web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Streamer’, Ambil Perhatian Terhadap Honor X9a

Sebagai penstrim tentunya antara spesifikasi pentingnya ialah pada komponen skrin, storan dan juga bateri. Adakah Honor X9a sesuai?

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2023 6:00PM

Honor X9a - Gambar laman web Honor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penstrim permainan dalam talian atau dikenali sebagai ‘Streamer’ amat mementingkan keselesaan semasa menggunakan telefon pintar ketika beraksi. Terutamanya jika sedang berada dalam kejohanan persendirian bersama rakan-rakan atau secara komersial.

Tentunya antara spesifikasi pentingnya ialah pada komponen skrin, storan dan juga bateri. Ya, skrin adalah untuk paparan ketika menstrim, storan bagi memuat turun permainan dalam talian yang memiliki data yang besar serta bateri yang memerlukan jangka hayat yang panjang.

Setelah penulis menggunakan Honor X9a selama dua minggu, model ini adalah pilihan yang tepat dan berbaloi untuk dimiliki oleh penggemar penstrim permainan dalam talian. 

Setelah penulis menggunakan Honor X9a selama dua minggu, model ini adalah pilihan yang tepat dan berbaloi untuk dimiliki oleh penggemar penstrim permainan dalam talian - Gambar oleh Izwan Ramlan
Setelah penulis menggunakan Honor X9a selama dua minggu, model ini adalah pilihan yang tepat dan berbaloi untuk dimiliki oleh penggemar penstrim permainan dalam talian - Gambar oleh Izwan Ramlan

 

Bateri 5100 mAh

Perkara yang menjadi isu utama ketika menstrim permainan dalam talian ialah tempoh masa bateri ketika bermainnya sebelum ia habis dan perlu dicas semula. Model ini menampilkan bateri jenis Li-Po dengan kekuatan sehingga 5100 mAh. 

Jadi, jangka hayat bateri pasti lebih tahan lama dan tidak perlulah anda risau ketika menstrim. Ramai yang menanggap bermain permainan dalam talian sambil mengecas telefon tidak salah namun amalan ini perlu dielakkan. 

Ini kerana ia boleh memberi kesan terhadap bateri tersebut mempunyai risiko litar pintas berlaku jika digunakan ketika waktu hujan.

Honor X9a akan menurunkan tahap kesabaran anda untuk mengecas telefon jika bateri sudah habis kerana ia memiliki sistem pengecas segera sebanyak 66 wat dan memboleh bateri diisi semula sehingga 81% dalam masa 30 minit.

Honor X9a memiliki sistem pengecas segera sebanyak 66 wat dan memboleh bateri diisi semula sehingga 81% dalam masa 30 minit  - Gambar oleh Izwan Ramlan
Honor X9a memiliki sistem pengecas segera sebanyak 66 wat dan memboleh bateri diisi semula sehingga 81% dalam masa 30 minit - Gambar oleh Izwan Ramlan

 

Skrin

Seterusnya skrin yang sedap mata memandang dan begitu tahan serta keras. Menggunakan kaca yang sangat teguh iaitu skrin melengkung OLED Ultra kukuh oleh Honor. Ia dicipta dengan ketebalan 0.65mm. 

Jadi jari-jari anda akan rasa lebih selesa dan yakin apabila menyentuh atau menekan skrin tersebut walaupun dengan tekanan yang kuat. Pecah, retak atau rosak? Skrin ini telah diuji ketahanannya dengan pelbagai kaedah sehingga menggunakan tayar kereta untuk melenyek model ini.

Jari-jari anda akan rasa lebih selesa dan yakin apabila menyentuh atau menekan skrin tersebut walaupun dengan tekanan yang kuat  - Gambar oleh Izwan Ramlan
Jari-jari anda akan rasa lebih selesa dan yakin apabila menyentuh atau menekan skrin tersebut walaupun dengan tekanan yang kuat - Gambar oleh Izwan Ramlan

 

Storan

Akhir sekali perkara yang dititik berat oleh penstrim permainan dalam talian semestinya jumlah storan yang ditawarkan. Dengan harga RM1,499 anda boleh mendapatkan sebuah telefon pintar dengan 256GB. Jadi ia cukup besarlah untuk memuat turun permainan yang mempunyai data yang besar seperti PUBG, Mobile Legend dan seumpamanya. 

Konklusinya, penulis menyarankan kepada sesiapa yang ingin memiliki telefon pintar khususnya untuk menstrim permainan dalam talian dengan harga berpatutan, Honor X9a adalah pilihan yang tepat. Dapatkan di stor-stor terpilih atau melalui platform dalam talian. - Getaran, 21 Januari 2023 

Isu Pada

Jalan Jauh Ayda Jebat

21 Jan 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Digesa Tahan Ketua Pemuda UMNO Bagi Hentikan 'Kempen' Hasutan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

6 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Di Kondominium Mewah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pegawai Kanan Polis Disyaki Lindungi Kegiatan Haram Dicekup

Sorotan

1

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

3

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

4

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

5

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

6

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok