Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ramai Tak Ambil Endah! Ini 4 Tip Untuk Penjagaan Mata Yang Sihat

Pandangan lebih jelas dengan kaedah penjagaan mata terkini oleh pakar mata dan optometri yang dipercayai.  

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2022 10:21AM

Lebih 22 peratus rakyat Malaysia melawat pakar mata dan oftalmologi sekurang-kurangnya sekali dalam setahun bagi melakukan pemeriksaan mata. - Gambar hiasan

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dua tahun yang berlalu telah banyak mengajar kita tentang kepentingan kesihatan. Ia mengajar kita untuk memahami cara terbaik untuk menjaga diri dari segi mental dan fizikal.

Demi kesejahteraan diri, organ utama sistem visual kita iaitu mata adalah sama pentingnya dengan organ-organ yang lain kerana kesihatan mata dapat menentukan kualiti hidup kita.

Lebih 22 peratus rakyat Malaysia melawat pakar mata dan oftalmologi sekurang-kurangnya sekali dalam setahun bagi melakukan pemeriksaan mata.

Pengamal penjagaan mata profesional juga menyediakan pelbagai perkhidmatan optik yang berbeza dengan tujuan untuk menawarkan bantuan visual yang lebih berkualiti dan berkesan.

Pakar optometri, Suyidatina Sulaiman menegaskan kesedaran tentang kepentingan visual merupakan asas kepada penjagaan kesihatan mata.

Suyidatina Sulaiman
Suyidatina Sulaiman

“Memandangkan aktiviti harian kita yang kerap menggunakan peranti, penyesuaian penglihatan antara skrin dengan realiti amat penting untuk kita menjaga kesihatan mata.

“Mata kita sama pentingnya dengan anggota badan yang lain kerana ia turut memerlukan perhatian kesihatan yang berterusan untuk mengekalkan kesihatan menyeluruh.

“Oleh itu, kami menasihatkan anda untuk melawat pakar optometri sekurang-kurangnya setiap tahun untuk membuat penilaian kesihatan mata.

“Penilaian mata yang sesuai perlu merangkumi kedua-dua jenis pembiasan, sama ada dekat atau jauh untuk menambah baik kualiti penglihatan,” jelas Suyidatina.

Langkah-langkah ini memastikan mata anda lebih terjaga serta mengurangkan risiko gangguan mata seperti glaukoma, retinopati diabetes, katarak dan pelbagai penyakit mata yang lain.

Masalah pembiasan oleh sepasang mata pula boleh dibahagikan kepada Miopia (rabun dekat), Hiperopia (rabun jauh), Presbiopia (rabun tua) dan Astigmatisme (rabun silau).

Berikut kami lampirkan empat tip penjagaan mata menurut Suyidatina, seperti di bawah:

Kanta sentuh lembut pula boleh mengurangkan kemungkinan gejala mata kering kerana ia diperbuat daripada silikon hidrogel.
Kanta sentuh lembut pula boleh mengurangkan kemungkinan gejala mata kering kerana ia diperbuat daripada silikon hidrogel.

#1 Penjagaan kanta sentuh

Sebenarnya, manfaat kanta sentuh ialah sebagai alternatif kepada cermin mata konvensional. Ia boleh mengurangkan kesan presbiopia atau rabun tua.

Kanta sentuh lembut pula boleh mengurangkan kemungkinan gejala mata kering kerana ia diperbuat daripada silikon hidrogel, ‘kanta air’ dan banyak lagi.

Namun, masih ramai yang tidak mengetahui kanta sentuh ialah satu alat perubatan yang harus mendapat preskripsi pakar mata bertauliah terlebih dahulu.

Tambahan pula, kanta sentuh sangat mudah didapati di pasaran, maka risiko jangkitan mata juga semakin meningkat kerana ramai yang tidak mengendalikannya dengan cara yang betul.

Selain memastikan keselesaan mata yang optimum, berjumpa dengan pakar mata boleh mengelakkan sebarang risiko kerosakan mata seperti jangkitan kuman.

Anda perlu sentiasa merujuk pakar mata untuk menentukan kanta sentuh yang terbaik berdasarkan kelengkungan kornea, kawasan permukaan mata dan tabiat gaya hidup anda.

#2 Miopia dalam kalangan kanak-kanak

Masalah penglihatan kanak-kanak sering diabaikan kerana mereka terlalu muda untuk mengadu dan memahami sifat sebenar antara penglihatan yang jelas atau kabur.

Kanak-kanak, seperti orang dewasa juga terdedah kepada risiko penyakit mata seperti retina terkoyak, makulopati, strabismus (mata juling) dan amblyopia (mata malas).

Miopia atau penglihatan kabur jarak jauh ini jika tidak dirawat boleh memberi kesan besar terhadap perkembangan mereka.

Permasalahan ini boleh dilihat dengan ketara dari segi koordinasi pergerakan, kebolehan pembelajaran serta keterikatan emosi semasa mereka membesar.

Oleh itu, ibu bapa sangat memainkan peranan yang penting bagi memastikan si kecil menerima rawatan awal yang ideal daripada pakar mata yang dipercayai.

Jawapan terbaik bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah mata ini ialah dengan mendapat cermin mata yang sesuai untuk memperbaiki penglihatan mereka.

#3 Kanta Tambahan Progresif

Kanta Tambahan Progresif, juga dikenali sebagai PALs ialah satu kemajuan teknologi perubatan pada hari ini.

Ia dapat menggabungkan beberapa keperluan visual ke dalam satu kanta untuk meningkatkan kejelasan penglihatan dari semua jarak.

Ajaibnya dengan PALS, anda boleh membaca pada jarak dekat atau memerhati sesuatu dari jarak jauh dengan hanya sepasang cermin mata.

Ringkasnya, PALs pada kanta cermin mata ini boleh menampung pelbagai keperluan visual dalam satu kanta.

Walaupun ada pemakai yang akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri, kadar keberjayaan pemakaian kanta cermin mata jenis ini sangat tinggi.

Penyesuaian yang lebih pantas boleh dilakukan di bawah bimbingan pakar mata, optometri atau pengamal penjagaan mata profesional di kedai-kedai cermin mata berhampiran rumah anda.

#4 Pemakaian cermin mata yang salah

Jika masalah penglihatan tidak dirawat, maka akan timbul masalah postur badan kerana anda secara tidak langsung perlu menegangkan leher untuk melihat dengan lebih jelas.

Tabiat ini bakal menegangkan otot leher dan bahu yang kemudiannya boleh menyebabkan kesakitan badan dan migrain.

Kajian oleh Jabatan Perubatan Sosial dan Pencegahan, Fakulti Perubatan Universiti Malaya mendapati bahawa kira-kira 3.6 juta rakyat Malaysia menghidapi migrain.

Meskipun gejala ini mungkin disebabkan tekanan kerja atau jadual tidur yang tidak teratur, ia juga mungkin disebabkan oleh pemakaian kanta cermin mata yang salah.

Jadi ingatlah, mata memainkan peranan yang sangat penting dalam semua aspek kehidupan harian kita supaya anda dapat mencipta kehidupan yang indah dan bermakna.

Apabila kita menjaga kesihatan mata, secara tidak langsung kita juga menjaga kesejahteraan kehidupan kita. Layari MOG Eyewear https://www.mog.com.my/ untuk maklumat lanjut. - Getaran, 14 Ogos 2022

Gambar: MOG Eyewear

Isu Pada

Rizman Ruzaini Membina Empayar

13 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 tahun yang lalu

MOG 6-In-1 Vision Experience, Teknologi Penjagaan Mata Lengkap Untuk Rakyat Malaysia

Sorotan

1

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

2

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

3

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

4

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

5

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

6

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen