Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Zhafran Umar, Si Cilik Berjaya Cuit Hati Dengan Menu Sihat

Nurul Azren telah berkongsi video Zhafran Umar menerusi laman sosial sejak anaknya berusia 6 bulan lagi.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2022 1:39PM

Zhafran Umar bersama menu sihatnya. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suara latar milik si cilik Zhafran Umar Zulfikri Zaki yang berusia tiga tahun dalam video bekal sihatnya mencuit hati pengguna laman sosial.

Walaupun ada perkataan tertentu yang disebutnya masih telor, kepetahannya menghiburkan sesiapa sahaja yang menonton video berkenaan.

Perkongsian video idea bekal sihat untuk si kecil itu yang dikongsikan ibunya, Nurul Azren A Razak, 30, di TikTok dan Instagram, telah pun mempunyai ratusan ribu pengikut serta ditonton oleh jutaan pengunjung yang inginkan tip hidangan sihat untuk si anak kecil.

Nurul Azren ketika dihubungi Bernama berkata beliau telah berkongsi video hidangan sihat menerusi laman sosial itu sejak Zhafran Umar berusia enam bulan dan pada peringkat awalnya beliau tidak menggunakan sebarang suara latar.

Nurul Azren dan Zhafran Umar. - Gambar Bernama
Nurul Azren dan Zhafran Umar. - Gambar Bernama

“Selepas anak saya mula dihantar ke taska pada tahun ini, saya teruskan perkongsian video hidangan sihat tapi lebih menjurus kepada bekal untuk dia bawa ke taska atau apabila keluar berjalan. Setiap kali saya buat video, dia ada bersama hingga satu ketika dia ingin tahu apa yang saya lakukan.

“Saya cuba merakam suaranya dan apabila ‘dimainkan’ semula, dia seronok mendengar suara sendiri. Saya tidak menyangka sejak menggunakan suara latar anak sendiri, ia menjadi tarikan dan menimbulkan minat ramai untuk menonton video yang saya kongsikan,” katanya baru-baru ini.

Anak kelahiran Mersing, Johor itu berkata antara menu pilihan bekal sihat yang menggunakan resipi sendiri itu ialah pasta labu, nuget tauhu kentang dan wrap telur dengan setiap menu dipotong mengikut dekorasi tertentu selain bekas yang berwarna-warni bagi menarik selera makan anaknya.  

Menu sihat Zhafran Umar. - Gambar Bernama
Menu sihat Zhafran Umar. - Gambar Bernama

Nurul Azren yang juga pereka grafik sambilan berkata lazimnya beliau terlebih dahulu akan menyiapkan suntingan video sebelum berkongsi kepada anaknya yang kemudian akan menyebut sendiri jenis makanan dalam bekal sihat itu.

“Dia sudah kenal kebanyakan setiap jenis menu dalam bekal yang saya sediakan, kalau ada yang tidak tahu saya bantu sebut dan dia turuti. Ada juga perkataan yang dia tambah secara spontan seperti ‘nyum-nyum’ yang menjadi ‘trademark’ pada setiap video,” katanya dan menambah proses merakam suara akan dilakukan dalam tempoh kurang daripada lima minit.

Selain video bekal sihat, Nurul Azren berkata beliau turut berkongsi video aktiviti yang sering dilakukan oleh anaknya dan boleh ditiru oleh ibu bapa untuk kanak-kanak seusianya yang lain bagi membantu meningkatkan skil motor, fokus dan perbendaharaan kata. - Bernama
 

Isu Pada

'Time Bomb' Isaac Voo

30 Jul 2022

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok