Berita Terkini

6 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


5 Perkara Asas Dalam Penjagaan Motosikal

Ramai mungkin tahu menunggang motosikal namun tidak tahu cara-cara menjaganya. Kami kongsikan perkara asas yang anda perlu tahu.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2022 10:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Motosikal merupakan kenderaan dua roda (tiga roda buat orang kelainan upaya) yang dicipta sebagai alat pengangkutan.

Terdapat pelbagai jenis motosikal yang dikeluarkan mengikut kehendak pembeli.

Namun perlu diingatkan setiap motosikal mempunyai tempoh penyelenggaraan tertentu. Ini bagi mengekalkan prestasi jentera tersebut dalam membantu ia tahan lama serta tidak mudah rosak.

Hari ini kita berkongsi lima perkara asas yang perlu diberi perhatian dalam penjagaan motosikal.

Minyak hitam berfungsi untuk menggerakkan komponen dalaman enjin ketika menghidupkan motosikal.
Minyak hitam berfungsi untuk menggerakkan komponen dalaman enjin ketika menghidupkan motosikal.

Penukaran Minyak Enjin

Cecair minyak enjin (juga dipanggil minyak hitam atau pelincir) berfungsi untuk menggerakkan komponen dalaman enjin ketika menghidupkan motosikal.

Terdapat pelbagai jenis minyak enjin yang boleh didapati di bengkel motosikal.

Minyak ini memberikan kenderaan kemampuan perjalanan sehingga beribu kilometer sebelum ia perlu ditukar serta diisi semula.

Anda perlu memastikan supaya minyak enjin motosikal tidak kering kontang.

Ini kerana jika situasi tersebut berlaku, ia mampu merosakkan sepenuhnya komponen dalaman enjin. Lalu kos yang lebih tinggi  perlu dikeluarkan untuk proses baik pulih.

Lazimnya tempoh untuk menukar minyak ini adalah lebih kurang sebulan lebih bagi motosikal berkuasa rendah, namun bergantung juga pada jarak dan model motosikal yang digunakan.

Perlu diingatkan bahawa lebih jauh jarak saranan minyak enjin yang dinyatakan, lebih mahal harga minyak tersebut.

Di samping itu, biasakan pemanasan enjin terlebih dahulu dalam masa beberapa minit supaya pengalirannya lebih lancar sebelum memulakan perjalanan.

Ini kerana cecairnya yang bersifat likat boleh menyebabkan minyak tersebut cepat kering.

Sesetengah model motosikal yang tidak dipasangkan dengan penapis udara.
Sesetengah model motosikal yang tidak dipasangkan dengan penapis udara.

Penapis Udara

Komponen ini pula berfungsi untuk menapis atau menghalang habuk, pasir dan ketulan batu kecil daripada masuk ke dalam enjin.

Kesannya boleh menyebabkan kerosakan pada enjin gara-gara bahan yang tersumbat.

Walau bagaimanapun terdapat sesetengah model motosikal yang tidak dipasangkan dengan alat ini.

Anda disarankan untuk memasangkannya di bengkel motosikal. Penapis udara ini lazimnya boleh dipakai untuk tempoh yang agak lama dan tidak perlu kerap ditukar.

Namun apabila anda melihat penapisnya sudah mula dipenuhi dengan habuk permukaan luar, gantikan segera dengan yang baharu.

Tayar yang tidak cukup angin boleh menyebabkan bunga tayar cepat haus.
Tayar yang tidak cukup angin boleh menyebabkan bunga tayar cepat haus.

Penjagaan Angin Dan Bunga Tayar

Bagi tayar pula, lakukan pemeriksaan terlebih dahulu setiap kali ingin menunggang motosikal. Sentiasa pastikan angin tayar mencukupi dan tidak lembik atau kempis.

Ini kerana tayar yang tidak cukup angin boleh menyebabkan bunga tayar cepat haus.

Pengisian angin yang melebihi sukatan yang ditetapkan juga boleh menyebabkan perkara yang sama.

Selain itu, keadaan tersebut boleh membawa kepada risiko motosikal tergelincir ketika di atas jalan raya.

Bagi jangka masa sesebuah tayar pula bergantung kepada kualiti tayar yang dipasangkan serta jarak tunggangan.

Secara umum tayar berkualiti tinggi lebih mahal harganya, jadi makin mahal tayar yang digunakan semakin lama ia boleh dipakai.

Cecair penyejuk perlu diisi sejurus sahaja anda mendapati ia sudah surut.
Cecair penyejuk perlu diisi sejurus sahaja anda mendapati ia sudah surut.

Menukar Cecair Penyejuk

Lebih popular dikenali sebagai coolant. Ia khusus buat sesetengah motosikal sahaja kerana ia jarang ditemui di enjin jenis karburator.

Fungsinya bagi mengelakkan enjin menjadi terlalu panas, sejuk dan terhakis disebabkan tunggangan yang terlalu lama.

Walau bagaimanapun cecair ini tidak akan berfungsi jika berlaku kerosakan pada bekas pengisinya.

Oleh itu cecair ini perlu diisi sejurus sahaja anda mendapati ia sudah surut untuk mengelakkan kerosakan pada bekas tersebut.

Rantai motosikal adalah komponen yang paling mudah untuk berkarat.
Rantai motosikal adalah komponen yang paling mudah untuk berkarat.

Pembersih Rantai

Antara bahagian yang paling penting untuk dibersihkan adalah rantai motosikal.

Ini kerana bahagian tersebut adalah komponen yang paling mudah untuk berkarat.

Kotoran seperti habuk dan pasir amat mudah melekat di setiap sudut rantai. Bersihkan ia menggunakan tuala kertas disusuli dengan minyak pelincir.

Adalah lebih baik jika menggunakan minyak rantai yang dikhaskan untuk menyalut rantai supaya ia lebih tahan lama.

Selepas itu biarkan selama beberapa minit seterusnya tunggang motosikal tersebut pada jarak yang terdekat.

Ini bagi memastikan minyak pada rantai tersebut rata di seluruh permukaan rantai. Amalkan proses ini seminggu sekali untuk mendapatkan kelancaran rantai motosikal apabila anda menunggangnya.

Selain itu, rantai juga ditukar jika perlu sahaja kerana ia mengambil masa yang agak lama sebelum ia sudah haus dan longgar. - Getaran, 17 Julai 2022.

Sumber: geico.com

Isu Pada

Adicita Pa’din Musa

16 Jul 2022

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut