web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cheetah Kembali Berkeliaran Di Hutan Di India Selepas 7 Dekad

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2022 10:06AM

Gambar hiasan dari AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW DELHI - Selepas pupus selama beberapa dekad di India, Cheetah akan kembali berkeliaran di hutan di negara itu.

India pada Sabtu menerima lapan ekor cheetah, lima betina dan tiga jantan, dari Namibia di bawah projek memperkenalkan semula spesis kucing besar itu di kawasan perlindungan hidupan liarnya.

Kumpulan pertama haiwan itu dilepaskan ke Taman Negara Kuno, sebuah rizab alam semula jadi seluas 750 kilometer persegi di Madhya Pradesh.

Kolar radio akan dipasang pada setiap ekor cheetah untuk memantau pergerakannya. Cheetah telah diisytiharkan pupus di India pada 1952.

India merancang membawa lebih banyak cheetah dari Afrika Selatan, Namibia dan negara-negara Afrika lain dalam tempoh lima tahun.

"Selain satu usaha untuk program pemulihan spesis, haiwan itu juga dibawa masuk untuk memulihkan semula sumber yang hilang dari ekosistem yang memainkan peranan penting dalam sejarah evolusi mereka," menurut Kementerian Alam Sekitar, Hutan dan Perubahan Iklim. 

Kerajaan akan menggunakan cheetah sebagai spesies penaung untuk memulihara biodiversiti padang rumput, savana dan sistem hutan terbuka. - Bernama

Isu Pada

Alena Murang: Ini Identiti Saya

17 Sep 2022

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari