Berita Terkini

1 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Konsert Afgan Evolution Live In Kuala Lumpur: Semakin Matang, Semakin Kelakar Dan Semakin Hebat!

Kemunculan semula Afgan ke Malaysia kali ini dilihat lebih matang, lebih selesa dan lebih hebat dari sebelumnya dan ramai yang bersetuju bahawa ini adalah konsert terbaiknya sepanjang beraksi di Malaysia. 

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2022 5:05PM

Afgan turut mendendangkan lagu-lagu 'cover' yang kedengaran lebih segar menerusi persembahannya. - Gambar ihsan PR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ini bukanlah kali pertama penyanyi terkenal dari Indonesia ini mengadakan konsert di Malaysia, namun kedatangan Afgan kali ini telah memberikan satu impak berlainan buat para peminatnya di sini.

Seperti kebiasaan, tiket  konsert 'Afgan Evolution Live In Kuala Lumpur' ini telah habis dijual. Segenap ruang Dewan Plenary KLCC dipenuhi dengan peminat-peminat Afgan yang teruja untuk menyaksikan penyanyi kesayangan mereka.

Gambar ihsan PR
Gambar ihsan PR

Konsert pada malam itu dibuka dengan rangkaian lagu bahasa Inggeris iaitu 'M.I.A' , 'Say I'm Sorry', 'Bad' dan 'Knock Me Out'. 

Biarpun mungkin  ramai yang mengharapkan Afgan membuka tirai  persembahan dengan lagu Bahasa Indonesia yang lebih popular, tetapi penulis merasakan idea untuk membuka pentas dengan lagu-lagu Inggeris merupakan idea yang bernas.

Sekaligus membuatkan konsert ini bertaraf antarabangsa. Lagu-lagu yang disampaikan juga kedengaran begitu segar.

Gambar ihsan PR
Gambar ihsan PR

Usai segmen pembukaan, Afgan menyapa para peminatnya di Malaysia. Lebih istimewa apabila dia cuba bertutur dalam bahasa Malaysia. 

Sekaligus mengundang sorakan gemuruh dari seluruh penonton yang hadir. Setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya kedengaran sungguh 'comel'.

Selesai menyapa peminat, Afgan teruskan dengan segmen berikutnya dan kali ini dia menyampaikan lagu-lagu popularnya seperti 'Jodoh Pasti Bertemu', 'Untukmu Aku Bertahan', 'Terima Kasih Cinta' dan 'Wajahmu Mengalihkan Duniaku'. Seluruh dewan  bergema  dengan suara ribuan peminat yang turut sama menyanyikan lagu-lagu ini.

Usai menyampaikan lagu 'Jodoh Pasti Bertemu', Afgan memberitahu bahawa dia sangat 'benci' lagu itu, tetapi tetap harus dinyanyikan demi peminat.  

Gambar ihsan PR
Gambar ihsan PR

"Saya benci lagu ini kerana sampai sekarang saya tidak bertemu dengan jodoh saya. Sebenarnya saya bertemu, tetapi tak jadi. Bertemu lagi, tak jadi lagi. Tetapi walau betapa banyak saya benci lagu ini, saya harus nyanyikannya demi kalian", katanya.

Kemudian Afgan sekali lagi membawa peminat untuk menikmati lagu bahasa Inggeris menerusi lagu 'If I Don't Have Your Love' , 'Touch Me' dan lagu 'cover version' 'I Believe In You And Me' dendangan asal Whitney Houstan yang didedikasikan khas buat insan-insan teristimewa dalam hidupnya. 

Ternyata lagu-lagu bahasa Inggeris milik Afgan sangat enak didengar. Paduan vokalnya sungguh kena dengan lagu Bahasa Inggeris. Ibarat menonton konsert penyanyi dari barat. Afgan juga kelihatan begitu selesa berdansa mengikut irama lagunya di atas pentas.

Pada malam itu juga Afgan tidak melepaskan peluang untuk menyampaikan lagu-lagunya secara akustik menerusi medley 'Sudah', 'KDKDD' dan 'Percayalah'. 

Tatkala pandemik melanda dunia, seluruh dunia terkesan tidak terkecuali Afgan. Lalu dia mencipta sebuah lagu istimewa berjudul 'Pulih' yang diciptakan khas untuk mereka yang pernah bergelut dengan kisah silam dan cuba untuk berdamai dengan takdir. 

Lagu yang dimuatkan dalam album EP terbarunya yang berjudul '+62' ini disampaikan dengan penuh syahdu dan menyentuh kalbu. Kesyahduan itu kemudiannya diteruskan dengan lagu 'Saba'r, 'Setia Menunggu' dan 'Kunci Hati'.

Gambar ihsan PR
Gambar ihsan PR

Selepas penonton dibiarkan larut dalam emosi, Afgan kembali muncul membuat kejutan dengan tampil dari pintu tempat duduk penonton sekaligus membuatkan penonton  berteriak bagai terkena histeria. Siapa sahaja yang tidak terkesima melihat idola kesayangan mereka berada di jarak dekat dan berpeluang untuk bersalaman dengan Afgan. 

Antara momen yang pasti dikenang oleh peminat-peminat Afgan ialah sewaktu dia turun dari pentas untuk menyapa para penonton yang hadir. Ada peminat bertuah yang mendapat hadiah istimewa apabila Afgan menyanyikan lagu 'Happy  Birthday ' sempena hari kelahirannya. 

Afgan juga sempat menyapa penyanyi terkenal dari Malaysia yang juga merupakan idolanya iaitu Datuk Sheila Majid. Malah, dia sempat membuatkan Sheila menyanyikan lagu Ku Mohon dari tempat duduknya. 

Dan pada malam itu juga, Afgan telah menyampaikan lagu 'Sinaran' yang ditujukan khas buat Sheila. Seluruh dewan turut berdansa tatkala Afgan mendendangkan lagu ini. Sungguh 'happening'! 

Keadaan di dalam dewan juga tiba-tiba jadi tidak terkawal apabila peminat mula menyerbu di hadapan pentas. Ramai peminat yang sanggup turun dari atas untuk melihat Afgan dengan lebih dekat di hadapan pentas. 

Gambar ihsan PR
Gambar ihsan PR

Namun selepas seketika mereka semua diarahkan untuk kembali duduk di tempat masing-masing. Begitu hebatnya penangan seorang Afgan. 

Konsert pada malam itu ditutup dengan lagu 'Bukan Cinta Biasa' dan 'Panah Asmara' yang didedikasikan khas untuk peminat-peminat Afgan di Malaysia.  

Ternyata ini merupakan konsert terbaik Afgan selama dia membuat persembahan di Malaysia. Rata-rata peminat juga setuju dengan kenyataan ini. 

Afgan kelihatan lebih selesa dan mesra dengan peminat. Komunikasinya bersama peminat lebih baik. Malah dia semakin pandai bergurau senda. Sisi kematangannya sangat jelas terpancar kali ini. Persembahannya juga lebih hebat dan kelihatan sangat gah! 

Gambar ihsan PR
Gambar ihsan PR

Afgan juga dilihat sangat menjaga dari sudut teknikal. Penataan lampu pada malam itu sangat gah. Pemuzik juga memberikan yang terbaik. Malah penyanyi latarnya juga harus diberikan pujian kerana memiliki suara yang sangat sedap didengar biarpun sekadar mengiringi persembahan  Afgan. Ternyata Afgan betul-betul teliti dalam menjaga kualiti persembahannya. 

Biarpun dua kali terkena jangkitan COVID-19, namun vokal Afgan masih kedengaran hebat. Dia berjaya menyampaikan kesemua 23 lagu dengan baik selama hampir dua jam setengah. Ada beberapa bahagian  nyanyiannya yang membuatkan penulis terpegun dengan kebolehannya. 

Apa yang paling penting, Afgan telah memberikan satu kenangan dan memori terindah buat para peminatnya di Malaysia dengan menghidangkan sebuah persembahan yang menakjubkan. Syabas! – Getaran, 24 Disember 2022 

Isu Pada

Tabitha Lam Impian, Keyakinan Diri, Kuasa Dolla!

24 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 9 bulan yang lalu

Afgan Sekali Lagi Bakal Bikin Konsert Di Malaysia, Kali Ini Bersama Iringan Muzik MPO

2

TARA 1 tahun yang lalu

Peminat Bertuah Terima Hadiah Pelukan Istimewa Daripada Afgan Sempena Hari Jadi

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Afgan Ubati Rindu Peminat, Bakal Tampil Dengan Konsert Di KL!

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Kuching Jazz Festival 2022 Tampilkan Afgan

Sorotan

1

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

2

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

3

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

4

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

5

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

6

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi