Berita Terkini

5 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Ramai Mahu Waktu Kerja Fleksibel Berbanding Kerja 4 Hari Seminggu

Dalam satu kajian yang dilakukan Qualtrics, 62 peratus masyarakat Malaysia memilih untuk bekerja secara fleksibel berbanding tempoh waktu yang pendek.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2022 10:00AM

Enam puluh peratus pekerja sepenuh masa di Asia Tenggara memilih fleksibiliti berbanding dengan bekerja kurang satu hari.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini timbul cadangan atau idea agar pekerja hanya bekerja selama empat hari dalam tempoh seminggu.

Cadangan yang terus mendapat perhatian merentasi Asia Tenggara itu membuatkan peneraju dan pencipta kategori pengurusan pengalaman, Qualtrics  terpanggil untuk menjalankan satu penyelidikan.

Hasil daripada kajian itu menunjukkan bahawa 60 peratus pekerja sepenuh masa di Asia Tenggara memilih fleksibiliti untuk bekerja pada bila-bila masa berbanding dengan kurang satu hari bekerja (37 peratus).

Bagi pekerja di Malaysia, jumlah yang memilih fleksibiliti lebih tinggi.
Bagi pekerja di Malaysia, jumlah yang memilih fleksibiliti lebih tinggi.

Bagi pekerja di Malaysia, jumlah yang memilih fleksibiliti lebih tinggi, dengan 62 peratus memilihnya berbanding minggu bekerja yang lebih pendek (48 peratus).

Fleksibiliti juga pendorong yang lebih besar untuk syarikat mengekalkan pekerja (66 peratus) berbanding bekerja empat hari seminggu (50 peratus ) di Asia Tenggara.

Pada saat organisasi di Asia Tenggara terus mencari jalan untuk memperhalusi cara bekerja selepas dua tahun tidak perlu ke pejabat, dan pemimpin di Malaysia pula masih berbahas tentang kebolehlaksanaan amalan bekerja empat hari seminggu, tinjauan Qualtrics menunjukkan bahawa untuk memastikan sesebuah program itu berjaya ia bergantung kepada keperluan semasa dan jangkaan pekerja.

Bagi sepertiga pekerja di Asia Tenggara (33 peratus), fleksibiliti bermakna kebebasan menentukan jam bekerja. Selebihnya menganggap fleksibiliti sebagai keupayaan bekerja dari mana-mana lokasi (24 peratus), memilih hari mereka bekerja (19 peratus), atau dinilai berdasarkan prestasi, bukan bilangan jam bekerja (18 peratus).

Responden daripada Malaysia menyuarakan pilihan yang sama.

54 peratus tidak mahu potongan gaji

Walaupun majoriti daripada pekerja memilih fleksibiliti, 86 peratus daripada responden di Asia Tenggara juga terbuka untuk menerima pelaksanaan masa bekerja selama empat hari dalam seminggu. Ini kerana kebanyakan mereka  lebih mementingkan tahap kesihatan dan kesejahteraan hidup.

Lapan puluh enam peratus responden, termasuk dari Malaysia, percaya bahawa bekerja empat hari seminggu boleh mewujudkan keseimbangan dalam kehidupan.
Lapan puluh enam peratus responden, termasuk dari Malaysia, percaya bahawa bekerja empat hari seminggu boleh mewujudkan keseimbangan dalam kehidupan.

86 peratus responden, termasuk dari Malaysia, percaya bahawa bekerja empat hari seminggu boleh mewujudkan keseimbangan dalam kehidupan dan pekerjaan (work-life balance), 82 peratus percaya untuk kesejahteraan mental, manakala 83 peratus untuk produktiviti, dan membuat mereka rasa lebih setia kepada majikan.

Bahkan, 60 peratus  responden di Asia Tenggara sanggup dipotong gaji untuk bekerja kurang sehari dalam seminggu, manakala 54 peratus  responden di Malaysia tidak bersedia untuk gaji mereka dipotong.

Walaupun pelbagai program rintis untuk melaksanakan waktu bekerja empat hari seminggu menunjukkan banyak manfaatnya, ramai responden percaya bahawa akan ada timbal balas.

Majoriti percaya masa atau tempoh bekerja akan menjadi lebih panjang, manakala 58 peratus  mengatakan bahawa pelanggan akan kecewa, dan prestasi syarikat akan terjejas.

67 peratus  bimbang prestasi kerja terjejas

Dalam pada pekerja cuba menyesuaikan diri mereka dengan perubahan landskap ini, dua pemacu utama kejayaan bagi cara bekerja baharu yang dilaksanakan adalah dengan mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan, dan memastikan pekerja berjaya dalam persekitaran fizikal dan jarak jauh.

Ini ialah langkah yang diambil terhadap 72 peratus  daripada responden yang mengatakan bahawa pekerjaan mereka adalah penyumbang utama kepada cabaran kesihatan mental. Walaupun bilangan responden yang serupa daripada Asia Tenggara mengatakan bahawa bekerja jarak jauh telah memberi impak positif (25 peratus) dan negatif (25 peratus) ke atas kesihatan mental mereka, ia berbeza bagi responden daripada Malaysia. Responden tempatan yang mengalami impak positif mengatasi impak negatif iaitu masing-masing dengan 30 peratus  dan 22 peratus.

Enam puluh tujuh peratus daripada responden di rantau ini berpendapat prestasi kerjaya mereka akan terjejas jika waktu bekerja menjadi fleksibel.
Enam puluh tujuh peratus daripada responden di rantau ini berpendapat prestasi kerjaya mereka akan terjejas jika waktu bekerja menjadi fleksibel.

67 peratus daripada responden di rantau ini berpendapat prestasi kerjaya mereka akan terjejas jika waktu bekerja menjadi fleksibel. Hasil tinjauan ini menunjukkan kepentingan untuk memahami keperluan individu dalam tenaga kerja untuk membolehkan majikan mengambil tindakan yang disasarkan dengan memastikan tiada sesiapa yang tertinggal.

Satu kemungkinan penyelesaian kepada cabaran yang ditimbulkan oleh model bekerja baharu adalah mengukur prestasi pekerja berdasarkan hasil, bukan bilangan jam dan hari bekerja. Dapatan ini disokong oleh 89 peratus responden.

Majoriti daripada responden juga mengalu-alukan tawaran hari kesihatan mental berbayar daripada majikan mereka, dengan 94 peratus mengatakan bahawa ini ialah penyelesaian jangka panjang yang baik untuk memastikan kesihatan mental yang baik.

Bagi organisasi yang memikirkan semula cara bekerja tradisional, tinjauan Qualtrics turut  mendedahkan impak perubahan yang sedang dipertimbangkan dan dilaksanakan iaitu bersikap proaktif untuk memahami cara bekerja yang dimahukan pekerja dan kenal pasti manfaat dan kesulitan yang akan dihadapi apabila melaksanakannya. 

Ini akan membantu majikan untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat yang memastikan cara baharu yang diamalkan sejajar dengan keperluan seluruh tenaga kerja yang pelbagai. Ini akan membantu mereka menyelesaikan masalah, seperti cabaran kesihatan dan kesejahteraan semasa, daripada akarnya.

Lauren Huntington
Lauren Huntington

“Dalam kekalutan melaksanakan model bekerja baharu, majikan tidak boleh terlepas pandang dengan hakikat  apa yang pekerja mahu dan telah terbiasa dengan fleksibiliti mengubah jadual bekerja mereka untuk disesuaikan dengan tuntutan kehidupan mereka.

“Kami melihat semakin ramai orang yang membuat keputusan kerjaya dan mendapat kepuasan dalam pekerjaan mereka dengan bekerja untuk organisasi yang benar-benar faham dan memenuhi keperluan mereka, dan tempat mereka rasa diterima dengan baik.

“Itulah sebabnya perkara paling penting dalam mana-mana model bekerja bukan sekadar bilangan jam atau hari bekerja. Ia keupayaan untuk memahami dan memenuhi keperluan dan jangkaan orang untuk memastikan semua pihak, termasuk pelanggan mendapat manfaat daripada transformasi yang sedang dilakukan,” ulas Pakar Strategi Penyelesaian Pengalaman Pekerja, Asia Tenggara, Qualtrics, Lauren Huntington. - Getaran, 3 Julai 2022

* Penyelidikan Qualtrics dijalankan pada bulan May 2022, dan merangkumi 3,415 responden yang berusia 18 tahun atau responden lebih berusia yang bekerja sepenuh masa atau secara sambilan merentasi pelbagai industri di Indonesia, Malaysia, Filipina dan Singapura.

Soalan yang berkaitan dengan minggu bekerja empat hari hanya dijawab oleh pekerja sepenuh masa, yang berjumlah 2,846 responden, di mana 557 daripadanya adalah responden dari Malaysia.

Foto : Qualtrics

Isu Pada

Anna Jobling – Tentang ‘Beauty Privilege’

02 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Akta 244 Tidak Boleh Atasi Peruntukan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 - FINAS

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok