa ialah pelantar digital bersepadu Umrah yang baharu, yang mengalu-alukan jemaah Umrah dari seluruh dunia untuk menikmati pengalaman Umrah secara menyeluruh. - Gambar ihsan Glodow Nead Communications

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi atau lebih dikenali dengan Saudi Tourism Authority (STA) telah berjaya mengadakan jerayawara (roadshow) bagi mengumumkan pelancaran Nusuk (nusuk.sa) baru-baru ini.

Acara ini turut disertai oleh 21 rakan kongsi termasuk syarikat pengurusan destinasi dan pemilik hotel dari Saudi Arabia, syarikat Umrah dan persatuan pelancongan Malaysia di Kuala Lumpur.

Nusuk.sa ialah pelantar digital bersepadu Umrah yang baharu, yang mengalu-alukan jemaah Umrah dari seluruh dunia untuk menikmati pengalaman Umrah secara menyeluruh.

Inisiatif yang dilancarkan oleh Saudi Tourism Authority dengan kerjasama Program Pengalaman Jemaah Umrah Wawasan 2030 telah diumumkan dalam majlis yang dihadiri oleh Menteri Haji dan Umrah, Tuan Yang Terutama Dr Tawfiq bin Fawzan Al-Rabiah.  

Nusuk akan meluaskan lagi pilihan dan meningkatkan keseluruhan pengalaman umat Islam yang melawat Saudi dan meringkaskan prosedur ketibaan bagi pengunjung yang datang untuk mengerjakan Umrah.

Menteri Haji dan Umrah, Dr Tawfiq  Fawzan Al-Rabiah berkata, pihaknya kini telah membuka semula pintu untuk menyambut ketibaan kumpulan jemaah Umrah yang paling besar dari seluruh dunia ke Saudi selepas pandemik.

“Kami tidak sabar untuk memberikan pengalaman penempahan yang lancar dan menyeluruh, dengan pilihan perjalanan yang diperluaskan akan membawa mereka menempuh kembara keimanan melalui beberapa tarikan dan tawaran yang bercirikan Islam di antara Mekah dan Madinah, seterusnya merasai saat yang menakjubkan dan mengenali Saudi yang kaya dengan budaya dan warisan,” ujar beliau.

Manakala, Ketua Pegawai Eksekutif serta Ahli Lembaga Pengarah Saudi Tourism Authority serta Pengarah Urusan Nusuk, Fahd Hamidaddi pula berkata, pihaknya  komited untuk menjadikan Saudi sebuah negara yang mudah dikunjungi  semua pelawat.

“Untuk jemaah Umrah kami telah melancarkan pelantar digital Nusuk yang direka bentuk untuk jemaah Umrah dan pelawat merancang perjalanan ibadah mereka dengan lancar.”

“Jemaah Umrah dari Malaysia boleh memohon e-visa pada pelantar Nusuk dan boleh menempah pakej khas ke Mekah, Madinah dan tempat-tempat lain.

“Kami juga bekerjasama dengan rakan kongsi untuk menggalakkan jemaah Umrah menjelajah negara kami yang indah dan merasai pengalaman yang pelbagai dengan program Umrah+.”

“Saudi mengalu-alukan seluruh dunia untuk melawat destinasi baharu yang paling berkembang pesat dan sempadan pelancongan percutian yang belum diterokai.

“Ia memberi peluang perniagaan baharu yang tiada bandingan untuk rakan kongsi yang mahu menawarkan pengalaman yang memikat hati, jiwa dan impian para pelancong ke Saudi,” ujar beliau.

Malaysia yang merupakan pasaran strategik utama bagi Saudi kini mengukuhkan lagi hubungan dengan rakan kongsi dan komited untuk melabur dan bekerjasama dengan syarikat tempatan untuk memastikan pengalaman yang bersesuaian dan menarik bagi pasaran Malaysia.

Tahun lalu, Saudi telah menerima 312,000 orang pengunjung dari Malaysia dan tahun ini mereka menjangkakan bilangan ini akan meningkat dua kali ganda.

Pakej Umrah+ dan Visa Persinggahan

Bagi memastikan matlamat ini tercapai, Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi mengumumkan dua inisiatif utama semasa jerayawara Malaysia iaitu pakej Umrah+ yang dipertingkatkan dan Visa Persinggahan.

Pakej Umrah+ yang dipertingkatkan disediakan bagi membolehkan pengembara mengetahui bahawa Saudi kini telah menjadi destinasi pelancongan menarik yang kaya dengan budaya dan sejarah, alam semula jadi yang indah dan landskap yang pelbagai.

Terdapat enam tapak Warisan Dunia UNESCO dan lebih daripada 10,000 tapak arkeologi yang menunggu untuk diterokai di Saudi, termasuk Al Balad di Jeddah, Turaif di Diriyah - tempat kelahiran Saudi serta pergunungan Aseer dan pekan kecil yang menjanjikan pengalaman warisan dan kebudayaan - yang akan memberi peluang kepada pelawat untuk merasai pengalaman tanah Arab yang sebenar.

Visa Persinggahan ini terbuka kepada semua pelawat yang berkunjung untuk melancong, urusan perniagaan dan ibadah yang menaiki pesawat Saudia dan Flynas. Pelawat boleh singgah di Saudi sehingga 96 jam dan menikmati satu malam penginapan hotel bersama Saudia yang diberikan secara percuma.

Ini menjadikan Saudi sebagai persinggahan yang tepat untuk rakyat Malaysia yang dalam perjalanan ke Eropah, UK dan AS.

Saudi telah melabur dalam beberapa projek mega seperti Qiddiya, Neom dan Murabba baharu di Riyadh yang diumumkan baru-baru ini, dipanggil ‘Mukaab’ yang bakal menjadi pusat bandar moden terbesar di dunia.

Ketahui lebih lanjut tentang tawaran pelancongan Saudi pada lama web Visit Saudi atau layari Nusuk di nusuk.sa. - Getaran, 12 Mac 2023

Isu Pada

Dolla Tunjuk Taring

11 Mar 2023

Sorotan

1

Hapus Monopoli PUSPAKOM Buka Ruang Tambah Baik Perkhidmatan

2

KKM Teruskan Ops Kebersihan Di Bazar, Pastikan Keselamatan Makanan Diambil Berat

3

Pelbagai Tokoh Sertai MARA Demi Pastikan Integriti, Tadbir Urus Dapat Ditambah Baik

Disyorkan untuk anda

TARA 15 jam yang lalu

Thanuja Ananthan Bukan Hanya Glitz And Glam

oleh Rubini Nagarajah

TARA 6 jam yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan empat tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform pe...

TARA 7 jam yang lalu

Inisiatif 'Women Take the Wheel' Tingkatkan Pengalaman Wanita Membeli Kereta

Wanita akan diberi bimbingan, terutamanya dalam aspek teknikal dan hal-hal berkaitan peringkat awal proses pembelian kereta di Carsome.

oleh Izwan Ramlan

TARA 15 jam yang lalu

Banyak Cabaran Yang Dilalui Vino G Bastian Kala Menghidupkan Watak Tokoh Penting Buya Hamka

oleh Helmi Anuar