web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Manfaat Ucapan Hari Raya Melalui Kad Fizikal Dan Kad Digital

Adakah ucapan melalui kad raya fizikal masih relevan pada zaman ini atau ucapan tersebut lebih mudah dihantar dalam bentuk digital menggunakan teknologi yang ada?

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2022 5:17PM

Gambar Hiasan: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selain daripada pelita, bunga api dan seumpamanya, kiriman ucapan Selamat Hari Raya melalui kad fizikal merupakan tradisi yang biasanya akan menyerikan hari raya suatu ketika dahulu. 

Sebelum munculnya teknologi sistem pesanan ringkas, kebiasaannya kad-kad ucapan ini akan dibeli dan ditulis ucapan di dalamnya. 

Maklumat penerima ditulis pada sampul surat. Setelah ditampalkan setem, ia akan dihantarkan ke pejabat pos atau dimasukkan kedalam peti-peti Pos Malaysia untuk dikirim ke destinasi tertera. 

Lazimnya kad ucapan ini akan dihantar kepada kenalan atau ahli keluarga yang berjauhan. 

Namun apakah ucapan melalui kad raya fizikal ini masih relevan kini atau ucapan tersebut lebih mudah dihantar dalam bentuk digital menggunakan teknologi yang ada?

Teknovasi hari ini membincangkan tentang ucapan hari raya melalui kad fizikal dan digital.

Gambar Hiasan: Instagram @atomandthedot
Gambar Hiasan: Instagram @atomandthedot

Jika kita imbau kembali reka bentuk kad raya fizikal suatu ketika dahulu, ia bukan sekadar kepingan kad bersaiz empat segi tepat seperti bentuk sampul surat biasa. 

Malah, ada banyak rekaan dan corak-corak menarik yang ditonjolkan dalam pembuatan kad tersebut. Sehinggakan terdapat juga kad raya yang mengeluarkan bunyian lagu raya sejurus ia dibuka atau diselak ke halaman pertama. 

Gambar Hiasan: kedaiblink.com
Gambar Hiasan: kedaiblink.com

Barangkali kebanyakan individu yang lahir pada zaman milenial tidak mengetahui atau mengamalkan tradisi ini. Akan tetapi bagi sesetengah individu, ucapan menggunakan kad raya fizikal mempunyai seni dan nilai sentimental yang tersendiri. 

Malahan terdapat beberapa rumah yang menggantungkan koleksi kad raya yang diterima di pintu rumah dan tingkap untuk dijadikan sebagai perhiasan sempena sambutan hari raya.

Gambar Hiasan: azhafizah.com
Gambar Hiasan: azhafizah.com

Tidak dinafikan, kad raya fizikal mempunyai kosnya yang tersendiri. Ia bergantung juga pada tahap dan kemampuan seseorang individu itu untuk menggunakan kaedah ini. 

Tambahan pula, setiap satu kad ini hanya boleh digunakan dan dipos sekali sahaja kepada setiap penerima dan tidak mungkin dipakai ulang.

Namun menurut laporan daripada akhbar Berita Harian yang merujuk kepada pengasas kelab Facebook Geng Pengumpul Kad Raya, Masfaridatul Afiza Mohd Ali, dia sanggup berbelanja antara RM300 hingga RM350 setiap kali lebaran bagi mengekalkan dan meneruskan tradisinya sejak lima tahun lalu.

Ini menandakan masih terdapat individu yang menghargai dan melihat betapa bernilainya ucapan menggunakan kad raya fizikal ini.

Gambar Hiasan: sifoo.com
Gambar Hiasan: sifoo.com

Berbicara mengenai ucapan melalui kad raya digital pula, ia merupakan salah satu kaedah menghantar ucapan menggunakan teknologi yang ada masa kini. 

Reka bentuknya pula boleh dicipta menggunakan aneka aplikasi yang sedia ada seperti Canva dan boleh dimuat turun melalui telefon pintar secara percuma. 

Malah tidak dinafikan ia lebih mudah dan menarik dengan reka bentuk grafik yang ditawarkan kepada pengguna.

Gambar Hiasan: flickr.com
Gambar Hiasan: flickr.com

Membuat ucapan dengan menggunakan kaedah sebegini juga dapat menjimatkan kos dan masa. 

Malah ia juga lebih mesra alam kerana mengurangkan penggunaan kertas dan secara tidak langsung menghalang penebangan pokok untuk membuat kertas.

Hal ini kerana kad ucapan tersebut boleh dihantar kepada ramai individu menggunakan reka bentuk yang sama. 

Tambahan lagi dengan adanya teknologi menghantar pesanan secara berkumpulan, ia membolehkan seseorang itu membuat ucapan dalam jumlah yang banyak dalam satu masa yang sama.

Gambar Hiasan: sifoo.com
Gambar Hiasan: sifoo.com

Walau bagaimanapun, terdapat juga implikasi lain terhadap ucapan raya melalui kad digital ini. 

Keberkesanan ucapan yang disampaikan kemungkinan tidak sempat dibaca oleh penerima kerana ia terlalu banyak dikirimkan oleh kenalan di dalam telefon anda. 

Terutamanya jika ia dihantar secara berkumpulan melalui aplikasi pesanan ringkas seperti Whatsapp.

Gambar Hiasan: appagg.com
Gambar Hiasan: appagg.com

Selain itu, jarang sekali ucapan melalui kad digital akan disimpan dengan lama atau banyak di dalam telefon kerana ia sedikit sebanyak memakan data serta memori telefon pintar yang menyebabkan ruang storan anda penuh.

Jadi, kebiasaannya sejurus sahaja tamat perayaan, ucapan kad tersebut tidak akan kelihatan lagi atau sudah dipadamkan bagi tujuan mengosongkan ruang storan.

Gambar Hiasan: deviantart.com
Gambar Hiasan: deviantart.com

Oleh itu, bagi penulis kad raya fizikal atau digital dua-duanya mempunyai nilai yang tersendiri. Tidak kira kaedah apa pun yang dipraktikan, yang paling penting adalah untuk mengekalkan tradisi ucapan raya kepada yang tersayang. 

Jangan lupa ucapkan Selamat Hari Raya pada semua kenalan anda! - Getaran, 8 Mei 2022

Isu Pada

Sharifah Amani – Anak-Anak Kita, Masa Hadapan Kita

07 May 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 tahun yang lalu

Miliki Kad Raya, Sampul Duit Converse Malaysia x Monkiddo Sempena Aidilfitri

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kad Ucapan Aidilfitri Yang Diterima Akan Dibalas - Agong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong Gemar Utus Kad Raya, Lebih Unik Dan Sangat Klasik

4

Refleksi 2 tahun yang lalu

Benarkah Mandi Bunga Beri Kesan Positif Pada Badan Atau Sekadar Mitos?

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh