web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dana RM50 Juta DEKAN, Pemohon Yang Mempunyai Rekod Prestasi Yang Baik Diutamakan - FINAS

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2022 3:05PM

Dr Md Nasir Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peruntukan RM50 juta sebagai Dana Penerbitan Filem Kenegaraan (DEKAN) mampu melonjakkan pemain industri untuk menghasilkan lebih banyak filem kenegaraan sehingga dapat dipasarkan ke peringkat tertinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Profesor Dr Md Nasir Ibrahim berkata selepas melihat kejayaan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan dengan kutipan tiket tertinggi dalam sejarah negara, lebih ramai penerbit menyatakan minat untuk menghasilkan filem kenegaraan atau epik.

Beliau berkata melalui bantuan tersebut ia dapat menampung penerbit yang masih kekurangan modal supaya dapat menghasilkan filem kenegaraan yang berkualiti dan setanding dengan filem antarabangsa.

“Kita maklum untuk menghasilkan sesuatu filem kenegaraan ia memerlukan perbelanjaan besar...kecuali penerbit itu mempunyai dana yang besar ataupun ada pelabur dari luar yang berminat untuk bekerjasama. 

“Sebelum ini dana filem di bawah Dana Kandungan Digital (DKD), namun kali ini ia dikhususkan sebagai percubaan supaya dapat membantu lima hingga enam produksi dengan setiap daripadanya menerima bantuan antara enam hingga tujuh juta ringgit bagi setiap filem hendak dihasilkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Md Nasir berkata pemohon dana DEKAN akan diutamakan kepada mereka yang mempunyai rekod prestasi yang baik seperti pernah menghasilkan filem bertaraf antarabangsa dan pernah bekerjasama dengan pihak luar negara.

Selain itu, beliau berkata dana DEKAN juga bertujuan untuk membolehkan pihaknya membuat produksi bersama dengan negara luar misalnya seperti Indonesia, Thailand, Australia dan China supaya dapat memperluaskan pertukaran, kepakaran dan latihan dalam membangunkan industri perfileman.

Semalam, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2023 mengumumkan kerajaan akan menyediakan RM50 juta sebagai DEKAN bagi memacu industri kreatif tempatan.

Selain itu, kerajaan katanya juga menyediakan DKD berjumlah RM102 juta bagi memasarkan produk penggiat seni dan menggalakkan penghasilan lebih banyak karya kreatif dan malar segar.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas animasi digital kanak-kanak, Durioo, Sinan Ismail berkata dana DKD yang disediakan itu menunjukkan kesinambungan kerajaan untuk terus mengetengahkan bakat baharu serta potensi berkaitan kandungan animasi kreatif dan digital tempatan.

“Selain dapat mewujudkan peluang pekerjaan, ia dapat membantu syarikat tempatan yang baharu untuk mengeksport kandungan berkualiti ke luar negara sekali gus dapat menjana pulangan pendapatan,” katanya. - Bernama

Isu Pada

Takdir Bertemu - Nabila Razali & Keisya Levronka

08 Oct 2022

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok