web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tak Ada Nyawa Hilang Pun Kalau Buat Video - Netizen Pertahan Aksi Rakam Kertas Undi

Ada yang beranggapan sikap tidak mematuhi peraturan pengundian telah mencalarkan reputasi pengundi muda.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2022 5:56PM

Tangkap layar menunjukkan seorang pemuda merakamkan proses pengundian PRU-15 di media sosial. - Gambar dari Twitter

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebuah tangkap layar video menunjukkan seorang pemuda merakam aksi mengundi di laman sosial telah mengundang perbualan orang ramai. 

Menerusi video berdurasi kurang 30 saat yang turut dikongsikan dalam rajutan Twitter berkenaan, ia memaparkan seorang lelaki merakam kertas undi dengan lima calon mewakili parti yang bertanding di kawasan Parlimen Dungun.

Video tersebut turut disusuli tanda pagar #pru15 dengan kapsyen pendek berbunyi:

“Tak tahu nak pangkah yang mana satu.”

Bukan itu sahaja, kes yang sama turut dilaporkan berlaku di Parlimen Ipoh Timor apabila seorang wanita memuat naik video semasa proses mengundi dengan kapsyen, “undi bukan lagi rahsia.” 

Pelbagai respon diterima, ada yang beranggapan sikap tidak mematuhi peraturan pengundian telah mencalarkan reputasi para pengundi muda. 

Namun, tidak hairan juga ada yang turut mempertahankan aksi itu yang dianggap sebagai bahan kandungan media sosial. 

“Sempat pula kau rekod. Aku punyalah kalut,” tulis satu pengguna Twitter. 

“Budak kecil pun pandai ikut undang-undang,” kata komen yang lain. 

“Janganlah sibuk, tak ada nyawa hilang kalau buat video. Kau cuma jealous sebab tak mampu buat kandungan macam tu,” tulis satu komen. 

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan penggunaan telefon bimbit di dalam tempat mengundi tidak dibenarkan semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum turut menggesa SPR mengharamkan telefon bimbit bagi menjaga hak privasi dan mencegah korupsi memandangkan ada parti politik membayar pengundi dan perlu menyertakan gambar sebagai bukti. - Getaran, 19 November 2022

Isu Pada

Alyph: Hip Hop Tanpa Sempadan

19 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Siasat Insiden Tular Pukul Anjing

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hantaran Individu Sokong Hubungan Malaysia, Israel Adalah Video Lama - Fahmi

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh