Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2022 6:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Umma 

Melihat pada poster filem ini, ia pasti memancing penggemar filem ‘hantu’ atau seram untuk menontonnya pada waktu terluang. Namun, suka diingatkan, mereka yang penakut juga boleh menontonnya kerana elemen seram yang dipaparkan tidak keterlaluan. 

Filem berdurasi kira-kira 90 minit ini yang diterajui Sandra Oh ini mengisahkan tentang Amanda, seorang wanita Korea-Amerika generasi pertama yang tinggal bersama anak perempuan remajanya, Chrissy, yang bersekolah di rumah.  Mereka memelihara lebah dan menjual madu organik kepada pekedai tempatan untuk meraih pendapatan. 

Kehidupan anak-beranak ini sangat jauh dari dunia luar dan ketinggalan dengan teknologi. Ini kerana Amanda mempunyai alahan terhadap barangan elektrik. Bukan sahaja mereka tidak mempunyai telefon pintar, malah kenalan mereka juga tidak dibenarkan membawanya ke kediaman mereka. Amanda percaya elektrik boleh mengundang kematian kepadanya. Chrissy juga percaya. 

Hubungan anak-beranak ini pada mulanya nampak okey, namun lama-kelamaan ia bertukar sebaliknya. Ada sesuatu yang menghantui mereka dan ia berkaitan dengan kisah silam yang menghantui Amanda. Ada roh jahat yang tidak boleh melepaskannya dan dalam masa yang sama cuba merampas kebebasan Chrissy. Filem ini boleh ditonton di Netflix - Rahayu MN  

 

Ruroni Kenshin (Netflix)

Filem ini diadaptasi dari siri anime yang ditulis oleh Nobuhiro Watsuki. Ia diarahkan oleh Keishi Ōtomo dengan meletakkan Takeru Satoh sebagai pelakon utamanya.

Terdapat lima sekuel yang dihasilkan dengan filem pertama adalah Rurouni Kenshin, diterbitkan pada 2012, Rurouni Kenshin Kyoto Inferno dan Rurouni Kenshin The Legend Ends masing-masing pada 2014, Rurouni Kenshin: The Beginning (2021) serta Rurouni Kenshin: The Final (2021).

Ia berkisar kepada zaman awal Meiji di Jepun, dengan watak utama, Himura Kenshin adalah samurai pembunuh dikenali sebagai 'Battosai Himura'. Dia kemudiannya insaf dan tidak lagi membunuh dan cuba menjalani kehidupan dengan tenang sambil mengembara ke seluruh Jepun.

Meskipun sudah tidak lagi bergelar 'Battosai', namun khidmat Himura, samurai yang terkenal kerana mempunyai parut di pipi kiri ini, sentiasa diperlukan pihak berkuasa untuk menumpaskan musuh. Semua sekuel filem ini boleh disaksikan di Netflix. - Habibah Omar

 

Fury

Sebuah filem perang mengisahkan anggota tentera yang mengendalikan kereta kebal semasa menentang Jerman. Cerita ini di inspirasikan daripada kisah sebenar yang menjadi salah satu plot semasa Perang Dunia Kedua.

Sebuah platun telah diarahkan untuk bergerak menuju ke sebuah tempat pengumpulan diiringi empat buah kereta kebal. Pelbagai agenda pertempuran berlaku selepas itu. Sehinggalah tinggal sebuah sahaja kereta kebal yang diberi nama Fury masih bertahan, diketuai Staf Sarjan Wardaddy (lakonan Brad Pitt). 

Namun, akhirnya Fury terkandas akibat kerosakan pada bahagian tayar. Mereka terpaksa berlindung dan bertempur menggunakan apa sahaja untuk menentang ribuan tentera Jerman tanpa bergerak sehingga ke titisan darah yang terakhir. Hanya seorang daripada mereka sahaja terselamat.

Filem arahan David Ayer yang ditayangkan pada 2014 kini boleh ditonton menerusi saluran Netflix.  -  Izwan Ramlan

 

 

The Indian Predator: The Diary of a Serial Killer 

Dokumentari terbaharu yang ditayangkan di Netflix ini pasti akan meninggalkan kesan yang cukup ngeri buat penonton. Apabila seorang wartawan bernama Dhreerendra Singh telah dibunuh dengan begitu kejam, penyiasat telah menemui sebuah diari yang dianggap milik si pembunuh. 

Diari yang dinamakan Raja’s Diary itu mengandungi pelbagai butiran tentang 13 pembunuhan yang mengaitkan seseorang bernama Raja Kolander.

Bukan setakat dituduh melakukan pembunuhan yang terbaharu melibatkan si wartawan itu, tapi Raja Kolander juga kesemua pembunuhan itu turut dikaitkan dengan tuduhan kanibalisme, khususnya memakan otak. Sungguhpun begitu, Raja Kolander mengaku tidak bersalah atas segala tuduhan tersebut. 

Apa yang menarik mengenai dokumentari ini, ia turut menyelitkan paparan wawancara bersama Raja Kolander. Ahli psikologi pula berpendapat, tindakan Raja Kolander itu bertitik tolak daripada kedudukan yang rendah dalam masyarakat. 

Dia menyedari akan hal itu dan dikelilingi oleh kebangkitan gerakan Dalit dalam politik, yang berlaku sekitar 2000 sewaktu Mayawati dan Phoolan Devi melakukan pemberontakan dan Raja Kolander juga berasakan dia harus memperoleh kuasa yang sama. – Ellyna Ali 

 

Perfume : The Story of a Murderer

Perfume: The Story of a Murderer (2006) ialah sebuah filem psychological thriller arahan Tom Tykwer dan dibintangi oleh Ben Whishaw, Alan Rickman dan Rachel Hurd-Wood.

Adaptasi dari naskhah novel berjudul Perfume nukilan Patrick Siskind, kisahnya menceritakan tentang kehidupan Jean-Baptiste Grenouille (Ben Whishaw), seorang pembunuh bersiri yang mempunyai keupayaan deria bau yang luar biasa.

Berlatarbelakangkan abad ke-18 di Perancis, Jean memburu gadis-gadis sunti di sekitar bandar Paris untuk mendapatkan ‘esen’ bau anak dara mereka demi menghasilkan sebotol minyak wangi. Ya, membunuh demi minyak wangi!

Bagaimanakah cara dia membunuh dan memproses mangsa-mangsa ini menjadi sebotol minyak wangi yang sempurna? Sama-sama kita saksikan di Netflix! – Zaidi Che

Isu Pada

Swadaya Meerqeen

10 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 minggu yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

3

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Pengarah, Pelakon W : Two Worlds Mohon Maaf Gara-Gara Adegan Bercium

4

TARA 2 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok