Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


4 Sebab Sekarang Waktu Terbaik Mendapatkan Insurans

Anda sering melengahkan idea untuk mendapatkan insurans? Jangan tunggu lagi. Inilah masa paling sesuai!

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2022 4:00PM

Gambar Hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setakat hari ini, separuh daripada populasi Malaysia tidak mempunyai perlindungan insurans dan kadar yang membimbangkan ini telah menyebabkan kerajaan mengambil pelbagai langkah untuk membantu menjadikan insurans lebih mampu milik, terutamanya dalam kalangan mereka yang berpendapatan rendah.

Dalam pembentangan Belanjawan 2022, kumpulan B40 adalah layak untuk menebus baucar bernilai RM75 untuk membeli pelan insurans dengan Perlindungan Tenang atau PTV.

PTV adalah skim bantuan kewangan untuk memperluas perlindungan sosial kepada golongan berpendapatan rendah

Bermula pada 1 Januari 2022, baucar RM75 diperuntukkan untuk penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang layak untuk membeli/menyertai produk Perlindungan Tenang atau memperbaharui pelan Perlindungan Tenang yang sedia ada.

Penerima BKM juga dibenarkan untuk menebus baucar RM75 untuk pembelian insurans/takaful motor komprehensif untuk motosikal 150cc dan ke bawah (di bawah Fasa 2 PTV, butiran lanjut akan diumumkan kelak).

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Inisiatif ini adalah untuk memastikan lebih ramai warga Malaysia dapat memiliki insurans, terutamanya untuk melindungi mereka daripada kejadian yang tidak diingini, yang boleh menyebabkan golongan tanpa insurans ditimpa kesusahan. 

Menurut Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Bakri Zainal Abidin, statistik menunjukkan seorang pengguna jalan raya meninggal dunia akibat kemalangan dalam setiap 84 minit dan kebanyakannya adalah penunggang motosikal. 

Kemalangan yang mengejut biasanya akan menyebabkan mangsa ditimpa kesusahan, terutama dari segi kewangan untuk membiayai bil perubatan yang tinggi, atau kos pengebumian. 

Oleh kerana bencana alam dan kejadian yang tidak diingini sememangnya tidak dapat diduga atau dielakkan, sekarang adalah masa yang terbaik untuk mendapatkan perlindungan insurans! Berikut adalah di antara sebabnya;

 

Mampu Milik 

Salah satu sebab utama mengapa terdapat ramai yang masih belum memiliki perlindungan insuran adalah kerana kos insurans yang tinggi. Pelbagai pelan telah direka dengan harga mampu milik dengan pelan-pelan yang berbeza, disesuaikan mengikut keperluan individu. 

Tambahan pula, inisiatif Perlindungan Tenang juga dikecualikan daripada cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan Duti Setem, bagi semua pemohon. Bagi segmen B40, ini adalah termasuk baucar RM75 yang boleh digunakan untuk membeli pelan tersebut.

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

 

Pelbagai Manfaat – Jaringan Keselamatan Yang Lebih Mantap  

Dalam masa yang memerlukan, pelan insurans dapat melindungi mangsa kemalangan dan keluarga mereka dengan meringankan beban kewangan dan mengurangkan tekanan.

Selain daripada perbelanjaan perubatan, sesetengah pelan juga menawarkan perlindungan bagi kos ambulan, perbelanjaan penginapan hospital, serta pendapatan dalam tempoh rawatan di hospital akibat kemalangan. 

Tidak lupa juga perbelanjaan pengebumian jika diperlukan, hilang upaya kekal dan juga pembedahan pergigian atau pembedahan pemulihan yang lain akibat kemalangan. 

Proses Yang Mudah

Pendaftaran insurans zaman sekarang tidak rumit sama sekali. Biasanya para ejen akan memudahkan pelanggan. Tiada borang permohonan yang panjang untuk diisi, malah dengan hanya beberapa klik, anda akan mendapat perlindungan insurans dengan serta-merta. 

Begitu juga dengan proses tuntutan yang lancar dan efisien, dengan pilihan membuat tuntutan menggunakan telefon atau menerusi talian utama yang dikhaskan. 

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Pelan Yang Disesuaikan Mengikut Keperluan 

Tiada satu pakej insurans yang mampu memenuhi keperluan setiap individu kerana kita semua mempunyai keperluan yang berbeza. 

Perlindungan yang mencukupi bagi sesetengah orang mungkin tidak memadai bagi orang lain. Kebanyakan pelan insurans adalah fleksibel kerana syarikat-syarikat insurans memahami akan jangkaan dan kemampuan kewangan setiap individu adalah berbeza. 

Bagi menyokong inisiatif Perlindungan Tenang oleh kerajaan dan memastikan anda dan orang tersayang mendapat perlindungan daripada kejadian kecemasan yang tidak dijangka, banyak syarikat insurans melancarkan pelan insurans yang bersesuaian.

Dengan jumlah premium tahunan mampu milik, aneka pelan insurans menawarkan perlindungan pelbagai.

Ini termasuk untuk kemalangan jiwa, kehilangan upaya kekal atau indemniti berganda kerana kejadian kemalangan di tempat awam.

Pelan seperti ini juga membiayai perbelanjaan perubatan akibat kemalangan, pembedahan gigi dan pemulihan, anggota palsu, manfaat kerusi roda, kos ambulan, perbelanjaan pengebumian dan elaun berkabung. 

Malah sesetengah polisi seperti yang ditawarkan Liberty Tenang mempunyai tempoh 'free-look' selama 15 hari, yang mana pemegang polisi boleh membatalkan polisi di dalam tempoh 15 hari daripada tarikh penerimaan polisi. 

Berikutan dari pembatalan ini, pemegang polisi akan menerima pulangan sepenuhnya bagi premium yang telah dibayar, hanya apabila tiada tuntutan dilakukan dalam tempoh tersebut. 

Kepada mereka yang masih belum menebus baucar Perlindungan Tenang, jangan berlengah lagi dan lakukannya sekarang dengan memilih polisi insurans terbaik. – Getaran, 10 Julai 2022

Sumber : www.budget.mof.gov.my dan www.libertyinsurance.com.my

Isu Pada

Erti Pengorbanan Daphne Iking

09 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Bantuan SARA: Tampung Perbelanjaan Bulanan Penerima, Kurangkan Kesan Inflasi

2

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Mimpi Jadi Nyata, Hasrat Warga Emas Tunai Umrah Akhirnya Terlaksana

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Menu Rahmah Jadi Buruan, Bantu Rancakkan Perniagaan Kedai Makan

4

Semasa 10 bulan yang lalu

8 Juta Penerima STR Bakal Terima Bantuan Mulai Isnin - PM

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini