Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mungkin Ini Kisah Paling Sedih – Naim Daniel

Membedah isi hati Naim Daniel, berbicara tentang semangat cintai diri dan cinta yang sempurna, sehingga kisah dia yang paling sedih.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2021 9:05AM

Gambar: Mohd. Azim Abd. Rahman

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Hei Zaidi, lama kita tak jumpa,” sapa Naim Daniel dengan senyuman lebar sebaik sahaja pintu pejabat kami terkuak. Naim datang bersama pengurus peribadinya, Azam dan kelihatan senang hati sekali hari itu.

Penggambaran TARA kali ini terpaksa dijalankan di dalam bangunan pejabat kami sahaja gara-gara terlalu banyak acara yang perlu kami lunaskan minggu itu.

Mana tidaknya, penulis bersama jurugambar (Azim), juruvideo (Muharram) dan penyelaras (Shah Shamshiri) berkejaran dan bergegas dalam satu kereta dari Mandarin Oriental ke pejabat kami nun di Menara BRDB, Bangsar.

Mujur kami sampai tepat pada waktunya. Penulis segera menyambut Naim dengan lapang dada dan membawanya ke sesi solekan bersama jurusolek selebriti, Fendi Sani dan mengenakan busana dengan penata gaya, Ayyman Rahim.

Naim seperti biasa, tak henti-henti tersenyum. Mengenali dia, Naim antara selebriti yang ramah dengan senyuman. Sambil berbual tentang perkembangan muziknya, dia bercerita dengan perasaan penuh teruja tentang lagu terbaharunya berjudul MIALYPSPKB.

 

 

MIALYPSPKB

“Sekejap Naim, apa?” tanya penulis kaget.

Jawab Naim sambil ketawa, “Haha tajuknya adalah MIALYPSPKB. Maksudnya, ‘Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat’.

“Setelah semua lagu melankolis, lagu-lagu sedih dan duka nukilan saya. Saya rasa lagu inilah yang paling dekat dengan saya. Ini paling raw. Yang paling uncut. Yang paling tak perlu ditapis. Tanpa sebarang suntingan. Saya tidak perlukan lagu-lagu puitis lagi.

I want to ‘tame’ (DOLLA) them down” – Naim Daniel

“Paling istimewa, saya akan berkolaborasi bersama DOLLA. Memanglah identiti DOLLA sinonim dengan rentak rancak, tetapi saya mahu melihat mereka menyanyi dalam langgam balada. I want to 'tame' them down,” kata Naim dalam nada bergurau.

Tajuk lagu ini sangat unik dan membuat semua ingin tahu dan ingin tahu lagi. Ini mungkin tajuk lagu Melayu yang paling panjang pernah diungkapkan. Unik dan mendalam. Apakah ia berkaitan dengan kisah cinta sebenar Naim?

Seraya Naim menjawab, “Boleh jadi ya, boleh jadi tidak. Saya suka menggabungkan semua cerita yang pernah saya dengar dalam kehidupan saya. Saya kupaskan dalam bahasa saya. Cerita dan situasi itu kadang-kadang bersangkut-paut antara satu sama lain.

“...nanti jadi syok sendiri” – Naim Daniel

“Namun, untuk kisah peribadi saya masih meletak batasan dalam bercerita. Bagi saya, bila kita terlalu banyak memberi pun tidak elok juga. Masalah itu seharusnya masalah saya seorang sahaja. Saya tidak mahu terlalu terbuka, dalam masa sama tidak mahu terlalu tertutup.

“Bila melangkah ke dunia seni ini, cerita itu tidak semestinya hanya tentang diri kita semata-mata. Kalau terlalu mendalam, nanti jadi syok sendiri. Saya tidak mahu hanya bercerita tentang diri sendiri. Ia tentang kisah kamu dan kamu-kamu yang merasa dekat dengan lagu,” ucapnya.

“Saya tidak mahu terlalu terbuka, dalam masa sama tidak mahu terlalu tertutup” – Naim Daniel

Benarlah, Naim tidak pernah menganggap dirinya hanya sekadar penyanyi atau pelakon. Dia mahu mendidik pendengar dan peminat, ini cereka yang Naim coretkan buat kalian. Naim berharap ia menggoncang pemikiran. Sesuatu yang berkaitan dengan diri mereka.

Bila mana anda punyai masa untuk berkata anda cintakan seseorang. Luahkan sahaja. Baik cinta pada keluarga, kekasih mahupun teman baik. Jika anda masih mencari-cari seseorang untuk merubah diri anda, pandanglah ke hadapan cermin. Orang itu adalah kamu.

Mencintai diri sendiri, sama pentingnya dengan mencintai orang lain. Jika anda tidak mencintai diri sendiri, bagaimana anda mampu mencintai orang lain, bukan?

 

 

Naim Daniel Dalam Mencari Erti Cinta Sebenar

Percayalah, mencintai diri sendiri bukanlah suatu perkara yang mudah. Ada orang yang masih bergelut untuk mencintai diri mereka sendiri. Ada yang tidak tahu pun bagaimana mahu bermula. Pertama-tama, tanya pada diri, “Aku cinta aku?”

Ia termasuk dalam menerima segala cela. Jujur dengan siapa sebenarnya diri kita. Ia memerlukan perkembangan dan kekuatan, baik dari segi emosi, fizikal dan mental. Mencintai diri itu apabila kita bangkit untuk diri sendiri. Apabila semua orang tidak bersetuju dengan kita.

“Terkala manusia tidak faham apa yang mereka tidak boleh jelaskan. Bila kamu berada di situasi ini, bila kita merasa ia terbaik untuk diri kamu. That’s ok.

“Kita bertanggungjawab ke atas diri kita sendiri. Tanpa mengira bidang, apa-apa pun keputusan. Tindak balas semuanya hadir daripada tindakan kita sebelumnya. Pastikan kita tahu bila dan di mana untuk berhenti atau bermula.

“Apa yang saya buat, saya memilih untuk melihat sinar. Setiap pagi ketika bangun pagi, saya memilih untuk menjadi gembira. Kamu sebenarnya berada dalam kawalan hidup kamu sendiri dalam sehari-hari. Itu cara saya mencintai diri,” jelas Naim bersungguh-sungguh.

Tambah Naim, “Mungkin lain orang, lain cara. Namun bagi saya, saya suka melihat orang gembira. Saya serapi tenaga mereka. Kadangkala, orang akan berkata bahawa saya sangat positif, sedangkan saya pun ada gangguan emosi juga. Saya juga manusia.

“Walaupun saya bergelar seorang selebriti, saya ada kehidupan normal sendiri. Saya ada hobi saya sendiri. Saya tidak pernah merasa bila saya di luar pentas, saya perlu dilayan seperti saya ada hak istimewa sebagai selebriti.

“Apabila saya sudah selesai beraksi, tanggungjawab saya untuk menyampaikan lagu dan cereka itu sudah selesai. Saya juga punya kehidupan saya sendiri sebagai seorang manusia biasa. Berborak dan berjenaka. Sama seperti anda.

“Apa yang memenuhi jiwa kerohanian saya itu ialah doa-doa orang ramai. Saya syukuri doa-doa kalian, sahabat dan peminat. Bila ditenung-tenung, doa-doa yang kecil inilah yang menyelamatkan kita daripada perkara-perkara yang sering kita anggap remeh.

“Mungkin kita tidak tahu, hari ini kita hati kita senang kerana ada hamba-hamba Allah yang doakan kita supaya murah rezeki. Boleh jadi juga saat kita melangkah keluar rumah, ada rezeki yang hinggap melimpah-ruah. Ini semua kerana doa-doa mereka semua untuk kejayaan kita.

“Walaupun ia satu langkah ringkas -  seperti menyapa saya dengan baik-baik di ruangan komentar Instagram - saya anggap itu doa. Jadi saya rasakan apa yang memenuhi jiwa saya adalah doa-doa kecil daripada anda (peminat) semua,” terang Naim tak berhenti kalimah.

 

 

Suara Hati Naim Daniel

Jangan disangka yang senyum itu riang di dalam. Tiada yang menyangka gelora yang membara. Begitu juga sebaliknya. Mendengar kata-kata sosok ini atau nama penuhnya Muhammad Naim Daniel Baharin, membuat kami jadi panasaran.

Siapa sangka pemuda berusia 24 tahun ini bijak dalam berkata-kata. Masakan tidak, baru sahaja berusia 23 tahun, namanya sudah pun terpahat sebagai sang Juara Anugerah Juara Lagu 34 (#AJL34) untuk lagu ‘Sumpah’.

Membawa kepada persoalan seterusnya. “Jika anda bukan seorang juara, malah bukan juga bergelar penyanyi atau pelakon, siapa anda sebenarnya? Jika ditarik nikmat ini, siapakah sebenarnya insan yang bernama Naim Daniel?” tanya penulis memancing.

“Naim tidak tahu, Naim ini apa?” – Naim Daniel

Pantas Naim menjawab, “A clueless kid. Seorang budak yang tidak pasti dengan apa yang dia sedang lakukan. Rasanya jika ditarik semua perkara yang ‘menyelimuti’ seorang Naim Daniel. Sebenarnya saya ini seorang yang sedih.

Don’t get me wrong. Buat masa ini, tiada yang saya rasa tidak puas hati dengan kehidupan ini. Cumanya, Naim tidak tahu Naim ini apa?”

“Namun, saya percaya mahu tidak mahu kita akan pelajari perkara ini. Ia satu fasa kehidupan yang perlu dilewati. Mencari siapa sebenarnya diri sendiri. Saya rasa semua orang melalui fasa-fasa aneh ini. Siapa kita sebenarnya? Apa kepentingan kita di dunia?

“Sebenarnya saya ini seorang yang sedih” – Naim Daniel

“Terutamanya pabila kamu ‘hidup’ di arena hiburan ini. Semua pelakon, penyanyi semua itu. We are all sad as hell. Apa yang kamu lihat, semua gemerlapan, kemasyhuran, gaya hidup mewah. Hanya topengan dunia.

“Bila buang solekan, busana-busana itu semua, itulah kami yang sebenarnya. Nothing to be proud of. Ia cuma satu pinjaman, setitis nikmat yang diberikan di dunia. Saya tidak katakan ia salah, just enjoy it while it lasts,” jelasnya.

“Semua pelakon, penyanyi semua itu. We are all sad as hell.” – Naim Daniel

Sebelum memotong noktah, Naim menambah, “Apabila ada kawan-kawan bertanya, bagaimana saya mampu kawal kejayaan di usia muda ini? Saya dah terkenal, tambah-tambah usia muda lagi. Saya boleh sahaja lakukan apa sahaja yang orang muda mahu lakukan, bukan?

“Mungkin sesetengah belia, itu cara mereka. Mungkin saya ada jalan saya yang tersendiri. Tiada siapa halang, di usia ini saya boleh berparti, macam-macam perempuan yang boleh saya perolehi, tapi entahlah itu bukan saya. Itu semua bukan jawapannya.

“Pada akhirnya, saya rasa kita hanya perlu mencari bahagia. We decide to be happy for ourselves. Just be happy,” sudahnya dengan senyuman.

 

 

DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN WAJAH TARA - GETARAN

Wajah TARA : Naim Daniel

Editor getaran: M. Zulkifli Abd Jalil

Penyelaras : Shah Shamshiri

Teks & Arahan Seni : Zaidi Che

Penyunting : Ili Farhana

Penata Gaya : Ayyman Rahim

Busana : Kit Woo

Solekan: Fendi Sani

Dandanan: Fendi Sani 

Jurugambar : Azim Rahman

Suntingan dan Video Belakang Tabir : Muharram Kasim

Rekaletak: Hanif Zahari dan Sadiq Asyraf

Lokasi : Pejabat Petra News

Isu Pada

Mungkin Ini Kisah Paling Sedih – Naim Daniel

03 Apr 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini