Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


MY Gaya Month Tanda Sokongan Kempen Beli Barangan Malaysia

MY Gaya Month bakal mempersembahkan tiga segmen utama yang terdiri daripada Emporium Fesyen, Forum Fesyen dan Pameran dan Peragaan Fesyen.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2022 5:00PM

Penganjur bersama barisan pereka fesyen terlibat - Gambar Noreeza Hashim

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malaysian Bumiputera Designer Association (MBDA) kembali menganjurkan MY Gaya Month buat kali kedua sebagai satu tanda sokongan kepada Kempen Beli Barangan Malaysia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). 

Kempen yang diatur bagi mempromosikan barangan keluaran Malaysia menerusi fesyen ini akan berlangsung selama sebulan bermula 6 Oktober hingga 10 November 2022 di Fahrenheit88, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

MY Gaya Month kedua diadakan sebagai satu tanda sokongan kepada Kempen Beli Barangan Malaysia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
MY Gaya Month kedua diadakan sebagai satu tanda sokongan kepada Kempen Beli Barangan Malaysia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Sepanjang penganjurannya, MY Gaya Month bakal mempersembahkan tiga segmen utama yang terdiri daripada Emporium Fesyen, Forum Fesyen dan Pameran dan Peragaan Fesyen. 

Emporium fesyen akan memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat pelbagai koleksi barangan buatan tempatan hasil karya 20 jenama dan pereka tempatan yang berbakat. 

MY Gaya Month bakal mempersembahkan tiga segmen utama yang terdiri daripada Emporium Fesyen, Forum Fesyen dan Pameran dan Peragaan Fesyen
MY Gaya Month bakal mempersembahkan tiga segmen utama yang terdiri daripada Emporium Fesyen, Forum Fesyen dan Pameran dan Peragaan Fesyen

Forum fesyen pula menampilkan tetamu-tetamu undangan yang akan mengupas topik berkaitan industri fesyen di Malaysia seperti fesyen dan teknologi, digitalisasi dalam fesyen, dan aspek perniagaan dalam fesyen. 

Pembicara-pembicara yang akan tampil terdiri daripada personaliti terkemuka seperti Zaihani Mohd Zain, Leslie Variyan, Darren Choy, Faizal Hamidi, Dr. Thomas Ong Poh Shing, Amdad, Tuan Abd. Azaharee Abdul Wahid dan Bon Zainal Harun.

Bon Zainal
Bon Zainal

Sementara segmen pameran dan peragaan fesyen akan menampilkan enam segmen yang mempamerkan koleksi terkini jenama tempatan, merangkumi pelbagai kategori termasuk pakaian aktif (activewear), pakaian siar (streetwear), fesyen kanak-kanak, couture, bespoke, pakaian percutian (resort wear), aksesori serta batik dan songket.

Mengulas tentang penganjuran MY Gaya Month, Pengasas Malaysian Bumiputra Designer Association (MBDA), Bon Zainal Harun memberitahu pihaknya mengharapkan acara ini dapat merancakkan kembali industri fesyen tempatan selepas lebih dua tahun terkesan dengan pandemic COVID19.

“MBDA diasaskan pada 2018 dengan penyertaan seramai 20 orang pereka pada peringkat awal. Pada hari ini kami mempunyai keahlian seramai 35 orang. 

“Visi saya menerusi MBDA adalah untuk merancakkan industri fesyen tempatan dengan memeriahkan komuniti pereka-pereka tempatan di Malaysia dan mengukuhkan tawaran tempatan kita yang unik untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. Hasrat ini selari dengan objektif MY Gaya Month,” tambah Bon Zainal.

Sementara itu, Pengerusi MBDA, Rasta Rashid dalam ucapannya memberitahu MY Gaya Month bukan sahaja membawa objektif untuk mempromosikan jenama fesyen tempatan, tetapi ia juga mahu membuka mata orang ramai untuk mencintai produk buatan Malaysia.

Rasta Rashid
Rasta Rashid

“MY Gaya Month yang diadakan selama sebulan ini akan menampilkan produk buatan Malaysia yang dihasilkan oleh pereka-pereka tempatan.

“Bagaimanapun, terdapat promosi jualan dan usaha pengetahuan. Seseorang tidak boleh belajar mencintai produk buatan Malaysia dan menyokong kempen kesedaran jika mereka tidak tahu mengapa mereka perlu menyokong buatan Malaysia. 

“Matlamat kami adalah untuk memastikan kecintaan terhadap produk buatan Malaysia berterusan melangkaui tempoh sebulan ini,” ujar Rasta.

Antara jenama fesyen tempatan yang akan memeriahkan acara ini ialah Anas Abdullah, Ash Majid, Izwani, Huda Hassan, Evita Mairesse, Ghadeez dan Hida-Yeat.

‘Kempen Beli Barangan Malaysia’ anjuran KPDNHEP adalah bertujuan untuk mewujudkan kesedaran tentang kualiti barangan tempatan bagi membolehkannya bersaing pada peringkat antarabangsa, menggalakkan jualan barangan tempatan demi kelestarian negara, di samping mencipta peluang-peluang pekerjaan baharu.

 Maklumat lanjut mengenai MY Gaya Month, pereka-pereka yang terlibat serta koleksi-koleksi yang diperagakan boleh didapati dengan mengunjungi www.mbdamalaysia.com/my-gaya-month - Getaran, 2 Oktober 2022

Isu Pada

Takdir Bertemu - Nabila Razali & Keisya Levronka

01 Oct 2022

Sorotan

1

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

2

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

3

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

4

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

5

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

6

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

7

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya