web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemandu Trak Tempuhi Ujian Dalam Cabaran UD Trucks Extra Mile 

Pertandingan UD Trucks Extra Mile Challenge (UDEMC) ini dicipta berasaskan kepada kemahiran penggunaan teknologi dan teknik mengendalikan jentera berat dalam industri pengangkutan.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2022 4:00PM

UD Tracks adalah sebuah syarikat pembuatan jentera berat yang berasal dari Jepun. - Gambar ihsan Tan Chong Industrial Equipment

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mengendalikan jentera berat dalam industri pengangkutan bukanlah suatu perkara yang mudah. Ia memerlukan beberapa kemahiran yang tertentu. 

Untuk itu, syarikat pembuatan jentera berat, UD Trucks telah menganjurkan UD Trucks Extra Mile Challenge (UDEMC) 2022 iaitu sebuah pertandingan bagi menguji kemahiran pemanduan di kalangan pemandu trak.

UD Tracks merupakan sebuah syarikat pembuatan jentera berat seperti trak, bus dan seumpamanya yang berasal dari Jepun.

Gambar ihsan Tan Chong Industrial Equipment
Gambar ihsan Tan Chong Industrial Equipment

Pertandingan UD Trucks Extra Mile Challenge (UDEMC) yang dianjurkan bersama rakan pengedar tunggalnya, Tan Chong Industrial Equipment Sdn Bhd (TCIE) ini telah diadakan di cawangan TCIE di Ipoh, Perak.

Pengarah Urusan UD Trucks Malaysia, Steve Hedouin berkata, UDEMC bukan sekadar satu pertandingan untuk pemandu trak.

Sebaliknya, pertandingan yang  dimulakan sejak tahun 2016 ini juga dilihat sebagai satu platform untuk membantu meningkatkan hubungan antara kemahiran pemandu dengan realiti perniagaan dengan cara menambah baik kecekapan, pengetahuan dan keupayaan mengendalikan trak tugas berat UD Quester. 

Pengarah Eksekutif TCIE, Say Teck Ming pula berkata, UDEMC memberi fokus kepada membina fikiran positif dan meningkatkan kemahiran teknikal memandu.

Finalis pertandingan UD Trucks Extra Mile Challenge (UDEMC). - Gambar ihsan Tan Chong Industrial Equipment
Finalis pertandingan UD Trucks Extra Mile Challenge (UDEMC). - Gambar ihsan Tan Chong Industrial Equipment

“Pertandingan ini menggalakkan pemandu untuk berfikir secara lebih komersial dengan menimbangkan aspek-aspek seperti kelajuan, tempoh penghantaran, penjimatan bahan api, keselamatan dan pemanduan yang lancar.

“Ia juga memberi motivasi kepada pemandu dan mempromosikan pemanduan trak sebagai satu kerjaya kerana ia merupakan nadi kepada logistik pintar,” jelas Say.

Seramai 9 peserta telah terpilih untuk bertanding yang mana mereka perlu bersaing dengan mengambil bahagian dalam ujian amali melibatkan aspek pemeriksaan kenderaan, penjimatan bahan api dan cara pemanduan selamat. Ini termasuk kemahiran mengubah laluan dan parkir.

Mohamad Hanif Md Nor - Gambar ihsan Tan Chong Industrial Equipment
Mohamad Hanif Md Nor - Gambar ihsan Tan Chong Industrial Equipment

Namun, seorang peserta yang juga pemandu trak dari ASAC Logistic Sdn Bhd, Mohamad Hanif bin Md Nor telah muncul sebagai pemenang. 

Dengan kemenangan itu, ia telah melayakkan, Mohamad Hanif untuk menyertai pertandingan akhir global UD Trucks Extra Mile Challenge yang akan diadakan Oktober depan di Pusat Pengalaman UD,  Ageo, Jepun

Mohamad Hanif juga adalah pemenang kategori ‘Pemeriksaan Pra-Pemanduan Terbaik’, manakala dua  lagi sub-kategori dalam UDEMC  adalah  ‘Kemahiran Pemanduan Terbaik’ dan ‘Penjimatan Bahan Api Terbaik’.

Kategori ‘Kemahiran Pemanduan Terbaik’  dimenangi Mohammad Aripuddin Dahlan dari Naza Transport Sdn Bhd manakala pemenang  kategori ‘Penjimatan Bahan Api Terbaik’ adalah  Simon Joshua A/L Chandra Sakaran dari Syarikat Jasa Selamat Sdn Bhd. - Getaran, 4 September 2022 

Isu Pada

Swadaya Meerqeen

03 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Bekas Finalis Masterchef Malaysia Hadapi Tuduhan Bunuh, Bebas Dengan Jaminan

2

Gaya 4 tahun yang lalu

5 Gaya Paling Mencuri Perhatian Di AJL36

3

TARA 5 tahun yang lalu

Kaka Azraff - Selebriti Pun Ada Yang 'GILA'

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh