Berita Terkini

20 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Jangan Ego Untuk Merawat Perkahwinan

Baik isteri mahupun suami masing-masing perlu bertanggungjawab dan perlu ada komitmen dalam perkahwinan, ini kerana perkahwinan bukanlah sesuatu yang untuk dicuba-cuba. 

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2023 11:14AM

Seandainya perkahwinan anda ketika ini mula hambar, cubalah cari jalan terbaik untuk menyemarakkan kasih sayang. Jangan dibiarkan terlalu lama kerana ia hanya mengundang lebih banyak konflik. - Gambar hiasan

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kajian menunjukkan mereka yang berkahwin hidup lebih gembira, sihat, panjang umur dan menikmati kesihatan mental yang lebih baik. Bahkan, kurang berisiko untuk didera secara fizikal. 

Bagaimanapun, lumrah perkahwinan pasti ada pasang dan surutnya. Jadi, bagaimana caranya untuk merawat perkahwinan yang semakin hambar? Jika berlaku sesuatu krisis siapa yang harus dipersalahkan?

Suka atau pun tidak, baik isteri mahupun suami masing-masing perlu bertanggungjawab dan perlu ada komitmen dalam perkahwinan. Ini kerana perkahwinan bukanlah sesuatu untuk dicuba-cuba. 

Perkahwinan adalah satu proses pembelajaran kerana kita tidak mungkin boleh benar-benar mengenali pasangan kita kerana manusia ini sentiasa berubah. 
Perkahwinan adalah satu proses pembelajaran kerana kita tidak mungkin boleh benar-benar mengenali pasangan kita kerana manusia ini sentiasa berubah. 

Menurut Islam perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab.  Dalam erti kata lain, suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengan sebab perkataan yang mengandungi lafaz nikah, perkahwinan dan sebagainya. 

Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menyebut mengenai pensyariatan perkahwinan dianjurkan secara langsung atau tidak langsung kepada manusia sesuai dengan tuntutan fitrah semulajadinya.  Allah berfirman dalam surah An-Nisaa’ ayat 3, ertinya :

“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil (bila menikah) anak-anak yatim, maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat. Tetapi, jika kamu takut tidak dapat berlaku adil, maka seorang sajalah, atau hamba sahaya yang kamu miliki. Yang demikian itulah yang lebih memungkinkan kamu terhindar dari berlaku sewenang-wenangnya.”

Jadi jika kita benar-benar fahami dengan ayat di atas, pasti tindak-tanduk yang menjurus kepada kepincangan rumah tangga dapat dielakkan. Cubalah tetapkan hati supaya menerima pasangan kita dengan seadanya.

Kalau kita sudah boleh menerima pasangan kita seadanya pasti setiap masalah boleh diselesaikan dengan baik. Perkahwinan ini adalah satu proses pembelajaran. Sebabnya, kita tidak mungkin boleh benar-benar mengenali pasangan kita kerana manusia ini sentiasa berubah. 

Bagi yang sudah melalui dunia perkahwinan, cuba anda imbas kembali bagaimana perjalanannya. Masa mula-mula berkahwin, suami atau isteri kita mungkin lain perangainya, dan tidak mustahil semakin bertambah usia, perangainya juga semakin berubah. Jadi kenalah ingatkan diri sendiri bahawa perkahwinan ini adalah satu proses. Setiap hari, pasti ada benda baharu yang akan dipelajari. 

Seandainya perkahwinan anda ketika ini mula hambar, cubalah cari jalan terbaik untuk menyemarakkan kasih sayang. Jangan dibiarkan terlalu lama kerana ia hanya mengundang lebih banyak konflik. Suami boleh mengintai wanita lain di luar rumah, isteri juga boleh melakukan yang sama. 

Sebaiknya masing-masing jangan bersikap ego untuk mencari penyelesaian. Siapa yang sedar dahulu perkahwinannya ada masalah, dia kena mulakan dulu untuk merawatnya. Ingat! Lelaki dan wanita saling memerlukan.

Jangan tergesa-gesa untuk berkahwin sebaliknya bersedia secara fizikal, emosi, mental, rohani dan kewangan sebelum anda berkahwin.
Jangan tergesa-gesa untuk berkahwin sebaliknya bersedia secara fizikal, emosi, mental, rohani dan kewangan sebelum anda berkahwin.

Berikut adalah tip untuk meraih perkahwinan bahagia dan berkekalan yang dikongsi oleh portal rasmi MyHEALTH, Kementerian Kesihatan Malaysia.

1. Pilih pasangan dengan bijak. Ini merupakan salah satu keputusan penting yang akan dibuat oleh seseorang dalam kehidupannya.

2. Jangan tergesa-gesa untuk berkahwin.

3. Bersedia secara fizikal, emosi, mental, rohani dan kewangan sebelum anda berkahwin.

4. Jadikan perkahwinan keutamaan hidup anda. Luangkan masa bersama dan hargai pasangan anda.

5. Dapatkan kemahiran berkomunikasi dan jalinkan perhubungan sihat.

6. Dapatkan sebanyak mungkin ilmu sebelum kahwin.

7. Berkahwinlah semasa usia anda dalam lingkungan 20an atau lebih.

8. Elakkan hubungan seks sebelum berkahwin.

9. Elakkan tinggal bersama / bersekedudukan sebelum kahwin.

10. Bina perhubungan yang kukuh dengan keluarga dan ibu bapa pasangan masing-masing.

11. Hadiri kursus pra-perkahwinan bersama pasangan anda sebelum berkahwin. - Getaran, 22 Januari 2023 

Isu Pada

Jalan Jauh Ayda Jebat

21 Jan 2023

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut