Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Pemerkasaan Pelumba Generasi Muda Bersama Bad Lab Dan Honda Digadingkan

Jalinan kerjasama luar biasa diantara Bad Lab dan Boon siew Honda Racing Team menonjolkan generasi baharu rakyat Malaysia melalui kempen ‘Man-Gineered For Power’.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2023 8:00AM

(Dari kiri) Muhammad Irfan Haykhal, Muhamad Shahzul Naim, Adib Hareez dan Muhammad Farish Iqmal. - Gambar PR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bad Lab baru-baru ini mengumumkan secara rasmi inisiatifnya yang terbaru melibatkan sukan permotoran melalui kerjasama dengan Boon Siew Honda Racing Team dalam kempen yang dinamakan ‘Man-Gineered For Power’.

Ia merupakan sebahagian dari misi Bad Lab untuk menyokong dan menonjolkan bakat-bakat baharu terutamanya pelumba motosikal tempatan muda yang berkaliber agar satu hari nanti dapat beraksi di arena antarabangsa. 

Bad Lab atau maksudnya Brave and Daring Laboratory ialah sebuah jenama barangan penjagaan diri dari Malaysia dan terkenal di pasaran dunia.

Ia direka khususnya untuk lelaki bukan konvensional yang berani dan tidak mudah menyerah kalah amat sesuai dengan jalinan kerjasama dengan dunia permotoran ini.

Lum Chong Heng (kiri) dan Pengurus Kanan Pemasaran Honda, Steven Chin. - Gambar PR
Lum Chong Heng (kiri) dan Pengurus Kanan Pemasaran Honda, Steven Chin. - Gambar PR

Boon Siew Honda yang bertanggungjawab menguruskan divisyen sukan permotoran bagi syarikat gergasi yang mula ditubuhkan di Jepun bagi melatih dan melahirkan pelumba muda yang bakal mencipta sejarah pada masa hadapan.

Lum Chong Heng, Pengarah Komersial Bad Lab, menjelaskan, keputusan untuk menjalin kerjasama dengan Boon Siew Honda Racing Team bukan sahaja satu keputusan strategik, namun ia begitu sejajar dengan misi BAD LAB memperkasa generasi muda Malaysia agar berani dan tidak mudah menyerah kalah di dalam usaha merealisasikan impian.

“Sebagai sebuah kempen, Man-Gineered For Power merupakan satu daripada strategi kami untuk menyokong serta membangunkan generasi baru pelumba Malaysia. 

“Selari dengan itu, Bad Lab akan menyediakan satu platform khusus agar mereka bukan sahaja dapat menampilkan bakat yang ada, malah dapat juga menimba pengalaman dan belajar dari pelumba-pelumba lain yang hebat dan lebih senior”, jelasnya.

Bad Lab turut memperkenalkan para pelumba yang bakal mewakili Bad Lab KC Honda Racing Team, iaitu pasukan pelumba motorsikal Bad Lab.

Pemilihan pelumba-pelumba ini benar-benar menunjukkan betapa Bad Lab begitu komited dengan objektif mereka untuk memupuk pelumba muda Malaysia dari generasi baru yang pada satu hari nanti dapat beraksi di pentas dunia.

Pelumba-pelumba tersebut adalah Muhammad Irfan Haykhal Bin Amidi, 16, Muhamad Shahzul Naim Bin Razali, 25, Adib Hareez Bin Hazwat, 17, dan Muhammad Farish Iqmal Bin Khayrul Elyas, 17. Keempat-empat mereka ini adalah generasi muda Malaysia di bawah umur 25 tahun.

Turut ditampilkan buat kali pertama adalah sut lumba rasmi serta motorsikal yang bakal digunakan para pelumba, kesemuanya direka khas dengan warna-warna rasmi iaitu hitam dan keemasan.

Barisan pelumba muda bersama Steven Chin, Pengurus Boon Siew Honda Racing Team, Zulhelmi Ahmad (tengah) dan Lum Chong Heng. - Gambar PR
Barisan pelumba muda bersama Steven Chin, Pengurus Boon Siew Honda Racing Team, Zulhelmi Ahmad (tengah) dan Lum Chong Heng. - Gambar PR

Pengurus Boon Siew Honda Racing Team, Zulhelmi Ahmad pula berkata, dia amat teruja dengan kolaborasi ini b dia amat teruja dengan kolaborasi ini bagi merealisasikan pasukan permotoran Bad Lab KC Honda Racing Team.

“Kami amat teruja dapat bekerjasama dengan Bad Lab untuk membentuk Bad Lab KC Honda Racing Team. Bad Lab amat dikenali dengan inisiatif yang amat berkait rapat dengan trend serta genre budaya alternatif golongan muda, dan dalam proses ini. 

“ Ia  telah berjaya merealisasikan impian audiens jenama hebat ini. Secara tidak langsung, ianya bertepatan sekali dengan slogan kami iaitu ‘Semangat Impian’, ulasnya.

Turut ditampilkan buat kali pertama adalah sut lumba rasmi serta motorsikal yang bakal digunakan para pelumba, kesemuanya direka khas dengan warna-warna rasmi iaitu hitam dan keemasan.  

Para pelumba Bad Lab KC Honda Racing Team bakal beraksi buat kali pertama bermula pada 25 Februari 2023 di pusingan pertama edisi ke-30 Petronas Malaysian Cub Prix (2023), yang bakal berlangsung di Sepang International Circuit.

“Kami punyai harapan yang tinggi buat pasukan ini serta keempat-empat pelumba yang diperkenalkan kepada semua pada hari ini. 

“Namun begitu, apa yang lebih penting adalah mesej yang cuba kami sampaikan bahawa dengan kerja keras, kesabaran serta semangat yang tidak luntur, tiada apa yang mustahil dengan Bad Lab. Sesiapa sahaja dapat tampil hebat dalam usaha mencapai impian mereka,” kata Lum Chong Heng. - Getaran, 26 Februari 2023

Isu Pada

Conan Gray Penakluk Jiwa Wanita

25 Feb 2023

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA