Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mengenang Erti Korban Dan Masa Yang Berlalu

Editor Gaya Hidup dan Hiburan Getaran merenung sejenak waktu yang dilewati dan pengorbanan yang pernah beliau lakukan.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2022 8:00PM

Kuala Lumpur, sunyi dan sepi ketika COVID-19 melanda dua tahun lalu. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tanpa saya sedari kita sudah tiba di bulan Julai 2022. Setengah tahun telah berlalu dengan begitu cepat. 

Malah, Hari Raya Aidilfitri sudah lama juga meninggalkan kita dan tidak sampai seminggu lagi, kita bakal menyambut Hari Raya Aidiladha.

Macam tak percaya, Ramadan dan Syawal melewati begitu laju dan kini Zulhijah di depan mata. 

Sewaktu kecil dahulu saya kerap mendengar orang dewasa berkata ‘time flies’ yang membawa erti cepatnya masa berlalu. Tika itu saya belum benar-benar memahami maksud kata-kata tersebut.

Tetapi kini saya mengalaminya sendiri dan sudah mengerti. Pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada awal 2020 seolah-olah membenarkan kata-kata tersebut.

2 tahun terperuk di rumah akibat COVID-19, kini 2022 memberikan sinar baharu apabila Malaysia beralih ke Fasa Endemik pada 1 April lalu. - Gambar oleh Sairien Nafis
2 tahun terperuk di rumah akibat COVID-19, kini 2022 memberikan sinar baharu apabila Malaysia beralih ke Fasa Endemik pada 1 April lalu. - Gambar oleh Sairien Nafis

Gara-gara wabak itu, satu dunia terperuk, terperangkap dan terjebak di rumah dan negara sendiri. Tidak dapat bergerak bebas dan itu yang membuat ramai terasa seolah-olah masa itu terhenti. 

Walau bagaimanapun, hakikatnya, dua tahun sudah pun berlalu pergi begitu sahaja. And time just flew. 

Penulis ketika berada di Central Park, New York. - Gambar oleh Rahayu MN
Penulis ketika berada di Central Park, New York. - Gambar oleh Rahayu MN

Saya merenung seketika, mengenangkan kepantasan waktu yang berlalu. Kebetulan bulan ini adalah bulan kelahiran saya dan itu membuat saya lebih lama berfikir.

Pertama, saya bersyukur diberi kepanjangan umur sejauh ini.  Kedua saya teringatkan kedatangan Hari Raya Haji atau Korban yang bakal menjengah kurang dari seminggu lagi.

Ya, bulan Zulhijah di dalam kalendar Islam adalah bulan yang penting kerana ia mengabadikan sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim yang sanggup mengorbankan anak lelakinya Nabi Ismail demi keyakinannya kepada Tuhan Yang Maha Esa. Begitu besar pengorbanannya buat penciptanya. 

Namun baginda adalah seorang Nabi. Sedangkan saya manusia biasa yang banyak berdosa ini, apa pengorbanan saya setelah bernafas lebih empat dekad?

Saya yakin setiap insan pernah berkorban demi sesuatu. Sudah tentu saya tidak mampu berkorban seperti seorang nabi ataupun mana-mana tokoh sejarah lain yang sering menjadi tauladan tamadun manusia.

Namun,  saya yakin adakalanya kita  semua pernah mengorbankan sesuatu tanpa kita sedari. Saya kenal ramai orang yang mengorbankan kebahagiaan diri sendiri demi kebahagiaan orang lain.

Yang tidak berkahwin demi menjaga ibu bapa atau ahli keluarga tersayang. Yang merelakan suaminya berkahwin lain demi kebahagiaan rumah tangga.

Menuntut ilmu juga memerlukan pengorbanan, bukan hanya pelajar sebaliknya ibu bapa dan keluarga turut memainkan peranan. - Gambar Bernama
Menuntut ilmu juga memerlukan pengorbanan, bukan hanya pelajar sebaliknya ibu bapa dan keluarga turut memainkan peranan. - Gambar Bernama

Yang sanggup melepaskan anak kandung pergi jauh walaupun itu satu-satunya cahaya mata demi melihat si anak bahagia.

Yang sanggup berhabis wang ringgit sehingga berhutang keliling pinggang demi orang yang tersayang.

Itulah antara kisah pengorbanan nyata yang pernah saya dengar dan lihat sendiri. Bila mendengar pengorbanan orang lain seperti itu, diri sendiri kadang rasa tak berharga pula.

Pernahkah anda berkorban sebesar itu? Mungkin saya tidak. Yang paling jelas dan pasti saya hanya pernah korbankan wang dan peluang.

Saya pernah menerima tawaran kerja dengan gaji yang besar namun saya lepaskan. Saya ‘korbankan’ kerana saya lebih pentingkan kesihatan mental dan kebahagiaan hidup saya sendiri.

Untuk saya lewati hidup di dunia ini, saya tak boleh bergantung pada orang lain. Kita sendiri yang harus berusaha. 

Jadi saya tahu bahawa mengorbankan gaji yang besar demi kebahagiaan diri jauh lebih penting untuk kewarasan saya. 

Bagi penulis, pengorbanan yang dilaluinya sangat berbaloi kerana banyak pelajaran dan peringatan diperolehinya, anda bagaimana? - Gambar hiasan dari Unsplash
Bagi penulis, pengorbanan yang dilaluinya sangat berbaloi kerana banyak pelajaran dan peringatan diperolehinya, anda bagaimana? - Gambar hiasan dari Unsplash

Saya juga pernah mengorbankan waktu, tenaga dan sebahagian harta saya untuk merasai secebis kebahagiaan yang diidamkan ramai.  

Saat itu, saya berkorban untuk orang yang pernah saya anggap istimewa. Namun tak bertahan pun.

Dan sekurang-kurangnya saya tahu, pengorbanan sedemikian pernah dilakukan ramai orang. Dan ramai juga yang kecundang.

Jadi mungkin, ia boleh dianggap perkara biasa.

I know I’m not alone on this.

Berbaloikah semua pengorbanan tadi?

Pada saya ia sangat berbaloi kerana dari pengorbanan-pengorbanan duniawi tadilah saya mendapat pelajaran, peringatan dan bisa jadi amaran juga.

Itulah cara Tuhan hendak mengingatkan saya tentang yang salah dan yang benar. Yang khilaf dan yang nyata.

Dan kini di usia yang lebih dewasa, saya sudah tahu pengorbanan apa yang lebih wajar, yang harus saya usahakan.

Ya, tidak sebesar mana pun tapi adalah pengorbanan yang pernah saya lakukan.

Seiring waktu yang berjalan, saya juga sedar bahawa sabar adalah antara pengorbanan terbesar manusia yang mungkin tidak disedari ramai.

Setiap pengorbanan ada ganjarannya kelak. - Gambar hiasan dari Unsplash
Setiap pengorbanan ada ganjarannya kelak. - Gambar hiasan dari Unsplash

Bersabar menerima yang tidak pasti, yang pahit, yang menakutkan dan yang menyakitkan demi kepercayaan bahawa akan ada yang lebih baik menanti di masa depan.

Ya itulah pengorbanan terbesar pada saya, yang mungkin tidak disedari ramai.

Bunyinya terlalu klise, tapi percayalah jika anda bersabar, anda korbankan tindakan negatif yang terlintas di fikiran dan hati anda kala disakiti, pasti akan ada balasan positifnya.

Kerana semua ini pernah terbukti dalam sejarah manusia. Setiap pengorbanan ada ganjaran dan manfaatnya.

Bagi saya yang bukan siapa-siapa ini, saya sangat yakin sabar memang separuh daripada iman. Kepercayaan saya meyakinkan diri ini bahawa saya perlu bersabar. 

Korbankan beberapa perkara demi sesuatu yang lebih besar. Saya percaya Tuhan mendengar dan moga pengorbanan kita semua tidak sia-sia. Insyaa Allah. – Getaran, 2 Julai 2022. 

Isu Pada

Anna Jobling – Tentang ‘Beauty Privilege’

02 Jul 2022

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi