Berita Terkini

5 jam yang lalu: Petugas kontrak: KKM belum tetapkan garis masa, perlu pinda akta pencen - Lukanisman 5 jam yang lalu: Kes VLN Zahid: pengurusan kes selanjutnya rayuan pihak pendakwaan pada 12 Mei 5 jam yang lalu: Semua pihak disaran buat semakan ketepatan tarikh hijrah pada jam digital azan 5 jam yang lalu: Ahmad Zahid harap pelantikan Ab Rauf bawa perubahan kepada Melaka 5 jam yang lalu: Penjawat awam Selangor terima bantuan khas Aidilfitri sebulan gaji

IKUTI KAMI


6 Pandangan Ulama Yang Mengharuskan Bukan Islam Dilantik Sebagai Pemimpin

Pernahkah anda terfikir bagaimana jika kerusi Parlimen di kawasan anda tiada calon beragama Islam sebagai calon?

TARA Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2022 10:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mengundi adalah suatu kewajiban yang harus dilaksanakan bagi warga negara Malaysia. Sedia tahu bahawa Malaysia bakal mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi. Pelbagai ahli dan parti politik sedang giat menjalankan kempen untuk memenangi kerusi di Parlimen.

Menjadi tanggungjawab rakyat untuk memilih siapakah pemimpin yang ingin dilantik untuk mentadbir negara. Berfikirlah secara waras dan nilai calon-calon pemimpin, adakah mereka jujur, berintegriti dan layak untuk dipilih sebagai individu yang ingin menjaga kepentingan rakyat.

Seperti mana Nabi SAW juga pernah bersabda:

‏إِذَا خَرَجَ ثَلَاثَةٌ فِي سَفَرٍ فَلْيُؤَمِّرُوا أَحَدَهُمْ

Maksudnya: “Apabila tiga orang keluar bermusafir, maka hendaklah salah seorang daripada mereka dilantik sebagai ketua.”

Riwayat Abu Daud (2708)

Di dalam perlembagaan Malaysia, pembentukan kerajaan adalah melalui demokrasi berpilihan raya dengan hak mengundi anda sebagai rakyat. Namun pernahkah anda terfikir bagaimana pula jika kerusi Parlimen di kawasan anda tidak mempunyai orang Islam sebagai calon?

Terdapat beberapa pandangan ulama seperti Al-Qadhi ‘Iyadh, Ibnu Munzir dan Ibnu Hazm yang menyatakan haram hukumnya. Para ulama sepakat bahawa kepemimpinan tidak boleh diserahkan kepada orang kafir (Syarh Shahih Muslim: 6/315; Ahkam Ahl al-Dzimmah: 2/787; Maratib al-Ijma’: 208).

Namun terdapat beberapa situasi dan keadaan yang mengharuskan kepemimpinan tersebut dilantik dan diberikan kepada orang bukan Islam.

Refleksi hari ini berkongsi enam pandangan ulama yang mengharuskan pelantikan pemimpin bukan Islam mengikut situasi dan keadaan semasa.

Ibnu Hajar al-Haitami

Adalah harus mengangkat orang bukan Muslim untuk suatu jawatan jika adanya maslahah(faedah) padanya. Dalam, masa yang sama, hukum tersebut kekal harus  jika jawatan yang dipikul tidak mampu dipikul mana-mana orang Islam. Begitu juga jika  orang Islam itu mempunyai sifat khianat dan sebaliknya bagi yang bukan Islam

Namun, pihak yang mengangkatnya ke jawatan tersebut perlu mengawal selia (muraqabah) dan mampu mencegahnya daripada melakukan sebarang kemudaratan terhadap orang Islam. (Tuhfah al-Muhtaj ma’a Hashiyah al-Syarwini, 9/73).

Imam ar-Ramli

Ulama ini pula mengharuskan kerjasama dengan orang bukan Islam apabila mereka tidak berniat khianat terhadap orang Islam dan terdapat keperluan ke arahnya (Nihayah al-Muhtaj: 8/62). Pendapat yang sama dinyatakan oleh  Imam Khatib as-Syarbini (Mughni al-Muhtaj: 5/407).

Ibnul ‘Arabiy

Sementara itu, Ibnul ‘Arabiy pula menyatakan bahawa jika pemimpin bukan Islam itu mempunyai faedah yang muhaqqaqah, maka tidak mengapa dan individu itu harus dilantik. (Ahkam al-Qur’an: 1/351).

Imam Fakhruddin Ar-Razi

Berdasarkan ayat 28 Surah Ali Imran di atas menerusi Tafsir Mafatihul Ghaib, Iman Fakhruddin Ar- berpandangan bahawa larangan yang dimaksudkan adalah menjadikan orang bukan Islam sebagai pemimpin mutlak (berkuasa penuh) tanpa melibatkan orang Islam yang sama-sama memimpin (Tafsir al-Kabir: 8/192).

Ibn Sa’ad al-Hanbali

Keadaan dharurah yang dibenarkan melantik bukan Muslim sebagai pemimpin adalah dalam keadaan mereka adalah majoriti, dan disyaratkan mereka itu mempunyai pandangan yang baik terhadap orang Islam, dan mereka dalam kalangan yang boleh dipercayai (Mathalib Uli al-Nuha fi Syarh Ghayah al-Muntaha: 2/532).

Muhammad ibn Ahmad Al-Saffarini al-Hanbali

Akhir sekali, sebahagian ulama’ mazhab Hanbali memakruhkan penyerahan urusan orang Islam kepada yang bukan Islam seperti kutipan cukai tanah dan pembahagian ghanimah kecuali kerana dharurat (Ghaza’ al-Albab: 2/15).

Selain itu ia, termasuklah pandangan daripada antara ulama kontemporari, Dr Yusuf al-Qardhawi bahawa golongan bukan Islam mempunyai hak untuk menjawat jawatan-jawatan negara.

Kecuali jawatan-jawatan yang lebih dominan unsur keagamaan seperti ketua negara, panglima tentera, penghakiman antara orang Islam dan pengurusan zakat.

Rujuk Ghayr al-Muslimin fi al-Mujtama’ al-Islami (hlmn 23-24).

Kesimpulannya, hukum asal mengundi bukan Muslim dalam pilihanraya dan melantik mereka sebagai pemimpin adalah harus. Dengan syarat tanpa terdapat sifat mendatang seperti memberi ancaman kepada kemuliaan Islam, tiada sifat amanah dan tiada kepakaran dalam melaksanakan tugas.

Begitu juga dengan sesetengah jawatan pucuk pimpinan yang wajib dipegang dan dikekalkan kepada orang Islam yang berkelayakan sahaja seperti Perdana Menteri, portfolio hal ehwal Islam dan pertahanan negara. - Getaran, 6 November 2022

Sumber: https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/2367-bayan-linnas-siri-ke-129-mengundi-calon-bukan-muslim-dalam-pilihanraya

Isu Pada

Azira Shafinaz: Kenapa 2022 Adalah Tahunnya

05 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Tidak Rasmi: Dr Akmal Menang Jawatan Ketua Pemuda UMNO

2

Politik 2 minggu yang lalu

Pemilihan UMNO: Noraini Dahului Shahrizat, Along Selesa Tinggalkan 5 Pencabarnya

3

Politik 2 minggu yang lalu

Pemilihan Wanita UMNO: Noraini, Shahrizat Bersaing Sengit

4

Politik 3 minggu yang lalu

Radzi Jidin Kekal Ahli Parlimen Putrajaya

Sorotan

1

PU Syed Puji Suara Aliff Syukri Sedap, Tetapi Minta Jangan Tergedik-Gedik Dan Hormati Bulan Ramadan

2

Polis Kenal Pasti Pengirim Bungkusan Kepada PM, Rafizi

3

Najib Kekal Dipenjara Selepas Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Semakan Kes SRC