Berita Terkini

11 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Minat Raksasa Ultraman Dari Kecil, Izuddin Merevolusikan Seni Kraf Seramik Unik

Lain daripada yang lain, Izzue Craft menempa kraf seramik tradisional menjadi figura-figura animasi moden terkenal seperti Ultraman, Digimon dan Pokemon.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2022 12:21PM

Izuddin Isham suka membuat arca dinosaur daripada tanah liat sejak zaman tadika sehinggalah sekarang - Gambar ihsan Izuddin Isham

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa sangka, minat melihat raksasa dinosaur dalam siri animasi 'Ultraman' boleh mempengaruhi seorang pemuda untuk menceburi bidang kraf seramik tradisional?

Pemilik Izzue Craft, Izuddin Isham (29) mengakui minatnya terhadap seni itu bermula sedari kecil semasa bermain tanah liat sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat menara gading.

“Dari kecil saya memang suka menonton 'Ultraman'. Saya suka membuat arca dinosaur daripada tanah liat sejak zaman tadika sehinggalah sekarang.

Untuk menarik minat anak muda terhadap seni tradisional ini, Izzudin menzahirkan kreativitinya itu dengan menghasilkan figura (patung aksi) daripada siri animasi terkenal
Untuk menarik minat anak muda terhadap seni tradisional ini, Izzudin menzahirkan kreativitinya itu dengan menghasilkan figura (patung aksi) daripada siri animasi terkenal

“Saya memulakan perniagaan kraf ini pada tahun 2016 setelah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Seni Kraf Seramik di Institut Kraf Negara,” ujar Izuddin.

Izuddin berkata untuk menarik minat anak muda terhadap seni tradisional ini, dia menzahirkan kreativitinya itu dengan menghasilkan figura (patung aksi) daripada siri animasi terkenal. 

“Selain menghasilkan arca berbentuk raksasa dinosaur dari siri 'Ultraman' itu, saya juga banyak menerima tempahan khas daripada pelanggan.

Selain menghasilkan arca berbentuk raksasa dari siri Ultraman itu, Izzudin juga banyak menerima tempahan khas daripada pelanggan
Selain menghasilkan arca berbentuk raksasa dari siri Ultraman itu, Izzudin juga banyak menerima tempahan khas daripada pelanggan

“Mereka mengumpul figura-figura animasi terkenal dan sanggup berbelanja. Saya pernah menjual figura berbentuk Godzilla setinggi kira-kira 0.3 meter pada harga RM700,” kongsinya. 

Turut mahir menghasilkan labu sayong, Izuddin menjelaskan dia mampu menghasilkan sepuluh buah figura bersaiz besar dalam masa sehari, manakala 30 buah figura untuk saiz kecil.

“Bahan utama tentulah saya gunakan tanah liat. Saya menghasilkan tanah liat ini dengan cara mencampurkannya bersama air, tanah sungai dan tanah sawah dengan menggunakan mesin.

“Kemudian saya bakar. Proses pengeringan pula mengikut cuaca. Kebiasaannya mengambil masa selama tiga hari untuk sesebuah arca untuk benar-benar kering.

“Bagi proses mewarna pula, saya menggunakan pelbagai teknik. Sekiranya mahukan warna hitam, saya akan membakarnya bersama sekam padi.

“Jika ingin nampak berkilat, saya gunakan dua teknik iaitu ‘shining glaze’ atau ‘matte glaze’ dengan cara celupan, semburan atau sapuan berus.

“Setelah proses mewarna, saya akan membakarnya sekali lagi mengikut kesesuaian bahan dan jenis permintaan pelanggan,” ujarnya. 

Izzudin juga mahir menghasilkan labu sayong
Izzudin juga mahir menghasilkan labu sayong

Kesemua arca seramik berbentuk figura ini diperbuat 100% buatan tangan tanpa sebarang sokongan dawai. 

Proses membuat sesebuah figura seramik ini turut memakan masa yang lama dan memerlukan kepakaran dalam menghasilkannya.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan pelbagai jenis barangan kraf seramik hasil buatan tangan Izuddin, bolehlah membeli di My Craft Shop atau Instagram @izzue_craft - Getaran, 22 Ogos 2022

Isu Pada

Fenomena Casablanca Nuha Bahrin, Naufal Azrin

20 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Thaipusam Satu Ciri Unik Kepelbagaian Budaya Masyarakat Malaysia - PAS

2

TARA 1 tahun yang lalu

Hublot Dan Takashi Murakami Lancar Koleksi Jam Tangan Dan NFT Unik

3

Semasa 1 tahun yang lalu

PM Ucap Selamat Hari Deepavali, ‘Malaysia Unik, Kita Kongsi Rasa, Rai Perbezaan’

4

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Tai Burger - Resepi Unik Kedai Burger Jalanan

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera