web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Estetika Lukisan Dakwat Cina Alfred Koh

Lukisan dakwat Cina ini memiliki keistimewaan yang tersendiri kerana secara tidak langsung dapat mengasah tahap kreativiti seseorang pelukis.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2022 8:15AM

Pelukis bebas Koh Keat Fu, 53, yang berasal dari Balik Pulau, Pulau Pinang membuat sentuhan terakhir pada lukisan dakwat Cina yang dihasilkan dengan cop namanya - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hanya lima jam diperlukan pesara guru Koh Keat Fu atau nama penanya Alfred Koh, untuk menghasilkan lukisan dakwat Cina seterusnya memperoleh pendapatan RM368 bagi karyanya itu.

Mendengarnya agak mudah, namun Koh yang berusia 53 tahun sebenarnya memiliki pengalaman menghasilkan lukisan dakwat Cina sejak 2003 hasil 'berguru' dengan pelukis veteran dari Bentong, Pahang iaitu Zhong Zheng Chuan, 72, dan He Kuai Ling, 65.

Bercakap kepada pemberita, Koh berkata lukisan dakwat Cina merupakan satu cabang seni yang unik kerana setiap lukisan mengandungi mesej tersirat berkenaan binatang, tumbuh-tumbuhan dan pemandangan yang tidak biasa didedahkan kepada khalayak ramai selain kelompok masyarakat itu sahaja.

“Lukisan dakwat Cina ini hanya menggunakan satu goresan sahaja tidak sama seperti lukisan air, jadi jika tersilap pelukis perlu mengubah lukisan secara spontan,

“Selain itu pelukis dakwat Cina biasanya akan meninggalkan banyak tempat kosong pada kanvas untuk membuatkan orang yang melihat lukisan bebas berimaginasi sendiri untuk mengisi ruang kosong tersebut,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Bandar Utama, Gua Musang.

Bercerita lanjut, Koh berkata lukisan dakwat Cina ini memiliki keistimewaan yang tersendiri kerana secara tidak langsung dapat mengasah tahap kreativiti seseorang pelukis. 

“Sebenarnya dahulu saya tidak tahu seni lukisan ini kerana terdapat tiga empat warna dalam satu goresan dan saya tidak tahu cara untuk menghasilkan kesan yang menarik macam itu, bila saya belajar saya rasa kagum dan mula faham bahawa inilah tekniknya,” katanya.

Menurut Koh, beliau telah menghasilkan hampir 400 karya yang kebanyakannya dijadikan cenderahati sempena acara kebajikan selain turut menerima tempahan daripada orang ramai.

"Saya perlukan lima jam bagi menghasilkan lukisan paling mahal yang dijual pada harga RM368. Selain itu ada juga karya saya dijual pada harga RM128 dan RM238 bergantung kepada saiz dan tempoh menyiapkan lukisan," katanya sambil menambah sebuah lukisan biasa boleh disiapkan dalam tempoh 10 hingga 40 minit.

Koh, anak kelahiran Balik Pulau, Pulau Pinang yang tinggal di Gua Musang sejak 30 tahun lepas berkata beliau turut mendapat galakan daripada gurunya untuk membuat kelas melukis. 

Beliau yang mengikut saranan gurunya mula aktif mengadakan kelas secara dalam talian sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kini mempunyai pelajar dari pelbagai peringkat umur, termasuk penyertaan daripada ibu bapa pelajar yang sedia ada.  - Bernama

Isu Pada

Azira Shafinaz: Kenapa 2022 Adalah Tahunnya

05 Nov 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

2

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

3

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

4

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

5

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

6

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid