Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


'Jaya Ram' Membawa Interpretasi Protagonis Legenda Turun Temurun Kisah 'Ramayana'

‘Jaya Ram’ adalah manifestasi kemodenan dan kekinian yang boleh mengambil tempat dalam elemen tradisional.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2022 5:03PM

Jaya Ram merupakan produksi Odissi terbesar tahun ini dan telah dipersembahkan oleh lebih 20 penari. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Odissi adalah salah satu daripada lapan tarian klasik di India, selain daripada  Bharatanatyam, Kathak, Kuchipudi, Odissi, Kathakali, Sattriya, Manipuri and Mohiniyattam.

Asalnya, ia adalah sebuah tarian klasik utama India kuno yang berasal dari kuil Odisha yang terletak di negeri pantai timur India. 

Mengikut sejarah, Odissi pada asalnya dipersembahkan terutama oleh wanita dengan mengangkat kisah-kisah agama dan semangat idea, khususnya Vaishnavism melalui lagu-lagu yang ditulis dan disusun mengikut muzik ragas dan talas Odissi oleh penyair purba negara.

Vaishnavism adalah salah satu satu mazhab utama Hindu selain Shaivisme, Shaktisme, dan Smartisme. Ia juga digelar Vishnuism yang juga mengandungi sub mazhab, Krishnaism dan Ramaism. 

Jaya Ram merupakan sambungan kepada pementasan produksi terdahulu yang berkisar kisah cinta kepada daerah Ganjam.
Jaya Ram merupakan sambungan kepada pementasan produksi terdahulu yang berkisar kisah cinta kepada daerah Ganjam.

Jadi, tidak hairanlah jika Odisi turut mengangkat kisah-kisah mengenai dewa Krishna dan Ramayana dan inilah yang disaksikan penulis dalam pementasan Jaya Ram anjuran Yayasan Sutra yang diadakan di KL PAC, baru-baru ini. 

Jaya Ram merupakan produksi Odissi terbesar tahun ini yang mana ia telah dipersembahkan oleh lebih 20 penari dari Sutra Dance Theatre dan Sutra Outreach Programme. 

Persembahan ini mengambil masa selamat 80 minit.
Persembahan ini mengambil masa selamat 80 minit.

Ia menceritakan kisah Rama, wira cerita rakyat Ramayana, jatuh cinta dengan seorang wanita bernama Sita dan melawan syaitan dalam pelbagai bentuk, Ravana, yang juga bertujuan untuk memukau Sita. Terdapat watak-watak lain di sepanjang jalan yang membantu kedua-dua pasangan kekasih itu bersatu semula.

Bagi sesiapa yang pernah berpeluang menyaksikan pementasan Ganjam yang pernah dipentaskan pada 2015, Jaya Ram merupakan sambungan kepada pementasan produksi terdahulu yang mana ia berkisar kepada kisah cinta kepada daerah Ganjam di India yang kaya dengan tradisi dan budaya. 

Pengasas Yayasan Sutra, Datuk Ramli Ibrahim
Pengasas Yayasan Sutra, Datuk Ramli Ibrahim

Persembahan Jaya Ram berdurasi selama 80 minit dengan rehat selama 15 minit itu, mereka mempunyai dua lakonan untuk satu persembahan. Sebelum acara tarian ini bermula, penganjur memberikan sedikit latar belakang berkenaan produksi tersebut dan apa yang penonton akan dapat jangkakan. 

Dan, sewaktu persembahan ini bermula, penulis mula berasa terpukau. Gabungan muzik dan pergerakan tarian Rama Natakan dan Ram Leela turret menjadi asas utama persembahan ini dan walaupun penari-penarinya masih muda, namun apa yang mereka persembahkan cukup mengagumkan penonton. 

Lebih 20 penari dari Sutra Dance Theatre dan Sutra Outreach Programme mengambil bahagian.
Lebih 20 penari dari Sutra Dance Theatre dan Sutra Outreach Programme mengambil bahagian.

Pergerakan tari mereka memang nampak cukup rumit khususnya di bahagian tangan, apatah lagi ia perlu diselarikan dengan muzik dan nyanyian, tetapi ia telah dizahirkan dengan cukup baik dan watak-watak yang dibawakan mereka juga nampak begitu realistik. 

Koreografi tarian yang begitu padat juga menjadikan persembahan mereka cukup menarik untuk ditonton, ia nampak kemas dan ‘pacingnya’ juga ‘on point’ dengan muziknya ada waktu-waktunya mereka melahirkan ekspresi muak dan pergerakan yang cukup dramatik sehingga ke hujung persembahan. 

Persembahan ini disifatkan sebagai unik dan masih mengekalkan format persembahan tradisional Odissi.
Persembahan ini disifatkan sebagai unik dan masih mengekalkan format persembahan tradisional Odissi.

Bagaimana mereka melakukannya? Ia cukup hebat sekali. Itulah yang bermain di benak penulis. 

Sepertimana yang kita ketahui sebelum ini, Ramayana adalah sebuah karya yang membawa perjalanan kisah serius mengenai wira itu dan perjuangannya untuk mempertahankan cintanya terhadap Sita. 

Namun, mengangkat watak protagonis, Ravana dari hikayat Ramayan yang telah wujuh beribu tahun ini juga berupaya memberikan satu interpretasi menarik. 

Bahkan, di sebalik aksi peperangan serta percintaan yang cuba digambarkan di dalam pementasan ini, terselit juga beberapa babak yang lucu. Ia cukup menghiburkan. 

Seperkara yang menjadi tarikan di dalam produksi ini adalah muzik klasiknya kerana ia dipersembah sekumpulan penyanyi dan pemuzik yang dibawakan khas daripada Odisha, India sendiri. Ia berjaya membangkitkan elemen muzik asli Odissi dalam produksi, Jaya Ram ini. 

Jaya Ram juga turut diarahkan Guru Gajendra Kumar Panda iaitu salah seorang maestro tarian Odissi yang telah berkolaborasi dengan Sutra selama empat dekad yang lalu. 

Ramli Ibrahim (tengah) bersama penari-penari sebelum konsert bermula.
Ramli Ibrahim (tengah) bersama penari-penari sebelum konsert bermula.

Di bawah arahan Guru Gajendra Panda dan Datuk Ramli Ibrahim ini, mereka telah berjaya menggabungkan kedua-dua unsur kontemporari dan klasik cerita rakyat serta Odissi di dalam Jaya Ram, sekali gus satu impak yang berbeza kepada penonton serta peminat tarian klasik India secara keseluruhannya. - Getaran, 9 Oktober 2022.

Isu Pada

Takdir Bertemu - Nabila Razali & Keisya Levronka

08 Oct 2022

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM