web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bajet 2023: Syamsul Yusof Syukur Kerajaan Beri Dana Kepada Pembikin Filem Patriotik Susulan Kejayaan Mat Kilau

Pembentangan Bajet 2023 yang diberikan kepada industri kreatif tanah air nyata menggembirakan Syamsul Yusof kerana karyanya berjaya memberi impak positif terhadap industri perfileman negara.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2022 6:15PM

Gambar dari Instagram Syamsul Yusof

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah terkenal Syamsul Yusof meluahkan rasa syukur dan gembira apabila kerajaan mengumumkan bakal memberi RM50 juta sebagai Dana Penerbitan Filem Kenegaraan (DEKAN) bagi memacu industri kreatif tempatan susulan kejayaan filem epik Mat Kilau.

Memetik teks ucapan Menteri Kewangan ,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika pembentangan bajet 2023, filem berunsur patriotik seperti Sarjan Hassan, Leftenan Adnan, Ola Bola dan Mat Kilau kesemuanya dilihat memberi impak dalam mencambahkan benih cinta rakyat kepada negara.

Syamsul ketika dihubungi Getaran berkata, dia bersyukur apabila kejayaan luar biasa filem Mat Kilau telah membuka mata pihak kerajaan dan memandang industri perfileman bukan sekadar untuk hiburan semata-mata tetapi boleh menaikkan semangat patriotik dan cintakan negara. 

“Syukur Alhamdulillah kerajaan kali ini saya lihat benar-benar mahu memberikan sokongan yang padu kepada pengkarya seni terutamanya penerbit filem yang mahu menghasilkan filem epik.

“Saya rasa bukan saya seorang sahaja yang gembira, tetapi pengkarya lain juga saya pasti mereka juga berbesar hati,” katanya. 

Tambah Syamsul lagi, sebelum pembentangan bajet ini dilakukan lagi, sudah ura-ura beberapa orang menteri dan pihak kerajaan yang mahu membantu pengkarya filem. Dan segalanya menjadi lebih jelas selepas dibentangkan di dalam Bajet 2023. 

Syamsul Yusof - Gambar dari Instagram
Syamsul Yusof - Gambar dari Instagram

Syamsul turut meluahkan rasa gembira apabila kerajaan mengumumkan pemotongan cukai serta dana kandungan digital sebanyak RM102 juta yang disifatkan sebagai benar-benar membantu penerbit filem.

“Perkara ini sangatlah dialu-alukan dan memberi suntikan semangat kepada pengkarya seni untuk menghasilkan karya yang lebih baik. 

“Akhir kata saya benar-benar bersyukur apabila kali ini saya lihat kerajaan benar-benar nampak impak sesebuah filem itu bukan kepada rakyat tetapi kepada negara Malaysia sendiri serta di mata dunia.

“Seperti yang kita tahu Mat Kilau menjadi ‘trending’ di serata dunia. Jadi satu dunia serba sedikit sudah tahu tentang budaya Malaysia. Saya harap usaha ini akan diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.

“Tetapi, pada  masa yang sama pengkarya filem itu sendiri termasuk diri saya sendiri perlu meningkatkan lagi kreativiti dalam menyampai naskhah filem epik yang baik, bukan sahaja untuk masyarakat di Malaysia, tetapi di mata dunia, Insya Allah,” katanya menutup bicara. – Getaran, 8 Oktober 2022.



 

Isu Pada

Takdir Bertemu - Nabila Razali & Keisya Levronka

08 Oct 2022

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh