web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penguin Maharaja Bakal Pupus Menjelang 2050 - Saintis Australia

Haiwan ini yang mempunyai habitat dan membiak di kawasan pulau atau gunung ais itu terdedah kepada kesan perubahan iklim, yang boleh memusnahkan koloninya.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2022 8:31PM

Penguin maharaja merupakan endemik Antartika dan adalah yang terbesar daripada 18 spesies penguin, yang boleh mencecah ketinggian sehingga 1.3 meter - Gambar Hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja berdepan kepupusan dalam tempoh 30 tahun, lapor Xinhua, memetik penyelidik Australia.

Seorang saintis penyelidikan kanan di Bahagian Antartika Australia (AAD) Barbara Wienecke, mendedahkan bahawa penguin maharaja yang menjadi ikonik boleh mengalami kepupusan menjelang 2050.

Penguin maharaja merupakan endemik Antartika dan adalah yang terbesar daripada 18 spesies penguin, yang boleh mencecah ketinggian sehingga 1.3 meter. 

Haiwan ini yang mempunyai habitat dan membiak di kawasan pulau atau gunung ais itu terdedah kepada kesan perubahan iklim, yang boleh memusnahkan koloninya. 

"Pada kadar semasa, kepupusan hampir pasti berlaku," lapor News Corp Australia pada Sabtu.

Meskipun berada pada senario terbaik dengan kenaikan suhu 1.5 darjah, kajian menunjukkan bahawa kebanyakan koloni akan hampir pupus menjelang 2050. 

"Ini bermakna koloni-koloni itu telah berkurang begitu banyak,dan sukar untuk pulih kembali." kata Wienecke.

Kesatuan Pemuliharaan Alam Semula Jadi Antarabangsa (IUCN) menyenaraikan penguin maharaja sebagai "hampir terancam", namun ramai pakar menggesa perkara itu diteliti semula pada 2023 untuk "menaikkan statusnya kepada "terancam".

Beliau berkata mengurangkan kesan perubahan iklim satu-satunya cara untuk menyelamatkan spesies burung itu, namun mengubah status perlindungannya juga akan meningkatkan kesedaran tentang nasib penguin tersebut.

Menyenaraikannya sebagai spesis terancam juga boleh membawa kepada langkah-langkah lain seperti melindungi sumber makanan haiwan itu termasuk krill, ikan sirip dan sotong daripada ditangkap secara berlebihan. - Bernama

Isu Pada

Alena Murang: Ini Identiti Saya

24 Sep 2022

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh