Berita Terkini

13 jam yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang 13 jam yang lalu: Sesi libat urus perluas sistem pembayaran terbuka lebuh raya - Salahuddin 13 jam yang lalu: Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta 13 jam yang lalu: Pemohon Skim SRP masih boleh dapat pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan 13 jam yang lalu: 20,041 kes hilang wang daripada institusi perbankan di Malaysia pada 2022

IKUTI KAMI


Wajah-Wajah Malaysia - Legenda Dan Inspirasi Malaysia

Pameran 'Wajah-Wajah Malaysia' ini mengangkat ikon-ikon legenda sebagai subjek utama dalam lukisan yang menggunakan pelbagai bahan dan pendekatan.

TARA Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2022 2:09PM

Kartunis Kamal Masrun bersama Setiausaha ANIMAS, Shamsaimun Ezil - Gambar oleh Rasfan Abu Bakar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Karikatur adalah suatu karya berbentuk gambar atau potret yang dilukis secara berlebih-lebihan. Ciri-ciri yang dilukis secara berlebihan itu bergantung kepada rupa yang lebih menonjol bagi susuk wajah seseorang itu. 

Contohnya mata, hidung, dagu, atau dahi yang dilukis lebih besar dan menonjol berbanding bahagian yang lain. Tubuhnya pula seringkali dilukis lebih kecil berbanding kepala. 

Hal yang demikian menjadikan karikatur merupakan karya yang kelakar dan penuh dengan unsur jenaka. 

Istilah karikatur berasal dari bahasa Itali ‘caricatura’ yang berarti ‘memuat’ atau ‘melebih-lebihkan’. Pada tahun 1590-an, seniman Italia Annibale Carracci dan saudaranya, Agostino, menggunakan istilah tersebut untuk beberapa sketsa potret berlebihan yang mereka hasilkan. 

Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS) telah mengadakan satu pameran lukisan karikatur yang berjudul 'Wajah-Wajah Malaysia'
Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS) telah mengadakan satu pameran lukisan karikatur yang berjudul 'Wajah-Wajah Malaysia'

Kata ‘karikatur’ pertama kali tercatat dalam bahasa Inggeris adalah pada tahun 1748. William Hogarth telah mencipta karya berjudul “O the Roast Beef of Old England” dengan menampilkan karikatur seorang biarawan Perancis dan tentera Perancis.

Sejak itu, seni karikatur kemudian tersebar secara meluas di England. Karya William Hogarth merupakan karya awal yang mengangkat lukisan karikatur dalam dunia politik. 

Dunia karikatur terus berkembang terutamanya setelah Perang Dunia Pertama berakhir. Di awal tahun 1970 tema dalam karikatur terus popular dengan genre politik. Karikatur digunakan dalam perkara berkaitan perang di Vietnam, kebudayaan, feminism sehinggalah kepada hak-hak berkaitan sivil.

Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS) telah mengambil peluang untuk mengadakan satu pameran lukisan karikatur yang berjudul 'Wajah-Wajah Malaysia'.

Kurator pameran, Fariz Ghazali
Kurator pameran, Fariz Ghazali

Pameran ini mengangkat ikon-ikon legenda sebagai subjek utama dalam lukisan yang menggunakan pelbagai bahan dan pendekatan.

Menurut kurator pameran Fariz Ghazali, seramai 24 orang pengkarya berbakat telah terlibat dalam pameran ini. 

Di antaranya adalah Art Saad, C’gu, Cz2 Diana, Dean Harun, Fad Lepat, Fizz, Gandum, Imuda, Kamal Masrun, KariHaru, Katon dan Kidol. 

Salah seorang pengkarya yang terlibat dalam pameran 'Wajah-Wajah Malaysia', Wukong
Salah seorang pengkarya yang terlibat dalam pameran 'Wajah-Wajah Malaysia', Wukong

Berlatarbelakangkan gaya, media serta pendekatan yang pelbagai, semua pengkarya berjaya mengadaptasi ketokohan dan aura legenda dari individu yang dirujuk.

Salah seorang pelukis iaitu Art Saad menjadikan dua tokoh seni tanah air iaitu Datuk M. Nasir dan Tan Sri P. Ramlee sebagai subjek utama dalam lukisannya. Wajah kedua-dua ikon ini telah dilukis dengan cara yang lucu tetapi sangat kreatif. 

Pelukis Kamal Masrun pula menjadikan sasterawan negara Datuk A. Samad Said sebagai sumber inspirasinya.

Kartunis Kamal Masrun bersama Setiausaha ANIMAS, Shamsaimun Ezil
Kartunis Kamal Masrun bersama Setiausaha ANIMAS, Shamsaimun Ezil

Dalam karyanya Kamal Masrun menggubah wajah A. Samad Said menggunakan kaedah herotan. Sungguhpun demikian rambut dan janggutnya masih kekal sebagai identiti utama sasterawan tersebut.

Hampir kesemua pelukis menggunakan media digital sebagai bahan dalam berkarya. Hal ini mungkin kerana ledakan teknologi yang memang sudah pun dapat diadaptasi oleh majoriti pelukis di Malaysia. 

Lebih dari itu ia lebih mudah digunakan disamping kepelbagaian peranti komputer yang boleh didapati secara dimana-mana sahaja dengan harga yang lebih ekonomi.

Sungguhpun demikian ada pelukis yang tetap menggunakan media konvensional seperti pelakon dan pelukis berbakat tanah air iaitu Imuda. Beliau memilih media pensel warna dalam menghasilkan karyanya. 

Pemilihan media ini sangat sesuai dengan stroke lukisannya dan hasilnya sangat berbeza.  Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipilih menjadi subjek lukisannya. - Getaran, 1 Oktober 2022

*Penulis merupakan pensyarah seni visual di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA). 

Isu Pada

Takdir Bertemu - Nabila Razali & Keisya Levronka

01 Oct 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Kenapa Kita Anggap ‘Seni’ Sekadar Ala Kadar? – Sharifah Amani

2

TARA 2 bulan yang lalu

Diamond Dotz, Jenama Tersohor Australia Buka Kedai Konsep Pertama Di Dunia Di Pavilion Bukit Jalil

3

TARA 2 bulan yang lalu

SA NU BA RI: Pameran Seni Cetak Kontemporari Fadli Mokhtar 

4

Semasa 3 bulan yang lalu

PM Mahu Karya Besar Ditelaah Golongan Muda

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa