Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Datuk Hadi : Ledakan Meriam Gemparkan Komunis!

Sempena Hari Kemerdekaan ke-65 yang bakal disambut tidak lama lagi, edisi TARA kali ni berpeluang mewawancara Brigedier Jeneral (Bersara) Datuk Abdul Hadi Abdul Razak. Pernah bertugas menentang insurgensi komunis (darurat kedua), pengorbanan serta jasa dan bakti beliau terhadap negara nyata tidak ternilai harganya. 

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2022 9:58AM

Abdul Hadi Abdul Razak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tercatat di dalam sejarah dunia bahawa Malaysia pernah mengharungi zaman penjajahan komunis yang bermula pada 1948 – 1960 (darurat pertama) dan 1969 – 1989 (peperangan insurgensi komunis). 

Jasa dan bakti anggota pertahanan negara di Malaysia ketika itu amatlah besar. Tidak kira siang atau malam, pengorbanan yang mereka curahkan untuk melindungi dan mempertahankan kedaulatan Malaysia perlu disanjungi.

Namun apakah sebenarnya erti kemerdekaan pada anda ketika Malaysia berada dalam keadaan aman dan harmoni, tanpa pergolakan atau peperangan?

Seharusnya kita bersyukur dengan keamanan yang dikurniakan oleh Tuhan kepada Malaysia berbanding ketika zaman pemberontakan Parti Komunis Malaya (PKM).

Sempena Hari Kemerdekaan ke-65 yang bakal disambut tidak lama lagi, edisi TARA kali ni berpeluang mewawancara Pengerusi Persatuan Veteran Artileri Diraja (PVRAD), Brigedier Jeneral (Bersara) Datuk Abdul Hadi Abdul Razak, 74. 

Ikuti perkongsian beliau yang telah berkhidmat selama hampir 37 tahun dalam pasukan Rejimen Artileri Diraja (RAD) dan pengalaman semasa bertugas menentang insurgensi komunis (darurat kedua) di Malaysia.

Bermula dengan kemasukan beliau ke Maktab Tentera Diraja (MTD), Sungai Besi pada 1968, Hadi kemudiannya mendapat pendidikan latihan pegawai di The Royal Military Academy (RMA) Sandhurst, United Kingdom pada Disember 1968. 

Sedikit perkongsian daripada beliau, sewaktu  bersama tiga lagi rakan yang terpilih untuk melanjutkan pengajian di sana, modul latihan yang dijalani mereka adalah peperangan berkonsepkan musim sejuk (Winter Warfare).

Oleh itu, latihan yang dijalani beliau adalah dalam persekitaran yang sejuk.

Antara detik-detik yang masih segar diingatannya ialah melakukan senaman dalam cuaca yang amat sejuk.

“Di sana setiap kali latihan berlari, pakaian sukan saya ialah baju t-shirt putih bersama seluar pendek sahaja. Habis telinga, muka dan seluruh badan saya terkejut dan kebas akibat hawa sejuk yang teruk.

Minggu pertama tak perlu cakaplah, memang culture shock habis,” ujarnya sambil ketawa.

Beliau turut berkongsi pengalaman semasa mula berkhidmat dalam era peperangan menentang insurgensi komunis di Malaysia pada 1969 sehingga 1989.

Sebaik tamat pengajian selama dua tahun di (RMA) Sandhurst dan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada 1970, beliau pulang ke tanah air dan pada ketika itu, negara sedang bergolak dalam peperangan menentang komunis.

Banyak berita mengenai kematian anggota tentera yang didengarinya. 

Sejurus tiba di Malaysia, beliau dikehendaki untuk melapor diri di Kementerian Pertahanan (Kementah) bagi menjalani proses penempatan unit bertugas.

Memilih untuk menyertai  Rejimen Artileri Diraja sebagai pasukannya, beliau telah dihantar bertugas ke pasukan pertama RAD (1 RAD) di Kem Terendak, Melaka. 

Namun ketika itu, hampir semua tentera di Malaysia sedang menjalani operasi menentang komunis termasuk pasukan 1 RAD yang berpangkalan di kawasan Bau, Sarawak.

“Jadi saya diarahkan untuk melaporkan diri ke sana (Bau, Sarawak) dan waktu itu, saya telah dimaklumkan bahawa lokasi tersebut merupakan kawasan hitam atau panas. Malah sebelum itu, sudah ada laporan yang diterima mengenai beberapa kematian melibatkan anggota tentera akibat serangan ambush musuh,” ujarnya. 

Beliau mengakui agak terkejut pada mulanya apabila dimaklumkan mengenai situasi tersebut.

Namun dengan keteguhan semangat untuk berkhidmat dan mempertahankan negara, tidak sedikit pun rasa takut atau gementar menguasai dirinya untuk dihantar ke  lokasi tersebut bagi memikul tugas sebagai pegawai muda di kem Tasik Biru, Bau. 

Menceritakan tentang keadaan perjalanannya ke lokasi tersebut, Hadi berkata, keadaan di sekelilingnya dikawal dengan ketat dan helmet pelindung kepala wajib dipakai sepanjang masa. 

“Saya juga dibawa masuk menaiki kenderaan yang diiringi kereta perisai. Malah, laluan jalan yang dilaluinya juga merupakan kawasan yang pernah diserang hendap musuh,” katanya. 

Perkongsian diteruskan beliau sewaktu menjalani operasi di sempadan Malaysia-Thailand pada 1971, iaitu ketika umat Islam menyambut hari raya Aidilfitri.

Ketika itu, beliau sudah berpangkat Leftenan dan mempunyai kemahiran dalam mengendalikan meriam.

Terdapat dua laras meriam ditempatkan di sebuah kem batalion Rejimen Askar Melayu Diraja Malaysia (tidak dapat dinyatakan batalion ke berapa atas sebab-sebab tertentu).

“Semasa sambutan hari raya sedang diraikan di kem tersebut, saya telah mendapat laporan berlakunya serangan berdekatan dengan kem dan dua anggota telah terkorban, sekitar jam 12.00 tengahari. 

“Sambutan hari raya itu terpaksa dihentikan serta merta dan pada waktu itu juga, saya diarahkan oleh CO (Comandan Officer) untuk melepaskan tembakan menggunakan meriam.

“Saya dengan segera membuat persiapan untuk membawa dua laras meriam serta 25 anggota yang lain ke satu lokasi yang ditetapkan iaitu di puncak Gunung Inas, menggunakan helikopter. Lokasi tersebut dipilih kerana ia berhampiran dengan sempadan negara dan kawasan komunis,” katanya.

Sekitar jam 6.00 petang, seramai 25 anggota dengan senjata masing-masing serta dua laras meriam siap mendarat. Perkara pertama yang dilakukan beliau ialah menyiapkan kerja pemasangan meriam.

“Saya siapkan meriam terlebih dahulu kerana jika terdapat tanda-tanda serangan dari pihak musuh, saya perlu melepaskan tembakannya. Meriam ini akan membangkitkan semangat kepada seluruh anggota dan mecetuskan rasa ‘gerun’ kepada pihak lawan,'' jelasnya.

Beliau kemudian memanggil kesemua 25 anggotanya untuk memaklumkan mengenai tugasan mereka iaitu pembinaan kubu pertahanan dan menyampaikan maklumat terkini akan situasi ketika itu.

“Baiklah, kita di sini kerana pagi tadi ada contact (serangan) dilaporkan di bawah gunung dan dua anggota kita dah mati. Ini kampung komunis, kawasan dia. Jadi, kita 25 orang inilah yang akan mempertahankan tempat ini. 

“Malam ini saya nak awak semua gali kubu pertahanan dan duduk di dalamnya bersama senjata beserta peluru sambil memperhatikan keadaan sekeliling,'' kata Hadi, sambil mengimbas taklimat yang disampaikan kepada semua anggotanya ketika itu.

Biarpun memahami betapa kritikal dan bahayanya keadaan pada masa itu, namun semangat juang anggotanya semakin memuncak dan mereka juga berkobar-kobar untuk menyiapkan  proses menggali kubu dengan segera.

Ia dilengkapi dengan pemasangan beberapa alat kawalan serta bahan api lain disekeliling kubu pertahanan tersebut.

Setiap malam Hadi akan melepaskan tembakan meriam bagi memberi semangat dan kepekaan pada anggota. Pada masa yang sama ia bertujuan memberikan harassing fire kepada pihak musuh.

Dalam tempoh lebih sebulan menetap di Gunung Inas, operasi tersebut berjaya ditamatkan tanpa sebarang pertumpahan darah melibatkan anggotanya. Hingga saat ini, kejayaan dalam operasi tersebut sentiasa tersimpan kemas di dalam kotak ingatannya. 

“Selain itu, saya juga menyertai operasi besar-besaran melibatkan gabungan tentera kita dan Tentera Thailand di sempadan. Operasi tersebut dikenali sebagai 'Selamat- Sawadee'.

“Ketika itu pasukan artileri telah melepaskan beribu-ribu das tembakan untuk memberikan bantuan kepada tentera Thailand menerusi operasi bersejarah ini,” tambahnya.

Menutup wawancara ini, sempena perayaan Hari Merdeka ini, penulis sempat bertanyakan apakah erti kemerdekaan kepada beliau.

“Pada saya kemerdekaan ini adalah di mana kita tidak perlu bergantung kepada sesiapa terutamanya kuasa luar. Negara perlu diurus dan diperintahkan oleh kita sendiri tanpa gangguan, pengaruh atau tekanan dari kuasa luar.

“Jika kita masih bergantung pada kuasa tersebut, bagi saya negara masih belum merdeka sepenuhnya” jawabnya .

DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN WAJAH TARA – GETARAN

Wajah TARA : Datuk Abdul Hadi Abdul Razak

Editor Gaya Hidup & Hiburan : Ellyna Ali 

Teks & Penyelaras : Izwan Ramlan

Suntingan Teks : Habibah Omar  

Jurugambar : Razak Latif

Juruvideo dan Suntingan Video : Mustaffa Kamal Ramli

Lokasi: Tugu Negara/Bangi

Rekaletak : A.Kogulan

(Sekalung penghargaan buat Datuk Abdul Hadi Abdul Razak, Pengerusi Persatuan Veteran Artileri Diraja (PVRAD))







 

Isu Pada

Datuk Hadi: Ledakan Meriam Gemparkan Komunis!

27 Aug 2022

Sorotan

1

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

7

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled