web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Teroka Seni Batik Di Tengah Ibu Kota

Bengkel tersebut menerima sekurang-kurangnya 50 orang pelanggan sehari dan dibantu empat pekerja.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2022 9:30AM

Pelbagai corak batik untuk dicanting atau diwarna termasuk motif flora, fauna dan pemandangan terdapat di sini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mungkin ramai tidak menyedari bahawa keindahan seni tradisi batik yang sinonim dengan negeri di Pantai Timur boleh diterokai di tengah kepesatan ibu kota sebagai aktiviti santai hujung minggu yang menghiburkan dan lebih bermakna.

Beroperasi sejak 10 tahun lepas di Pasar Seni, di sini, pemilik bersama Ainna Artwork, Muhammad Nabil Iqbal Ibrahim, 32, berkata perniagaan bersama isterinya, Ainna Fareha Mohd Alias, 33, bermatlamat memberi peluang kepada warga kota merasai pengalaman mencanting dan mewarna batik di ibu kota selain sebagai usaha mengekalkan seni warisan tersebut.

Sebahagian peserta yang sabar menanti untuk menyertai bengkel mencanting batik. - Gambar Bernama
Sebahagian peserta yang sabar menanti untuk menyertai bengkel mencanting batik. - Gambar Bernama

Menurut Muhammad Nabil Iqbal, pihaknya menawarkan pelbagai corak batik sama ada untuk dicanting atau diwarna termasuk motif flora, fauna dan pemandangan selain boleh menempah khas corak lain yang diingini.

“Corak paling laris antaranya bunga raya, wau, penyu serta corak lain yang senang untuk dicanting atau diwarnakan. Corak ada yang senang dan ada yang susah (dicanting atau diwarnakan), mengikut kesesuaian umur,” katanya kepada Bernama.

Bengkel ini turut menarik perhatian pelancong asing. - Gambar Bernama
Bengkel ini turut menarik perhatian pelancong asing. - Gambar Bernama

Beliau berkata bengkel itu turut menawarkan kelas mewarna dan mencanting batik yang biasanya diadakan pada hari bekerja untuk sesiapa berminat mempelajari menghasilkan karya batik sendiri dengan harga RM40 sejam.

Muhammad Nabil Iqbal berkata harga untuk mencanting atau mewarna batik pula adalah RM20 hingga RM30 mengikut saiz kanvas iaitu RM20 untuk ukuran 20x20 sentimeter (cm), RM25 untuk ukuran saiz A4 dan RM30 untuk ukuran 30x30cm.

Menurutnya bengkel tersebut menerima sekurang-kurangnya 50 orang pelanggan sehari dan dibantu empat pekerja.

Gambar Bernama
Gambar Bernama

Beliau juga berpendapat aktiviti tersebut kini semakin mendapat tempat dalam golongan muda bagi aktiviti santai sama ada bersama rakan, keluarga mahupun pasangan.

Sementara itu, pelancong dari United Kingdom, Ellie Wellman, 20, yang pertama kali mengunjungi galeri itu berpendapat selain menyeronokkan, aktiviti tersebut juga membuatkan beliau berasa tenang.

“Ini bukan kali pertama saya merasai pengalaman mewarna atau mencanting batik, saya pernah melakukannya ketika di Langkawi, Kedah, tiga tahun lepas,” katanya yang meminati corak batik dengan disifatkan cantik dan unik.

Gambar Bernama
Gambar Bernama

Nurul Nashuha Ab-Rahman, 24, dari Kelantan pula berpandangan aktiviti tersebut sesuai dilakukan bersama rakan bagi mengisi masa lapang.

Katanya batik dihasilkan juga mempunyai nilai sentimental tersendiri yang boleh disimpan sebagai kenangan. - Bernama

Isu Pada

Erti Pengorbanan Daphne Iking

09 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Butik TAPAi Ketengah Produk Batik Buatan OKU

2

Gaya 2 tahun yang lalu

'Soft Toys' Batik Jana Pendapatan Suri Rumah, Bawa Identiti Melaka

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Penjawat Awam Diwajibkan Pakai Batik Malaysia Setiap Khamis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangan Ambil Rasuah, Sentiasa Jaga Integriti - Tengku Hassanal

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh