web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nasi Beriani Buluh Bantu Sazeha 'Bangkit'

Sazeha berjaya meraih jualan RM60,000 dalam masa empat bulan dengan memasak nasi beriani dalam buluh.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2022 10:00AM

Sazeha Abu Talip, (kiri) dibantu oleh anaknya Thaqifah Amni Abu Bakar (kanan) dan Thaqifah Aisyah Abu Bakar berniaga pada Program Jelajah Aspirasi Keluarga Media peringkat Negeri Sembilan di Dataran Sri Jempol. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JEMPOL - Demi kelangsungan hidup, seorang tukang jahit sanggup bertukar bidang ke perniagaan makanan dengan menjadi ejen syarikat pengeluar nasi beriani, malah menggunakan kreativiti tersendiri bagi menarik pelanggan dengan memasak produk itu dalam buluh.

Sazeha Abu Talib, 53, yang telah 20 tahun dalam bidang jahitan, berkata pendapatannya kini lebih baik iaitu mencecah hampir lima angka setiap bulan, berbanding ketika menjahit pakaian selepas pandemik COVID-19.

Katanya, beliau berjaya meraih jualan RM60,000 dalam masa empat bulan dengan memasak nasi beriani dalam buluh.

“"Kita perlu kreatif, memang banyak orang buat pelbagai jenis nasi beriani di negara ini, saya menyediakan kelainan dengan cara memasak nasi itu dalam buluh supaya ada aroma tersendiri,” katanya kepada Bernama ketika Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Dataran Seri Jempol, di sini hari ini.

Beliau berkata jelajah AKM kali ini adalah platform yang baik dan membantunya meraih jualan RM2,000 pada hari pertama program itu semalam.

Ibu kepada empat orang anak itu berkata dalam situasi ekonomi tidak menentu ketika ini, peniaga perlu kreatif melakukan sesuatu demi menjamin masa depan keluarga.

“Bayangkan pada tahun sebelum adanya COVID-19 jualan tahunan jahitan saya boleh dikatakan kira-kira RM50,000 setahun, namun ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) saya sekadar dapat tempahan kurang RM10,000.

"Keadaan ekonomi sekarang ini merisaukan, perniagaan makanan lebih menguntungkan dan konsisten berbanding jahitan, jadi saya lebih fokus kepada perniagaan ini," katanya.

Beliau juga mempunyai sebuah kedai di pekan Air Mawar, Johol, Kuala Pilah yang menjual nasi beriani ayam dan kambing berharga RM12 dan RM15.

Jelajah AKM Negeri Sembilan bermula Jumaat dan berakhir hari ini. - Bernama

Isu Pada

Takdir Bertemu - Nabila Razali & Keisya Levronka

08 Oct 2022

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa