Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Waspada Dengan Tanda-Tanda Awal Kanser Payudara

Pada 2020, dianggarkan seramai 49,000 rakyat Malaysia menghidap kanser dan angka ini dijangka meningkat ke 66,000 setahun menjelang 2030. 

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2022 4:07PM

Dr Suziah Mokhtar berkata satu daripada 27 wanita dewasa berisiko untuk mendapat kanser payudara sepanjang hidupnya dan kemungkinan itu meningkat jika mempunyai ahli keluarga terdekat menghidap penyakit berkenaan. - Gambar dari Pusat Perubatan Sunway Velocity

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kanser, penyakit yang sangat digeruni ramai. Malah, ada menganggap penyakit ini seperti tiket untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dunia. Di Malaysia, peningkatan kes kanser amatlah membimbangkan. 

Pada 2020, dianggarkan seramai 49,000 rakyat Malaysia menghidap kanser dan angka ini dijangka akan terus meningkat ke 66,000 setahun menjelang 2030. Kes kanser payudara juga dijangka melonjak sehingga 49 peratus dari tahun 2012 ke 2025.

Malaysia mempunyai kadar kelangsungan hidup lima tahun (five year survival rate) yang rendah iaitu sebanyak 63 peratus berbanding Korea Selatan yang mempunyai kadar kelangsungan hidup lima tahun sebanyak 92 peratus dan Singapura sebanyak 80 peratus, menjadikan perkara ini sesuatu yang perlu diketengahkan dan diberi lebih perhatian. 

Seperti yang anda tahu, Oktober merupakan bulan kesedaran kesihatan payudara, dan Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) tidak ketinggalan turut menyertai kempen kesihatan ini. Malah, SMVC mengambil peluang untuk meningkatkan kesedaran mengenai kanser ovari yang juga diketahui sebagai sejenis kanser yang sukar untuk dikesan awal. 

Melalui pendekatan ini, SMCV berharap untuk membantu golongan wanita memahami kesihatan payudara dan ginekologi mereka dengan lebih baik dan seterusnya dapat mengesan sebarang kemungkinan masalah kesihatan serta mendapatkan rawatan yang diperlukan seawal mungkin.

Peka terhadap sebarang perubahan pada tubuh anda

Pakar Perunding Pembedahan Am, Payudara, dan Endokrin, Dr Suziah Mokhtar, berkongsi bahawa satu daripada 27 wanita dewasa berisiko untuk mendapat kanser payudara sepanjang hidupnya dan kemungkinan ini semakin meningkat jika wanita tersebut mempunyai seorang ahli keluarga terdekat (ibu, adik-beradik, anak perempuan) atau beberapa orang ahli keluarga yang pernah mempunyai kanser payudara atau kanser ovari. 

Dr Suziah Mokhtar
Dr Suziah Mokhtar

“Kebanyakan kanser payudara bersifat sporadik di mana kanser berlaku daripada kerosakan gen yang terjadi secara kebetulan semasa dewasa. Namun, tiada risiko untuk anak-anak pesakit kanser mewarisi gen tersebut.”

“Kanser yang diwarisi hanya merangkumi 5-10 peratus daripada kesemua kanser payudara dan terjadi apabila berlakunya mutasi yang melibatkan gen BRCA1, BRCA2 dan PALB2 yang diwariskan daripada ibu bapa kepada anaknya. 

“Terdapat pelbagai faktor yang dikaitkan sebagai penyebab kanser payudara termasuklah hasil gabungan fisiologi dalaman, hormon, gaya hidup dan faktor-faktor persekitaran,” kongsi beliau.

Kanser payudara yang kerap berlaku adalah dari jenis invasif (berupaya untuk merebak) dan in-situ (tiada keupayaan untuk merebak). Kebanyakan kanser payudara berlaku di dalam saluran susu (milk duct) dengan invasive ductal carcinoma merangkumi 70-80% daripada kes kanser payudara. 

“Gejala kanser payudara yang biasanya dialami pesakit adalah ketulan di payudara, perubahan pada puting dan  sakit di payudara.  Antara simptom lain yang kurang diketahui termasuklah ketulan di ketiak (selalunya dianggap sebagai bengkak nodus limpa biasa), perubahan pada kulit payudara (selalunya dianggap sebagai ekzema atau alergi) atau simptom yang diakibatkan oleh perebakan sel kanser ke organ-organ lain seperti merebak ke paru-paru menyebabkan batuk dan sukar bernafas, merebak ke hati menyebabkan penyakit kuning dan busung (ascites) dan merebak ke otak menyebabkan sakit kepala berterusan,” tambah Dr Suziah. 

Namun begitu, pengesanan awal kanser payudara boleh membawa kepada hasil rawatan yang lebih baik. Mamogram, ujian saringan yang paling utama digunakan untuk mengesan kanser payudara di kalangan wanita berusia lebih 40 tahun telah membawa kepada pengurangan kes kematian sebanyak hampir 20 peratus.

Bagi wanita yang lebih muda, ujian saringan ultrasound boleh dilakukan. Mereka yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kanser payudara, digalakkan untuk menjalani ujian saringan seawal usia 30 tahun.  

Rawatan kanser payudara terdiri daripada pembedahan, kemoterapi, radioterapi, terapi endokrin dan terapi bersasar (targeted therapy). Bagaimanapun, Dr. Suziah menekankan bahawa setiap pesakit mungkin diberikan kombinasi rawatan yang berlainan bergantung kepada tahap kanser pesakit.    

“Apabila kanser payudara dapat dikesan awal, peluang pesakit untuk sembuh dan mencapai bebas kanser selepas tamat semua rawatan adalah tinggi. Oleh itu, amat penting untuk anda memeriksa payudara anda secara berkala. Anda lebih mudah mengesan sebarang kelainan pada payudara anda jika anda tahu bagaimana bentuk dan rasa asal payudara anda,” tegas Dr Suziah.

Bersempena dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara pada bulan Oktober ini, SMCV menyediakan ujian saringan kanser payudara dan ujian saringan kesihatan wanita. Selain daripada menyediakan pakej-pakej ini, SMCV turut mengambil bahagian dalam kempen Sunway Healthcare Group dalam menyediakan ujian mamogram percuma untuk pesakit yang layak.

Pusat Perubatan Sunway Velocity terletak di Lingkaran SV, Sunway Velocity. Sebarang maklumat lebih lanjut dan temujanji, sila layari www.sunmedvelocity.com.my.  

Cara melakukan pemeriksaan payudara secara sendiri

Langkah 1 (Pemeriksaan visual): 

Buka baju dan baju dalam anda lalu berdiri di hadapan cermin. Pertama sekali, letakkan kedua-dua tangan anda di sisi. 

Seterusnya, angkat kedua-dua tangan di atas kepala dan akhir sekali, letakkan tangan anda di pinggang dan tekan pinggang anda dengan sedikit kekuatan untuk membuatkan otot dada anda tegang. 

Perhatikan sebarang perubahan pada bentuk payudara atau jika payudara anda membengkak, kulit termasuk ke dalam atau berlaku perubahan pada puting payudara semasa melakukan kesemua pergerakan ini.

Langkah 2 (Pemeriksaan manual semasa berdiri): 

Semasa berdiri, gunakan tangan kanan untuk memeriksa payudara kiri dan ketiak anda sebelum ulangi langkah yang sama dengan tangan kiri untuk payudara dan ketiak kanan. 

Gunakan tiga jari dan tekan payudara serta lakukan bulatan kecil untuk rasa sebarang ketulan atau sebarang perubahan di dalam payudara. 

Picit puting secara perlahan untuk memeriksa jika terdapat sebarang cecair yang keluar.

Langkah 3 (Pemeriksaan manual semasa baring): 

Ulangi langkah 2 ketika anda sedang baring.

Isu Pada

Takdir Bertemu - Nabila Razali & Keisya Levronka

08 Oct 2022

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM