Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kisah Dzulsyafiq, Animasi Malaysia Dan Upin Ipin

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2022 12:00PM

Dzulsyafiq meminati bidang animasi semenjak di bangku sekolah lagi. - Gambar oleh Rasfan Abu Bakar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mohammad Dzulsyafiq Mohammad Yusoff atau lebih mesra dengan panggilan Dzul, merupakan pensyarah di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang mengajar subjek berkaitan animasi.

Dzul, anak kelahiran Perak, mendapat pendidikan formal di Universiti Multimedia, Cyberjaya, dalam bidang filem dan animasi turut pernah menyumbangkan tenaga bagi menghasilkan pelbagai produksi animasi tempatan sejak tahun 2008.

Bercerita tentang minatnya dalam animasi, Dzul berkata dia meminati bidang animasi semenjak di bangku sekolah lagi. Bermula dengan menonton televisyen minatnya berkembang untuk mengetahui proses kreatif di sebalik pembuatannya.

Bermula dari situ Dzul tidak menoleh ke belakang dan terus mendalami bidang animasi sehingga kini. Walaubagaimanapun, mengajarkan animasi memang berbeza daripada menghasilkannya. Mengajar dalam bilik kuliah memberikan kepuasan berbeza kerana berpeluang untuk berkongsi pengetahuan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar.

Secara tidak langsung, proses ini turut membantunya untuk lebih giat menambah baik kemahiran disamping terdedah kepada idea baharu.     

Menurut Dzul animasi mempunyai kekuatannya yang tersendiri kerana ia adalah medium untuk menyampaikan cerita dan pada masa yang sama menghiburkan penonton.

Animasi mempunyai keistimewaan tersendiri untuk menarik minat terutamanya kanak-kanak dan ia berupaya menjadi wahana yang berkesan untuk menyampaikan maklumat. Animasi juga memberikan ruang buat sesiapa sahaja untuk bebas berimaginasi dan menghasilkan cerita yang pada kebiasaannya tidak mampu disampaikan menerusi filem lakonan.

Sebagai contoh siri animasi secara amnya mampu menarik minat golongan kanak-kanak untuk menontonnya. Hal ini dikatakan demikian kerana elemen visual yang terdapat di dalam animasi, seperti tema warna, rekaan watak, muzik dan pergerakan watak mampu menghidupkan suasana sesebuah cerita.

Elemen ini telah memberikan keunikannya yang tersendiri. Jika animasi ini disuntik dengan mesej dan nilai murni yang baik, maka animasi mampu memupuk sahsiah positif dalam kalangan kanak-kanak.

Produksi Animasi

Aspek pengarahan merupakan perkara utama dalam penghasilan produksi animasi yang berkesan. Seseorang pengarah animasi haruslah mampu menyampaikan cerita dengan baik menggunakan bahasa visual dan elemen-elemen animasi agar jalan ceritanya menjadi kreatif.

Aspek lakonan dalam produksi animasi juga sangat berbeza daripada lakonan filem cereka. Lakonan animasi mengandungi unsur berlebih-lebihan dan mengangkat sesuatu sehingga ditahap tidak masuk akal.

Selain itu, pengaturan masa bagi lakonan animasi juga berbeza daripada filem biasa kerana biasanya karakter animasi digerakkan dengan kadar yang sedikit laju.     

Selain pengarahan dan lakonan, aspek rekaan animasi itu juga penting. Rekaan watak yang kuat mampu menjadi daya penarik kepada penonton. Rekaan watak animasi juga perlu unik.

Pada kebiasaannya watak karakter animasi turut mempunyai saiz figura yang pelik dan di luar dari kebiasaan. Sebagai contoh, karakter yang kuat dan gagah mempunyai dada dan bahu yang lebar, tetapi kaki yang kecil dan halus, ini bagi memberikan penekanan kepada saiz badan yang besar untuk menonjolkan kegagahan karakter tersebut.

Dzul juga turut berkongsi tentang kajiannya berkaitan dengan pembinaan karakter animasi. Kajian tersebut adalah untuk meneroka tentang rekaan salah satu watak utama dalam Makyong ke dalam bentuk digital 3D.

Makyong merupakan sebuah teater tradisional yang terkenal pada era 60-an hampir pupus. Justeru itu dengan kemunculan medium baru seperti animasi maka kesenian Makyung berupaya untuk dikekalkan dalam bentuk digital.

Justeru penyelidikan ini bertujuan untuk mengembangkan pengaruh Makyong ke dalam bentuk digital dengan memvisualisasikan satu watak pentingnya iaitu wata ‘Peran’ ke dalam karekter animasi 3D.

Peran
Peran

Menurut Dzul lagi, ‘Peran’ adalah salah satu watak utama dalam persembahan Makyung. Peran berfungsi sebagai orang kepercayaan kepada Raja. Hubungan rapatnya dengan raja menjadikannya orang yang paling dipercayai oleh Raja. Keutamaan baginda ialah membantu Raja dalam menyelesaikan masalah.

Selain itu, Peran juga merupakan watak yang kelakar dan bijak. Dia tinggal di istana dan biasanya akan mengembara dengan menyeberangi hutan dan hutan apabila dititahkan Raja. Seorang Peran sentiasa membawa parang atau ‘golok’ khas sebagai senjata. Golok ini juga boleh berfungsi sebagai objek yang akan membantunya dalam setiap pekerjaannya.

Penyelidikan ini memberi tumpuan kepada mendapatkan ciri utama Peran. Reka bentuk watak baharu akan dibangunkan dengan meneroka ciri-ciri Peran dan teori dalam mereka bentuk watak dalam animasi.

Pengalaman dalam Industri Animasi

Sebelum menjadi pensyarah, Dzul bekerja sebagai juruanimasi di beberapa buah syarikat animasi tempatan. Jawatan terakhirnya sebagai penyelia produksi animasi.

Beliau memilih untuk menjadi pensyarah bagi meneroka perspektif baharu dalam bidang animasi. Sungguhpun demikian, beliau masih aktif menghasilkan animasi secara sambilan dan menjadi pakar perunding bagi beberapa buah syarikat animasi.      

Antara pengalaman yang sukar dilupakan oleh Dzul ketika bekerja sebagai juru animasi termasuklah menjayakan penghasilan filem animasi 3D pertama Malaysia iaitu Geng: Pengembaraan Bermula, menerusi syarikat Produksi Les’ Copaque Sdn. Bhd.

Filem itu berjaya membuktikan kebolehan anak tempatan dalam menghasilkan filem animasi 3D. Bermula dari situlah Dzul mendapat pendedahan dalam menghasilkan animasi yang baik. Selain itu, di antara projek animasi lain yang turut pernah dijayakan oleh Dzul termasuklah siri televisyen Upin Ipin: Setahun Kemudian dan Supertots. - Getaran, 11 Disember 2022

Isu Pada

Dedikasi Jasmine Suraya

10 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Angkat Kisah Adat Resam Dayak, Filem Animasi Malaysia Raih Anugerah Di Perancis

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Mechamato Terima Anugerah Peminat Anime Di Tokyo

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Didi & Friends The Movie: Animasi Luar Biasa, Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Rakyat Diharap Terus Beri Sokongan Kepada Industri Filem Tempatan - Fahmi

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi