web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangan Kurang Ajar, Allah Maha Besar Tau, Ning Baizura Balas Kutukan Netizen 

Kecaman yang dilemparkan netizen itu juga agak melampau sehingga memaksa peminat-peminat tegar Ning tampil bersuara mempertahankan penyanyi penuh kredibiliti ini. 

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2022 10:48AM

Ning Baizura - Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hanya disebabkan gagal membawakan lagu Awan Yang Terpilu dengan sempurna sewaktu beraksi di Bobo, penyanyi lagenda Ning Baizura telah menerima kecaman yang hebat apabila rakaman video lagu nyanyiannya itu tular di TikTok.

Dan, itu adalah kali pertama, kejadian yang seumpama itu berlaku terhadap Ning selepas 30 tahun menceburkan diri dalam bidang seni rakaman suara dan industri muzik. 

Lagu Awan Terpilu itu pula adalah lagu terakhir yang dinyanyikan Ning pada malam persembahan di Bobo selepas beberapa rangkaian lagu yang lain. 

Kecaman yang dilemparkan netizen itu juga agak melampau sehingga memaksa peminat-peminat tegar Ning tampil mempertahankan penyanyi yang penuh kredibiliti ini. 

Bahkan Ning juga turut menaikkan posting untuk membalas kutukan tersebut. 

“Senang jer nak kutuk kan. Jangan kurang hajar ya! Wahai, manusia yang bergelar manusia, ingatlah Allah Maha Besar tau!

“Yang nak buat lawak, teruskanlah sebab Alhamdulillah, lagi viral, lagi bertambah rezeki dan persembahan saya. 

“Tak payahlah nak kesian atau simpati. Anda tidak tahu perjalanan saya dan apa yang lalui. Kenapa saya menyanyikan begitu, kenapa perasaan saya begitu dan bagaimana perasaan saya begitu ketika saya menyanyi lagu itu. 

“Saya menyanyikan hampir 80 lagu sepanjang empat hari secacara terus-menerus selama dua jam setiap malam di Bobo.

“Peminat yang sebenar datang dan sangat terhibur serta memberikan sokongan terhadap saya. Peminat palsu banyak di media sosial.  Mereka hanya mahu mempersendakan anda dan mengetawakan anda. 

“Apapun, saya gembira kerana tiba-tiba ramai yang menunjukkan minat dengan gaya nyanyian Soprano saya. Itu bagus sekali. 

“Ayuh, datang belajar dan cuba menyanyi selama 30 tahun dan kita boleh berbicara,” katanya. 

Ning turut berterima kasih kepada peminat yang menyokong serta mempertahankan dirinya. 

“Terima kasih kepada peminat yang memberikan sokongan khususnya dengan kemunculan video viral yang merepek ini,” katanya. 

Apapun Ning pernah mengakui bahawa lagu Awan Yang Terpilu adalah sebuah lagu yang cukup bermakna ia sebuah lagu yang didedikasikan buat arwah ayahnya dan setiap kali membawakan lagu itu dia pasti akan mengingati sosok bapa kandungnya itu. - Getaran, 31 Julai 2022

Isu Pada

'Time Bomb' Isaac Voo

30 Jul 2022

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh