Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mengintai Keindahan Pemandangan Malam Di Jeonju Hanok Village, Korea Selatan 

Jeonju Hanok Village menawarkan suasana unik yang baharu untuk pemandangan malam.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2022 8:00PM

Jeonju Hanok Village - Gambar Business Wire

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bandar Jeonju memang tidak sepopular Seoul atau Busan di kalangan pelancong atau pengembara dari Malaysia. Namun, bandar yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai Unesco City of Gastronomy pada 2012 ini sebenarnya punya tarikan tersendiri sehingga sangat popular di kalangan warga Korea Selatan sendiri.

Antara tarikan yang menanti ialah Jeonju Hanok Village yang sentiasa menggamit kehadiran pelancong. Bagi yang pernah melawati Hanok Village, pasti anda tahu dan sedar bahawa kampung ini punya pesona tradisi yang memikat hati. Ketika musim puncak, boleh lihat ramai pengunjung memenuhi jalan-jalan dengan mengenakan pakaian tradisional Hanbok untuk merakam memori.

Hanok Village masih mengekalkan daya tarikan dan tradisi sejarahnya. - Gambar Unsplash
Hanok Village masih mengekalkan daya tarikan dan tradisi sejarahnya. - Gambar Unsplash

Kampung ini mempunyai 735 buah rumah hanok tradisional Korea. Walaupun seluruh bandar Jeonju  telah menjadi industri, Hanok Village masih mengekalkan daya tarikan dan tradisi sejarahnya.

Pesona Jeonju Hanok Village terletak pada tepi bumbung bangunan hanok yang unik, yang terangkat sedikit ke langit. Rumah Hanok biasanya dibahagikan kepada dua bahagian, anchae dan sarangchae. Sarangchae ialah tempat tinggal lelaki, manakala anchae yang terletak jauh di dalam rumah didiami oleh kaum wanita. 

Satu lagi ciri hanok ialah semua rumah dipanaskan dengan ‘ondol’, sistem pemanasan lantai yang unik. Memandangkan orang Korea suka duduk, makan dan tidur di atas lantai, ia perlu kekal dipanaskan pada musim sejuk. Untuk merasai pengalaman hanok, ini pengunjung boleh menempah penginapan hanok atau melawat Hanok Life Experience Hall.

Baru-baru ini, bandar Jeonju mengumumkan bahawa projek penambahbaikan kemudahan kebudayaan dan pemandangan malam laluan lorong Hanok Village telah berjaya disiapkan.

Kini, kampung ini menyediakan pemandangan malam indah kepada pelancong dan warga tempatan yang boleh dinikmati dengan tahap keselamatan yang lebih baik.  Atas sebab itu, tarikan ini dijangka memanjangkan waktu perkhidmatan kunjungan sehingga larut malam.

Gambar Unsplash
Gambar Unsplash

Bandar Jeonju memasang lampu landskap di Taejo-ro, jalan utama Hanok Village dan kemudahan cahaya, termasuk lampu tradisional di kemudahan kebudayaan dan laluan Lorong. Ia bertujuan untuk membantu pengunjung menikmati suasana unik kampung ini pada waktu malam.

Tanglung Cheongsachorong yang dipasang di sepanjang pintu masuk ke kampung mewujudkan zon bayangan selepas lampu dimatikan di dalam kedai. Bagi memastikan keselamatan pelancong dan pengunjung, Bandar Jeonju meningkatkan persekitaran kampung melalui projek penambahbaikan pemandangan waktu malam.

Lampu-lampu luar juga telah dipasang di kemudahan kebudayaan, seperti Pusat Kebudayaan Kipas Jeonju, Muzium Kesusasteraan Choi Myeong Hee, Daesaseupcheong, Marudal, Pusat Kebudayaan Wanpanbon dan pelbagai ruang seni kreatif.

Di samping itu, bandar Jeonju juga memasang tanglung tradisional dan lampu dinding untuk mengubah laluan lorong terpencil menjadi jalan selamat yang dipenuhi dengan kehangatan cahaya.

Gambar Business Wire
Gambar Business Wire

“Melalui projek ini, kami mengubah Jeonju Hanok Village sebagai tapak pelancongan paling banyak mempamerkan kebudayaan Korea dan bertaraf dunia. Oleh itu, pengunjung juga boleh merebut peluang untuk menikmati keindahan dan daya tarikan kampung itu pada waktu malam tanpa rasa bimbang tentang keselamatan diri,” ulas Pengarah Heo Gap-su dari Bahagian Sokongan Jeonju Hanok Village dalam satu kenyataan akhbar.  

"Kami akan terus menumpukan usaha kami ke arah penambahbaikan landskap supaya kampung tradisional ini akan terus diingati oleh pelancong sebagai destinasi yang mereka ingin kunjungi semula pada waktu siang dan malam," tambah beliau.

Jadi, jika anda sudah rindu dan ingin terbang ke Korea Selatan untuk percutian idaman, bolehlah pertimbangkan Jeonju sebagai salah satu persinggahan. Untuk maklumat lanjut tentang pelancongan di Korea Selatan, anda boleh layari https://english.visitkorea.or.kr/enu/index.kto. - Getaran, 18 Disember 2022 

Isu Pada

Dedikasi Jasmine Suraya

17 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Minta Rasuah Dari Pelancong: Polis Siasat Satu Lagi Kes Didakwa Di Langkawi

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Malaysia Terima 26 Juta Pelancong Setakat November - MOTAC

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Pengecualian Visa 30 Hari Untuk Rakyat China, India Mulai 1 Disember - PM

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Terengganu Sasar 300,000 Pelancong Bercuti Di Tasik Kenyir Tahun Ini

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi