web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bersantai Mewah Di Penginapan 'BTS In The Soop', Tempah Di Airbnb

Tetamu boleh memohon untuk menempah penginapan ini bermula pada 2 Ogos dari 11 pagi KST (10 pagi waktu Malaysia). Bagaimanapun, tetamu bertanggungjawab untuk merancang perjalanan mereka sendiri.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2022 8:00PM

Jika anda di antara jutaan peminat BTS yang memasang impian untuk mengintai kehebatan banglo mewah 'BTS In The Soop', bersedialah untuk merebut peluang keemasan daripada Airbnb - Gambar ihsan Airbnb

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ARMY bertuah kini berpeluang untuk bercuti dan bersantai di kawasan luar bandar Korea Selatan seperti yang dilakukan anggota BTS ketika menjalani penggambaran musim kedua 'BTS In the Soop'.

Jika anda mengikuti siri ini pasti anda tahu banglo mewah yang dihuni RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook pada tahun lalu ini dibina khas untuk mereka dengan ciri-ciri eksklusif dan serba mewah. 

Jika anda di antara jutaan peminat BTS yang memasang impian untuk mengintai kehebatan banglo mewah ini, bersedialah untuk merebut peluang keemasan daripada Airbnb. 

Banglo mewah lokasi penggambaran 'BTS In the Soop' - Gambar ihsan Airbnb
Banglo mewah lokasi penggambaran 'BTS In the Soop' - Gambar ihsan Airbnb

Platform tempahan penginapan dalam talian ini buat julung-julung kalinya mengumumkan bahawa seorang peminat bertuah bersama seorang teman berpeluang menempah penginapan dua hari satu malam di banglo mewah ini. 

Nikmati sebuah percutian yang menjanjikan ketenangan di kawasan desa yang subur menghijau di Gangwon, Korea Selatan. Imbas kembali detik-detik manis yang dilakukan tujuh ahli BTS dan rakamkan setiap detik itu untuk dijadikan kenangan di kemudian hari. 

Semasa musim kedua In The Soop BTS, ahli kumpulan telah mencipta detik-detik indah dan mendekatkan diri dengan alam semula jadi di tengah-tengah kesibukan jadual mereka. Tetamu yang akan menginap di kediaman ini akan berpeluang melakukan rutin harian anggota BTS kegemaran mereka, seperti:

- Membaca buku di bilik bacaan seperti RM atau bersantai gaya ala Jin di atas pelampung berbentuk unicorn di kolam renang      

- Mencari inspirasi kreatif dan bermain gitar seperti Suga, berswafoto dengan Polaroid seperti J_Hope atau melukis di atas kanvas seperti V       

- Untuk hiburan yang lebih bertenaga, barangkali boleh melakukan senaman berat seperti Jimin, terbang tinggi dengan trampolin sepertimana yang dilakukan Jungkook atau melantunkan bola di gelanggang bola keranjang seperti Bam, anjing peliharaan Jungkook.

Pasti anda teruja dan tidak sabar-sabar ingin mengetahui bagaimana cara untuk menempah penginapan ini bukan? Percaya atau tidak? Penginapan satu malam pada 29 Ogos ini dijual pada harga USD7 (RM32) sahaja. 

Ruang tamu banglo mewah 'BTS In the Soop' di PyeongChang, Korea Selatan - Gambar ihsan Airbnb
Ruang tamu banglo mewah 'BTS In the Soop' di PyeongChang, Korea Selatan - Gambar ihsan Airbnb

Ia akan memberi peluang kepada dua tetamu bertuah bersantai dengan segala kemudahan yang sama seperti yang dinikmati  kumpulan K-pop itu.  Antaranya ialah sebuah mesin karaoke, sistem bunyi serta semua lagu dan album hit BTS, termasuk ‘Permission to Dance’, ‘Butter’ dan album terbaharu keluaran mereka, Proof.

Malah, tetamu juga berpeluang menjamu selera dengan hidangan yang disediakan khas seperti daging lembu Korea yang dipanggang dengan arang yang cukup digemari kumpulan itu. Tidak ketinggalan tteokbokki, atau sajian kuih beras rebus. Dan juga tat telur yang dihasilkan Bang & Bakers yang kini disajikan di Hybe Insight, muzium muzik Hybe.

 

Cara untuk menempah

Tetamu boleh memohon untuk menempah penginapan ini bermula pada hari Selasa, 2 Ogos dari 11 pagi KST (Selasa, 2 Ogos pada 10 pagi MYT) di airbnb.com/inthesoopbts.

Bagaimanapun, tetamu bertanggungjawab untuk merancang perjalanan mereka sendiri ke dan dari Seoul, Korea Selatan. Pengangkutan kereta ulang-alik akan disediakan untuk perjalanan 20 minit dari stesen KTX PyeongChang ke penginapan In The Soop BTS.

Gambar ihsan Airbnb
Gambar ihsan Airbnb

Walaupun hanya satu penginapan semalaman akan ditawarkan, ‘geok jeong ma’ (jangan bimbang dalam bahasa Korea), peminat tetap akan berpeluang untuk melihat penginapan  In The Soop BTS semasa menginap di penyenaraian lain yang berhampiran dengan penginapan ini tidak lama lagi.

Bagi mereka yang ingin menemui penginapan serupa yang dikelilingi oleh alam semula jadi, Airbnb baru-baru ini memperkenalkan cara baharu untuk mencari dan menemui penginapan seperti ini melalui Kategori Airbnb. Dengan 200,000 penginapan kawasan desa yang tersedia di seluruh dunia, terdapat banyak percutian yang diilhamkan oleh ‘in the soop’ . 

Jika anda salah seorang yang berhasrat untuk menginap di  In The Soop BTS versi ‘Pyeongchang Filming Location', harap maklum bahawa peraturan penginapan ini mewajibkan pematuhan peraturan dan garis panduan tempatan yang berkenaan serta Amalan Keselamatan COVID-19 Airbnb, termasuk memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial mengikut ketetapan undang-undang atau garis panduan tempatan. 

Kakitangan yang bekerja di kawasan tersebut juga akan mematuhi peraturan dan garis panduan tempatan semasa di lokasi, dan akan mematuhi proses lima langkah pembersihan kami. – Getaran, 31 Julai 2022

Isu Pada

'Time Bomb' Isaac Voo

30 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Kedah Mahu Bina LRT Di Langkawi

4

Jelajah 2 tahun yang lalu

Peluang Menginap Di Kediaman Warga Tokyo, Pengalaman Manis Yang Tidak Akan Dilupakan

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh