web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Danger Zone’, ‘Rainless Love In A Godless Land’ Terima 10 Pencalonan Anugerah Golden Bell Ke-57

‘Danger Zone’ tercalon dalam lapan kategori, manakala ‘Rainless Love in a Godless Land’ pula memperoleh dua pencalonan.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2022 12:18PM

Anugerah Golden Bell adalah anugerah Taiwan yang setara dengan Anugerah Emmy di Amerika Syarikat dan diberikan setiap tahun untuk persembahan terbaik dalam penerbitan televisyen - Gambar ihsan iQIYI

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Platform penstriman terkemuka Asia iQIYI telah memperoleh 10 pencalonan di Anugerah Golden Bell yang ke-57 menerusi dua siri,  ‘Danger Zone’ dan ‘Rainless Love in a Godless Land’.

Siri popular thriller ‘Danger Zone’ tercalon dalam lapan kategori iaitu ‘Siri Televisyen Terbaik’, ‘Pengarah Terbaik dalam Siri Televisyen’, ‘Penulisan Terbaik untuk Siri Televisyen’, ‘Suntingan Filem Terbaik’ dan ‘Anugerah Seni dan Reka Bentuk Terbaik’.

Bahkan, ia turut tercalon bagi kategori  ‘Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik’ untuk pelakon Singapura Christopher Lee, ‘Pelakon Terbaik’ ( Berant Zhu)  dan ‘Pendatang Baru Terbaik’ ( Xiucao Han).

Manakala, drama fantasi ‘Rainless Love in a Godless Land’ pula memperoleh dua pencalonan bagi kategori ‘Kesan Visual Terbaik’ dan ‘Lagu Tema Terbaik’.

Pengarah siri ‘Danger Zone’ David Chuang berkongsi keterujaan terhadap pencapaian musim kedua siri itu apabila dimaklumkan tentang kategori pencalonan untuk anugerah ‘Pengarah Terbaik’.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada juri atas pengesahan mereka dan saya sangat gembira. 

“Saya masih ingat hari-hari  kami di set, dan saya pasti akan mengambil peluang untuk bertanya kepada penerbit mengenai penggambaran musim kedua siri ini,” kata Chuang.

Seorang lagi pengarah bersama iaitu Chen Kuan Chung pula menganggap , pencalonan itu mengenangkan detik-detik manis dan berharga  yang dilalui bersama krewnya.

Selain itu, turut kongsi kegembiraan calon anugerah ‘Pelakon Terbaik’ Berant Zhu, yang membawa watak rakan sekerja Christopher Lee dalam siri ‘Danger Zone’.

“Saya sangat gembira dan berterima kasih atas ucapan selamat semua orang. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pelakon dan krew ‘Danger Zone’ atas sokongan dan bantuan yang diberikan kepada saya semasa produksi, dan tahniah kepada semua rakan sekerja saya yang turut dicalonkan,” kata Zhu.

Dalam pada itu, pencalon ‘Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik’ Christopher Lee berkata,  ini adalah pencalonan anugerah Golden Bell yang kelima bagi dirinya.

“Produksi tahun ini sangat bagus. Saya juga  gembira kerana dapat meraih pencalonan ini. Dan, saya gembira untuk Berant yang telah dicalonkan untuk Pelakon Lelaki Terbaik,” kata pemenang anugerah Golden Bell ‘Pelakon Terbaik’ sebanyak dua kali itu.

Lee turut dilihat sentiasa memuji rakanya Zhu beberapa kali sebagai bintang masa depan yang menarik untuk ditonton.

Sementara itu, penulis skrip Shang-Min Yu, yang dicalonkan untuk anugerah Penulisan Terbaik, turut berterima kasih juri atas pencalonannya.

Siri ini dibintangi Christopher Lee sebagai kapten polis yang bekerja dengan pakar profil untuk menyelesaikan beberapa siri pembunuhan. Ia turut dijayakan bintang Taiwan Vic Chou, Sandrinne Pinna, Berent Zhu, Wu Hsing Kuo dan Tseng Jing Hua. 

‘Danger Zone juga buat pertama kali menjadi drama pertama yang menggandingkan Christopher Lee dengan abangnya, Frederick Lee.

‘Danger Zone’ dan ‘Rainless Love in a Godless Land’ ditayang secara eksklusif pada platform global iQIYI.

Anugerah Golden Bell adalah anugerah Taiwan yang setara dengan Anugerah Emmy di Amerika Syarikat dan diberikan setiap tahun untuk persembahan terbaik dalam penerbitan televisyen. – Getaran, 17 September 2022

Isu Pada

Alena Murang: Ini Identiti Saya

17 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Jomlah Ke Taiwan, Biarpun Kecil Namun Banyak Yang Menanti

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Cubaan Wujudkan Hab Panggilan Gagal, 4 Penjenayah Warga Taiwan Ditahan

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Dinobatkan Juara Terbuka Taipei 2023

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Rancangan ‘Food Hunting’ Satukan Cef, Selebriti Tempatan Dan Blogger, Rentasi Seluruh Malaysia Cari Restoran 5-Bintang

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh