web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Butik Mothercare Suria KLCC, Segala-Galanya Tentang Bayi 

Kim Hin Joo mengumumkan pembukaan butik barangan bayi sehenti di Suria KLCC.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2022 2:00PM

Intan Ladyana dan suami, Harris Alif - Gambar ihsan Kim Hin Joo (Malaysia)

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kim Hin Joo (KHJ), syarikat peruncit barangan bayi terkemuka di Malaysia melancarkan Mothercare Flagship Store di Suria KLCC.

The Entertainer Toy Shop. - Gambar ihsan Kim Hin Joo (Malaysia)
The Entertainer Toy Shop. - Gambar ihsan Kim Hin Joo (Malaysia)

Menawarkan pengalaman membeli-belah yang selesa untuk keperluan bayi dan ibu mengandung, KHJ turut melancarkan sebuah kedai permainan, The Entertainer Toy Shop.

Pengarah Urusan KHJ, Pang Fu Wei berkata pelancaran butik Mothercare kedua ini merupakan pencapaian membanggakan bagi mereka.

Butik barangan bayi sehenti yang mesti dikunjungi seisi keluarga. - Gambar ihsan Kim Hin Joo (Malaysia)
Butik barangan bayi sehenti yang mesti dikunjungi seisi keluarga. - Gambar ihsan Kim Hin Joo (Malaysia)

“Kami berharap butik Mothercare di Suria KLCC ini mengikuti kejayaan butik Mothercare pertama kami di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya, Selangor.

“Butik kami menawarkan penyelesaian sehenti untuk semua keperluan bayi. Ia selaras dengan matlamat kami untuk membantu memudahkan perjalanan fasa keibubapaan pelanggan kami.

“Kami turut menawarkan beberapa zon utama dalam persekitaran membeli-belah yang luas. Ia butik barangan bayi sehenti yang mesti dikunjungi seisi keluarga,” ujar Fu Wei.

Butik barangan bayi sehenti ini seluas 13,000 kaki persegi. - Gambar ihsan Kim Hin Joo (Malaysia)
Butik barangan bayi sehenti ini seluas 13,000 kaki persegi. - Gambar ihsan Kim Hin Joo (Malaysia)

Seluas 13,000 kaki, butik barangan bayi sehenti ini menampilkan beberapa zon mengikut segmen bagi memudahkan ibu bapa mendapatkan barangan keperluan bayi kesayangan mereka.

Gambar ihsan Kim Hin Joo (Malaysia)
Gambar ihsan Kim Hin Joo (Malaysia)

Ini termasuk trek ujian kereta sorong bayi (stroller) yang membolehkan pelanggan mencubanya terlebih dahulu sebelum membelinya.

Gambar ihsan Kim Hin Joo (Malaysia)
Gambar ihsan Kim Hin Joo (Malaysia)

Terdapat juga zon pemakaian bayi yang membenarkan pelanggan menggunakan replika boneka bayi yang seakan-akan bayi sebenar dan memilih baju bayi mengikut kesesuaian masing-masing.

Gambar ihsan Kim Hin Joo (Malaysia)
Gambar ihsan Kim Hin Joo (Malaysia)

Menariknya, terdapat juga zon ‘Sparkle Clean’ yang menawarkan perkhidmatan pembersihan barangan dan peralatan bayi. 

Paling istimewa, butik ini turut menyediakan perkhidmatan nasihat nurseri. 

Gambar ihsan Kim Hin Joo (Malaysia)
Gambar ihsan Kim Hin Joo (Malaysia)

Kakitangan bertauliah akan membimbing dan mendidik pembeli, terutamanya ibu bapa baru mengenai barangan bayi terbaik untuk cahaya mata kesayangan mereka.

Selain itu, pelanggan turut boleh menikmati perkhidmatan sulaman peribadi untuk pakaian dan barangan bayi secara eksklusif. Ia boleh dijadikan sebagai hadiah yang sempurna! 

Butik Mothercare ini menempatkan lebih 300 jenama produk bayi dan kanak-kanak, keperluan materniti dan permainan. – Getaran, 20 Ogos 2022

Gambar ihsan Kim Hin Joo (Malaysia)
Gambar ihsan Kim Hin Joo (Malaysia)

Isu Pada

Fenomena Casablanca Nuha Bahrin, Naufal Azrin

20 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PM Setuju Cadangan Sarawak Wujudkan Penerbangan Butik

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Butik Rakyat Rahmah Sedia Lebih 35,000 Pakaian Percuma Jadi Pilihan Pengunjung

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Video Curi Aksi Wanita Tukar Pakaian Dijual Di Media Sosial

4

TARA 3 tahun yang lalu

Kepuasan Beli-Belah Tahap Maksimum Di Butik Rizman Ruzaini Four Seasons Place

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh