web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan empat tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2022 5:15PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Emergency Couple' (iQIYI)

Selepas ikatan perkahwinan terlerai, bolehkah cinta yang telah layu dahulu mekar kembali? Perkahwinan ‘koboi’ antara Oh Chang Min dan Oh Jin Hee ditakdirkan hanya mampu bertahan selama setahun atas pelbagai faktor, antaranya kesempitan hidup apabila Chang Min terpaksa menghentikan pengajian dalam jurusan perubatan dan kebencian ibunya terhadap Jin Hee.

Enam tahun berlalu dan ketika masing-masing sudah merintis laluan hidup sendiri, permainan takdir yang aneh menemukan keduanya kembali dalam situasi amat tidak dijangka.

Chang Min, pelajar perubatan ‘drop out’ dan Jin Hee, bekas ‘nutritionist’ yang sering dipandang rendah bekas ibu mertua kini sama-sama bergelar doktor pelatih di Hospital Universiti Woosu.

Tanpa diduga, cinta yang disangkakan mati oleh Chang Min tumbuh kembali dan dia bertekad untuk memenangi semula hati Jin Hee.  Cubaan kali ini tidak semudah dahulu. Dia perlu bersaing dengan ketuanya di Jabatan Kecemasan, Chief Guk yang diam-diam menyimpan perasaan terhadap Jin Hee dan pada masa sama, menepis cubaan ibunya untuk menjodohkan dia dengan rakan setugas, Han Ae Rum, anak seorang menteri.

Berjayakah Chang Min? Apakah semudah itu Jin Hee akan menerima bekas suaminya kembali? Bagaimana pula penerimaan bekas ibu mertuanya dan apakah Chief Guk akan mengalah? 

Komedi ringan 21 episod ini sesuai ditonton seisi keluarga di iQIYI, cuma pastikan mata anak anda ditutup ketika babak bercium dipaparkan jika mereka berusia di bawah 18 tahun! – Sophia Ahmad 

 

The White Tiger (Netflix)

Filem yang diterbitkan pada 2021 ini berkisar tentang seorang pemandu kepada sebuah keluarga kaya-raya di India. Kedengarannya agak ‘biasa’ namun jika anda fikir hanya bangsa ‘kayangan’ punya rancangan untuk maju, fikir semula.

Sepanjang bekerja sebagai pemandu, Balram Halwai lakonan Adarsh Gourav hanya memerhati sisi gelap keluarga majikannya. Dalam masa yang sama mula merancang sesuatu yang licik untuk keluar dari kepompong kemiskinan. 

Filem arahan Ramin Bahrani, ini dibintangi Priyanka Chopra Jonas dan Rajkummar Rao namun apa yang menarik adalah bagaimana bintang baru seperti Adarsh (Balram) diletakkan di barisan hadapan berbanding nama-nama besar lain.

Jadi apakah nasib Balram selepas dijadikan ‘kambing hitam’ insiden langgar lari oleh isteri majikannya lakonan Priyanka Chopra. Semestinya antara filem berbahasa Hindi yang wajib anda tonton hanya di Netflix. - Suzan Ahmad

 

Blonde (Netflix)

Akhirnya filem Blonde yang berkisarkan tentang kehidupan primadona Hollywood iaitu Marilyn Monroe mengjengah ke platform penstriman popular, Netflix. 

Filem yang dibintangi oleh Ana De Armas sebagai Marilyn ini telah mendapat liputan meluas sebelum ditayangkan. Ramai yang terpesona melihat wajah Ana ditransformasi sebagai Marilyn. 

Blonde merupakan filem yang diadaptasi dari novel dengan tajuk yang sama. Majoriti babak dalam filem ini dipaparkan dalam warna hitam putih. Kisahnya bermula sejak Marilyn kecil. Beliau dilahirkan sebagai Norma Jeane Mortensen. 

Ibunya menghidap sakit mental sehingga akhirnya dia terpaksa tinggal di rumah anak yatim. Selepas meningkat dewasa, Norma telah memilih karya sebagai model ‘pin-up’ dengan menggunakan nama Marilyn Monroe. Ketika cuba mencari peluang untuk bergelar pelakon, dia telah dirogol oleh presiden studio filem. 

Sepanjang bergelar pelakon, Marilyn terlibat dengan beberapa hubungan romantic termasuklah dengan Presiden Amerika Syarikat. Namun kehidupan glamor tidak seindah yang disangka apabila Marilyn mula rasa tertekan dengan kehidupannya sehingga menjebakkan diri dengan alkohol dan dadah yang akhirnya meragut nyawanya. – Helmi Anuar 

 

'Rampas Cintaku' (iQIYI)

Baru sahaja ditayangkan di iQIYI Sabtu lalu, drama rantaian 'Rampas Cintaku' dengan klasifikasi umur 18 tahun ke atas telah ke udara tiga episod. 

'Rampas Cintaku' menceritakan Riz seorang pemuda yang pergi ke bandar untuk mencari wang demi keluarga.  Dia kemudian menjadi anak ikan kepada Datin Safieya yang kecewa kerana suaminya curang di belakangnya. Riz dan Datin Safieya kemudian menyimpan perasaan dan jatuh cinta.

Drama ini turut menyelitkan beberapa babak berani melibatkan lakonan Fasha Sandha sebagai Datin Safieya dan Afieq Shazwan yang memegang watak sebagai gigolonya. Disebabkan itu, drama ini berklasifikasi 18 tahun ke atas

Barisan pelakon yang menjayakan drama bersiri ini adalah dibintangi Fasha Sandha, Afieq Shazwan, Aidil Aziz,  Zarul Husin, Ady Mohammad, Erynn Abdullah dan Puteri Balqis. – Wafa Aula 

Isu Pada

Takdir Bertemu - Nabila Razali & Keisya Levronka

01 Oct 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh