web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Manisan Tradisi Indonesia Masih Diminati Ramai

Mbah Satinem, 76 tahun dahulunya adalah ‘satu rahsia kebudayaan Indonesia yang tersimpan baik’ selama beberapa dekad, tetapi hari ini menjadi sensasi selepas muncul dalam siri 'Street Food: Asia'.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2022 8:00PM

Mbah Satinem yang menjadi terkenal seluruh dunia selepas ditampilkan dalam siri 'Street Food: Asia' Netflix - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jam menunjukkan pukul 5 pagi di Yogyakarta dan dari kegelapan kelihatan seorang wanita bertubuh kecil dan kurus mengenakan sarung membonceng sebuah motosikal hitam.

Perlahan-lahan dia turun, memegang bakul yang membawa makanan ringan manis yang dijualnya semenjak lebih setengah abad lalu.

Mbah Satinem, yang kini berusia 76 tahun dahulunya adalah ‘satu rahsia kebudayaan Indonesia yang tersimpan baik’ selama beberapa dekad, tetapi hari ini menjadi sensasi memasak selepas terkenal dalam siri Netflix 2019 'Street Food: Asia'.

Setiap hari, susuk tubuh ini membuka gerainya sebelum subuh dan membongkok di meja untuk menyediakan dan menyajikan makanan ringan pasar tradisional yang dikenali sebagai ‘jajan pasar’.

Diletakkan di atas daun pisang adalah hidangan kuih-muih termasuklah kuih manis Indonesia yang diperbuat daripada pulut, dikenali sebagai lupis.

Selain itu, ada tiwul yang merupakan 'bintang utama' jualan Mbah Satinem. Makanan ini dibuat menggunakan tepung ubi kayu, gula aren dan cenil, jeli tepung ubi kayu.

"Saya sudah lama menjual lupis, tiada apa yang berubah," ujarnya berkongsi cerita dari gerai yang diusahakannya sejak 1963.

"Saya dan Lupis ditakdirkan antara satu sama lain," tambahnya sambil ketawa perlahan.

Dia memotongnya dengan benang nilon, meletakkannya dengan berhati-hati pada daun pisang sebelum menitiskan gula aren cair pekat dan menaburkan kelapa parut di atas hidangan sarapan pagi.

Rahsia resipi turun-temurun daripada ibunya ini ialah kayu api yang memberikan aroma memikat pada hidangan manis yang dijualnya - Gambar AFP
Rahsia resipi turun-temurun daripada ibunya ini ialah kayu api yang memberikan aroma memikat pada hidangan manis yang dijualnya - Gambar AFP

Menurut Mbah Satinem, rahsia resipi turun- temurun daripada ibunya ini ialah kayu api yang memberikan aroma memikat pada hidangan manis itu.

"Saya pernah membantu ibu memasak kuih ini. Apabila dia melihat saya semakin mahir, dia bertanya sama ada saya mahu menjualnya. Saya menjawab ya," katanya.

"Dia bertanya lagi sama ada saya akan berasa malu mengenainya, saya tegaskan tidak sama sekali. Jadi, dia akhirnya bersetuju untuk memasak kuih-muih untuk saya jual."

Kini, gerai jualan Mbah Satinem tidak pernah sunyi daripada kunjungan pelanggan yang terpesona dengan setiap gerak-gerinya, malah tidak ketinggalan merakam video menggunakan telefon masing-masing.

“Rasa lupisnya masih sama,” ujar Budi, 49, seorang warga tempatan.

"Kelazatan dan kelekitan lupis, serta kuah gula arennya yang pekat memang sedap."

Gerai jualan Mbah Satinem tidak pernah sunyi daripada kunjungan pelanggan yang terpesona dengan setiap gerak-gerinya - Gambar AFP
Gerai jualan Mbah Satinem tidak pernah sunyi daripada kunjungan pelanggan yang terpesona dengan setiap gerak-gerinya - Gambar AFP

Jajan pasar Mbah Satinem dijual sehingga 9 pagi dengan harga 10,000 rupiah (sekitar RM3.00) sekeping. Dek populariti yang diraih, dia telah memperkenalkan sistem nombor untuk pelanggan selepas berlaku pergaduhan kerana berebut makanan yang dijualnya.

Pelanggan yang datang dari seluruh pelusuk kepulauan Jawa, terpaksa menunggu lebih dari sejam demi memuaskan hati mereka untuk menikmati hidangan yang menjadi rebutan ramai ini.

Disebabkan usianya yang semakin lanjut, kini gerai Mbah Satinem diusahakan sekeluarga.

Suaminya bertanggungjawab menyediakan pulut, anak lelakinya menjaga kayu api dan anak perempuannya menghantar ke tempat kerja dan menemaninya sepanjang tempoh jualan.

Ditanya mengapa dia enggan meninggalkan kerja yang selalunya dilakukan oleh golongan muda, nenek ini menepis soalan itu hanya dengan ketawa.

Anak perempuannya, Mukinem cepat-cepat mencelah untuk menjawab bagi pihak tukang masak yang malu-malu.

"Dia suka, dia suka memasak hidangan kuih-muih," ujarnya.

"Dan dia tidak boleh duduk diam." - AFP

Isu Pada

Adicita Pa’din Musa

16 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 10 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Puting Beliung Landa Sumedang, Bandung Di Indonesia

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh