Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Di Sebalik Karya Syed Ahmad Jamal, Tokoh Seni Visual Tanah Air

Mengenali hasil kerja pelukis berkaliber Syed Ahmad Jamal dan karya-karya teragungnya.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2022 5:11PM

Umpan adalah karya yang dihasilkan oleh Syed Ahmad Jamal pada 1959. - Gambar dari internet

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Datuk Syed Ahmad Jamal (Allahyarham) merupakan seorang tokoh penting dalam sejarah perkembangan seni visual di Malaysia. 

Beliau merupakan pelopor utama gerakan ekspresionisme abstrak di negara ini dan mempunyai karisma yang tidak dapat dinafikan sebagai seorang pelukis, penulis, pereka, pendidik dan juga ketua seni.

Dilahirkan pada 19 September 1929 di pekan Maharani, Johor, Syed Jamal mendapat pendidikan awal di Sekolah Tambatan Rendah dari tahun 1936 hingga 1938 dan kemudian menyambung pengajian di Sekolah Inggeris Bukit Zahra dan Kolej Inggeris, Johor Bahru sehingga 1949.

Syed Ahmad Jamal
Syed Ahmad Jamal

Selepas tamat persekolahan, beliau berjaya memperoleh biasiswa Sultan Ibrahim dan melanjutkan pelajaran di Birmingham School of Architecture pada tahun 1950. 

Daripada bidang arkitek, beliau kemudian meneruskan pendidikan dalam bidang lukisan di Chelsea School of Art, London dari 1951 hingga 1955 dan turut melanjutkan pelajaran buat kali terakhir di Institute of Education, London University. 

Semasa berada di Sekolah Seni Chelsea, beliau telah memenangi pertandingan seni visual yang bertaraf antarabangsa untuk beberapa kali. Bertitik tolak daripada itulah, bermulanya perjalanan seni beliau sebagai pakar seni visual. 

Memiliki ijazah dalam bidang seni dan falsafah serta memegang nilai estetika Melayu tulen, beliau sering dijadikan rujukan kebanyakan pelajar, penggiat seni seperti pelukis, pengumpul, kurator dan kebanyakan galeri di Malaysia. 

Dalam kalangan pelukis negara, Syed Ahmad Jamal telah dianggap sebagai inovator lukisan abstrak yang mengangkat nilai Nusantara terutamanya pada tahun 1960-an dan 1970-an.

Syed Ahmad Jamal telah mengetuai Wednesday Art Group dan Art Council Malaysia pada awal 1960-an. Beliau pernah menjadi pensyarah jemputan di Universiti Malaya pada 1957 hingga 1979. 

Bersandarkan kepada kredibiliti dan prestasinya yang luar biasa, beliau telah ditugaskan untuk memegang jawatan pengarah pertama di Pusat Kebudayaan universiti itu dari 1979 hingga 1983, sehinggalah tertubuhnya Muzium Seni Asia di Universiti Malaya. 

Pada 1983 sehingga 1991, beliau telah dilantik menjadi pengarah Balai Seni Visual Negara, bahkan turut diberi kepercayaan dan penghormatan untuk menjadi ahli lembaga pengarah, penasihat dan juga pengerusi kepada pelbagai persatuan dan agensi kerajaan yang berkaitan dengan industri seni visual.

Karya Awal Syed Ahmad Jamal berjudul Mandi Laut (1957). - Gambar dari internet
Karya Awal Syed Ahmad Jamal berjudul Mandi Laut (1957). - Gambar dari internet

Mandi Laut (1957)

Karya terawal beliau yang berjudul ‘Mandi Laut’ adalah lukisan berbentuk eksperimen dan dihasilkan semasa beliau masih belajar di London. Teknik serta gaya yang dipilih dalam penghasilan karya ini merupakan langkah awal kejayaannya dalam meletakkan titik perubahan bagi memahat namanya dalam sejarah seni visual Malaysia.

Mandi Laut menunjukkan bahawa beliau cuba bermain dengan bentuk, persekitaran, ruang dan menekankan hubungan antara bentuk dan latar belakang situasi. Sapuan berus memberikan imej dan kesan pengaruh Eropah, tetapi situasi gadis-gadis dalam lukisan yang sedang mandi di tepi laut menunjukkan latar belakang budaya dan persekitaran yang mudah ditemui di tanah airnya ketika itu. 

Kecenderungannya terhadap unsur-unsur alam dan hubungannya dengan manusia sangat jelas dalam karya ini. Penggunaan ton warna yang serupa terhadap unsur-unsur alam menjadikan karya ini dilihat sebagai karya abstrak terawal dalam bidang seni visual kontemporari negara kita.

Dalam karya Umpan yang dihasilkan pada 1959, Syed Ahmad Jamal memberikan perhatian dan mengutamakan lengkok pada lukisan. - Gambar dari internet
Dalam karya Umpan yang dihasilkan pada 1959, Syed Ahmad Jamal memberikan perhatian dan mengutamakan lengkok pada lukisan. - Gambar dari internet

Umpan (1959)

Karya berjudul Umpan diiktiraf sebagai karya agung oleh sejarawan dan pengkritik seni tempatan dan luar negara. Berbeza dengan Mandi Laut, lengkungan dibuat lebih agresif, dramatik dan aksi burung yang dihadirkan separuh telus, seolah-olah berada di permukaan air bergelombang. Ini dikatakan satu penemuan yang drastik kerana unsur-unsur bentuk dan latar belakang telah hilang sepenuhnya dan hilang dari pandangan.

Kehadiran unsur tersebut dapat dirasai secara emosi dan aura tenaga dapat diserlahkan dengan mudah tanpa sebarang persoalan. Dalam karya seni Umpan, Syed Ahmad Jamal lebih memberi perhatian dan mengutamakan lengkok pada lukisan. 

Bentuk-bentuk itu dibengkokkan dan melengkung untuk menggambarkan aksi atau situasi yang lebih agresif. Gaya ini membezakan dirinya dengan artis barat seperti Jackson Pollock dan Mark Rothko yang menolak sepenuhnya penggunaan bentuk dan banyak bermain dengan warna. 

Syed Ahmad Jamal turut berkongsi cerita pengalaman peribadinya di sebalik karya Gunung Ledang Tanjung Kupang (1978). - Gambar dari Internet
Syed Ahmad Jamal turut berkongsi cerita pengalaman peribadinya di sebalik karya Gunung Ledang Tanjung Kupang (1978). - Gambar dari Internet

Gunung Ledang Tanjung Kupang (1978)

Gunung Ledang Tanjung Kupang merupakan hasil karya seni yang melibatkan hubungan mitos dan legenda sastera klasik Melayu. Karya ini merupakan proses penyelarasan bentuk geometri khususnya segitiga yang telah menjadi kekuatan dan identitinya dalam karya-karya lain yang diciptanya selepas itu. Syed Ahmad Jamal turut berkongsi cerita di sebalik karya seni ini yang melibatkan pengalaman peribadinya. 

Dia menjadikannya sebagai simbol dan cerita yang merupakan gabungan tragedi nahas kapal terbang MAS yang berlaku di Tanjung Kupang dan sastera klasik Melayu yang berjudul Gunung Ledang. 

Episod malang ini berlaku di Tanjung Kupang pada tahun 1978. Ia telah meragut nyawa semua penumpang di atas kapal, termasuk rakan karib Syed Ahmad Jamal yang bernama Datuk Ali Ahmad, Menteri Pertanian Malaysia pada ketika itu. 

Berita yang amat menyedihkan itu mengejutkan seluruh negara. Sebagai seorang pelukis, beliau meluahkan emosi, kesedihan dan perasaannya dalam bentuk lukisan. 

Melalui karya ini juga, Syed Ahmad Jamal menjadikan pemandangan landskap dengan bentuk gunung sebagai elemen utama. Bentuk gunung ini diterjemahkan dalam imej segitiga yang kemudianya menjadi identiti  setiap kali beliau menghasilkan karya seni. 

Inovasi terhadap seni dan tradisi telah digabungkan dengan penggunaan bahasa visual supaya ia menjadi lebih kompleks dan membolehkan unsur atau pernyataan lain yang mungkin menjadi teras dalam penghasilan karya seni. 

Karya Gunung Ledang Tanjung Kupang mengimbau dan mengingatkan pernyataan bermakna dalam diri beliau dimana tiga konteks berbeza telah berjaya digabungkan, iaitu kemanusiaan, alam semula jadi dan sejarah. - Getaran, 2 Julai 2022

Isu Pada

Anna Jobling – Tentang ‘Beauty Privilege’

02 Jul 2022

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat